![]() |
Kredit |
Hitam. Kelabu.
Putih.
Silau mata aku.
Tapi aku dah biasa. Memang ini lumrah kalau kau masuk zon Susur Masa. Sepi
bertukar riuh. Waktu ramai orang baru habis kerja ni memang ramai akan singgah
Susur Masa. Latar aku masih putih dan kosong, tapi perlahan-lahan visual aku
dihiasi puluhan manusia, mereka adalah antara mereka yang aku ‘follow’ dalam
media sosial bernama Kicau. Ye, Kicau. Ciptaan rakyat Malaysia, tapi syarikat
Cina yang kuat usaha lah yang buat. Aku sebagai bangsa Melayu tumpang bangga
sahaja. Kan 1 Malaysia? Jangan rasis boleh tak?!!
Selepas Twitter,
Kicau mengambil alih carta media sosial popular antarabangsa. Macam Twitter
juga, kau taip status kau, apa dalam kepala otak, kepala lutut kau, apa kau
makan, kau dekat mana, tapi tu peringkat satu untuk Kicau. Orang panggil
aplikasi tu Kicau-One. Kicau ni ada peringkat kedua, namanya Kicau-Two. Hanya
tempat khas macam kafe siber sahaja yang sediakan teknologi sebuah portal dimana
kau boleh masuk ke dalam suatu tempat, macam dalam dunia realiti, cuma dunianya
putih sahaja dihiasi langit biru dan awan berarak. Dunia itu namanya Susur
Masa. Hanya senarai orang yang kau ‘follow’ sahaja yang akan muncul dalam dunia
Susur Masa kau. Di sini, semua manusia yang kau nampak sedang berkicau di laman
Kicau akan muncul dengan personaliti yang dia bawa dalam dunia Susur Masa.
Kalau dalam Kicau dia jadi lelaki jambu, dalam Susur Masa kau akan nampak diri
dia menjambukan diri. Macam waktu perhimpunan sekolah pun ada bila masa kau
singgah Susur Masa tu waktu puncak orang berkicau. Yang berkicau seorang diri
atau bercakap hal politik, kau akan nampak dia berdiri menghadap semua orang
macam berhujah atas pentas. Kalau kau berminat nak mencelah, kau tegur lah dia.
Tapi biasanya kalau kau tegur orang yang bajet popular dekat Kicau ni, memang
tak berbalas lah teguran kau. Kalau berbalas, kau akan ada ‘conversation’
dengan orang tu. Macam dunia realiti, kau akan berborak dengan orang tu sampailah
kau atau dia berhenti membalas. Fungsi lain macam ‘retweet’ dan ‘favourite’ pun ada. Sekejap, aku tunjuk
kau macam mana cara dia.
Tangan aku angkat
paras kepala, aku hala ke arah Christine Suzanne 5 meter dari aku yang tengah
tunjuk gambar ikan siakap tiga rasa yang dia masak sambil dikeremuni peminat-peminatnya
yang rata-rata lelaki. Muncul satu paparan menu, aku sentuh butang ‘favourite’
tu sekali sebelum aku berlalu pergi mencari seseorang. Dunia realiti, aku pakai
t-shirt tak basuh 5 hari dengan seluar tiga suku sambil berselipar. Dalam
‘Susur Masa’, aku boleh fikirkan apa yang aku nak pakai. Macam dunia palsu
Kicau-One, kau boleh jadi sesiapa, tapi bagi aku cukuplah aku dengan
personaliti aku sendiri. Cuma sebab aku nak jumpa Aryana, gadis tinggi lampai
potongan bak Nelydia Senrose disini, aku kena lah bertuksedo dan berhias
sekacak mungkin. Dia tinggal Johor Bharu, aku budak KL. Jadi ini tempat paling
mudah aku nak jumpa dia selalu. Tapi aku tak suka dedahkan sangat dunia
romantis aku dekat Susur Masa sebenarnya. Di satu sudut, kelihatan sebuah pintu
kaca berdiri tanpa dinding. Setapak demi setapak tenang aku melangkah ke
arahnya, tanpa mempedulikan manusia yang tak peduli kemunculan aku. Sibuk
dengan hal mereka. Dan aku dengan hal aku, tombol pintu tiba-tiba terkuak dan
ia terbuka. Gadis manis, wajah bujur sirih bersama senyum manis berlesung pipit
muncul menjemput aku ke dalam.
“Jom Wan, I tak
sabar untuk candle-light dinner kita,” aku menyambut huluran jemari halusnya
dan turut serta bersamanya ke dalam ruangan ‘Kotak Mesej’. Disitu, segala
privasi kau terjamin. Tak ada manusia yang akan ‘unmention’ aku dengan kicau
meluat dengan konversasi jiwang aku bersama Aryana. Oh ya, gadis JB ni aku
kenal daripada Kicau-One. Pendek cerita, lepas kongsi cerita, berbual, dan
bergurau. Entah macam mana kami berdua rasa macam “Eh, kita ni macam serasi je
kan. Lets get to serious relationship shall we?” Dari situlah aku start kerap jumpa
dia dalam Kicau-Two.
“Tonight is
certainly special. Belum pernah intim macam ni suasana kita kan?” aku
mengiyakan sahaja kata Aryana. Jujurnya aku tak berapa gemar formaliti.
Ditemani pemain saksofon seiras Kenny G dan bilik malap diterangi lilin wangi
diatas meja. Makanan pula, alahai.. Stail orang kaya katanya. Tak kenyang aku
rasa kalau telan pun. Tapi..
“Untuk awak,
everything seems so special. Did my eyes tell lies? Mata ni ceritakan cinta
tau?” Merah padam pipi dia. Senyum bersimpul malu. Palsu sangat ke madah kata
aku tu? Kalau ya pun, aku tetap tak boleh tipu Aryana ni lawa dan aku
betul-betul susah nak lepaskan dia ni. Macam mana pun, aku kena biasakan diri
dengan cara hidup dia ni. Kira bersyukur juga dia dapat terima aku yang tak lah
setaraf mana dengan dia.
“Thanks awak, for
this beautiful night. Sadly we must be apart for now. Esok lusa kita jumpa
lagi, nanti I set tempat lagi best untuk kita berdua ok, sayang?” Cair juga aku
tengok tiap gerak seksis bibir dia. Cair sampai aku lupa yang aku agak rimas
dengan suasana cara makan anak orang kaya ni.
Masa untuk aku
pergi dari dunia Kicau-Two. Macam biasa, gunakan isyarata tangan, tekan butang
paparan menu untuk ‘sign-out’ dan kini aku berdiri semula di atas bumi nyata.
Lama juga mata aku nak sesuaikan dengan cahaya lampu kafe siber ni. Kini aku
berdiri dihadapan pintu portal ke dunia Kicau-Two. Jam 11.42 malam. Kedai ni
buka 24 jam, aku tak risau mana. Tapi esok aku kerja, risau juga kalau aku
balik lewat. Bergegas aku keluar daripada bangunan perkumpulan manusia
ketagihan sosial maya dan membuka luas pintu masuk kafe siber sebelum mendapati
satu jasad yang cukup aku kenal berdiri di tepi motorsikal aku. Syaza Afida namanya.
“Syaza, eh kau
buat apa kat sini? Amboi, nak ajak aku makan McDonald tengah malam ni ke macam
mana?” Kawan sejak bangku sekolah lagi, aku dah biasa sangat dengan Syaza ni.
Tapi agak musykil juga aku waktu macam ni, dengan muka bagai menahan letusan
Gunung Merapi, tertanya juga la aku. “Kau dah kenapa? Muka macam nak telan aku
je?”
“Ye. Aku memang
nak telan kau. Kau tahu dah pukul berapa ni. Aku yang duduk sebelah rumah kau
risau tahu tak rumah kau bergelap semacam. Nampak sangat kau leka dengan
Kicau-Two tu lagi.”
“La.. Itu je ke.
Menghabiskan duit minyak kau je datang jenguk aku dekat sini. Aku tahu lah nak
balik. Esok aku nak pergi ofis, aku kenalah balik. Rileks lah, baru nak masuk
pukul 12 tengah malam. Sempat lagi ni kau nak belanja aku makan dekat...”
“Kau keluar
dengan Aryana tu lagi ke?” Sudah.. Sejak aku makin kerap jumpa Aryana dalam
Kicau-Two, Syaza ni tak habis macam nak kawal hidup aku. “Kau jealous ke?”
Serius aku tanya dia ni. Tolong jujur.
“Ok, now I will
be honest. You know you can’t judge someone based on what his or her
personality on social media. Kau boleh lah nampak Aryana tu baik, accepting you
for who you are tapi kau kena ingat. Kau, dia masing-masing masih fake.”
“Fake? Apa kau
merapik ni sial? Dah lah aku nak balik!”
“Wan! Listen!
Daripada aku simpan baik aku jujur. I have met Aryana a few days before..” Dekat
situ aku dah mula membatu sekejap. Tapi sebab ego, aku kena pura-pura tak layan
sangat. “And believe me, she’s not being honest with you. She is using you,
sementara boyfriend dia figured out pasal their relationship. Kau macam
permainan sementara dia... wait! Wan!” Aku dah tak dapat dengar lagi. Aku terus
hidupkan motorsikal aku dan tinggalkan Syaza terkontang-kanting seorang diri.
Taklah terkontang-kanting mana, perempuan tu ada kereta sendiri. Pergi matilah
kau nak cakap apa. Dah cemburu cakap cemburu.
***
“Are you
questioning my loyalty, my dear?” Bentak Aryana bila aku tanya tentang hubungan
dia dengan bekas kekasih dia. Aku tak kenal sangat lelaki yang Syaza sebutkan
semalam tapi yang aku tahu, memang ‘standard’ gadis ‘candle-light-dinner’ macam
Aryana ni lah.
“No, baby, no.
Kawan saya, dia kata dia pernah jumpa awak, entah macam mana dia boleh tuduh
awak macam tu macam dia dah jumpa awak berkali-kali. Pelik juga,”
“You are talking
about Syaza right? Your bestfriend. Oh sekarang you tanya macam ni sebab nak
saya mengaku lepas tu awak nak berasmara dana dengan konon bestfriend awak tu
lah ye?” Apa?? Ini ke kuasa seorang wanita buat tekaan melulu. Penipu betul
cikgu Pendidikan Seni aku yang kata lelaki penuh dengan imaginasi. Aryana
adalah contoh yang mampu lawan hujah cikgu aku tu.
“Damn no! Apa
awak cakap ni? I’m just asking.. and saya tak suruh awak mengaku pun. Awak, is
there something you hide from me?”
“Ah kau! Asking,
asking. Faking la! Dah! I’m out!” Serta merta suasana taman bunga bougenvilla
dalam Kotak Mesej bertukar putih terang, kosong. Celaka. Tak sampai 5 minit,
sepasang merpati dua sejoli berpisah dengan caci maki. Celaka, amat celaka.
Malam tu
sepanjang jalan pulang ke rumah, kepala aku berputar ligat memikirkan tragedi
Oktober yang baru berlaku. Bersejarah juga 13 Oktober 2024 aku ni. Kecewa,
lebih kecewa daripada kekecewaan Malaysia tidak mencapai Wawasan 2020 yang
diwar-warkan. Kalau lah betul Aryana ni jujur tak menipu aku, kenapa muka yang
selama ni suci, mulia, dan periang bertukar kerut serupa ahli sihir yang
bila-bila masa boleh paksa aku telan epal beracun. Baiklah, aku tahu dunia
Kicau-Two ni walaupun macam personafikasi dunia realiti, tapi kau masih dapat
kawal perangai, pakaian, dan keayuan kau ikut kehendak hati. Tapi aku tak
sangka pula jadi macam ni. Aku nampak Aryana seperti seorang suspek
yang resah bila dituduh bersalah curang keatas lelaki naif yang betul-betul
percayakan segala tulisan dan siapa diri dia dalam dunai separa palsu,
Kicau-Two. Betul atau tidak tuduhan aku tu, segala mesej dan panggilan telefon
aku tak berbalas. Dengan makian dia tadi, macam tak ada harapan dia nak balik
dekat aku. Entah lah.
Sampai dihadapan
rumah, aku meletakkan motorsikal sambil mencuri pandnag kerumah Syaza
disebelah. Senyap, gelap. Dah tidur agaknya. Syaza, nak dibanding dengan
Aryana, tak adalah lawa mana. Tapi tahap sejuk mata memandang. Bertudung tiga
lapis tapi berpakaian santai. Sama macam perangai dia. Itu yang aku senang nak
masuk dengan cara dia. Tapi kalau nak ada perasaan lebih tu, aku tak pasti lah.
Ah, apa aku terkenang dia pula ni. Baik aku bersenggama dengan tilam dan
melayan mimpi, moga yang indah menemani. Betul-betul celaka malam aku kali ni.
***
Pantai dihempas
ombak. Tabah betul pasiran pantai ni menahan. Tak sekuat aku sampai nak cari
ketenangan terpaksa luangkan hari Sabtu dekat pantai Port Dickson. Jauh juga
aku tunggang motorsikal ni. Entah. Pantai ni banyak memori pada aku. Kebanyakan
memori dengan Syaza sendiri. Lawatan pertama yang sekolah aku anjurkan dan aku
turut serta sekali, Syaza ada juga masa tu. Bila diingat balik, comel juga dia
masa tu. Tapi masa tu aku anggap dia tak lebih dari kawan pun. Lepas daripada
lawatan tu, keluarga kami berdua memang kenal rapat jadi kerap kali juga lah
keluarga aku dengan Syaza singgah Port Dickson untuk berkelah. Antara
banyak-banyak tempat, pantai ni juga mak ayah aku dengan Syaza ni pilih. Dah hafal
sangat jalan ke sini dari Kuala Lumpur. Memang aku, Syaza, dengan kawan-kawan
lain sekali jadikan Port Dickson ni pantai persinggahan wajib setiap tahun.
Sambil mengcangkung, melayan sekepul dua asap Parkway, aku memandang langit
senja yang nak menjengah malam. Layan perasaan. Aku harap perit aku yang entah
kenapa seminggu tak hilang ni sembuh cepat. Dah lah si Syaza ni entah kenapa
jarang aku nampak. Kerja dah lah tak sama tempat. Rumah asyik bergelap. Aku
pergi masuk rumah dia.. aku sendiri segan. Malu juga bila aku tinggalkan dia
malam tu. Cakap pasal malam tu, satu benda aku masih tertanya-tanya lagi ni, mana Syaza menghilang selama ni....
“Ada rokok lebih
tak abang romeo?” Terloncat juga aku mendengar. Tak sempat fikir siapa pemilik
suara tu, aku berdiri dan menoleh, Syaza berdiri dibelakang aku, senyum. Manis.
“Kau jangan nak
terpengaruh sangat dengan Fadilah..eh Fad tu. Kau tu perempuan. Dia..separa
perempuan..”
“Hahahahaha! Jadi
kaum Adam ni tak ada hal lah nak hisap berapa batang rokok sehari pun?”
“Kau nak aku
tinggalkan kau macam malam tu lagi ke haa?” Kali ni aku tak menyinga. Aku berseloroh
dalam bentak. Kira macam ni lah perbualan biasa kami. Dan aku selesa begini
dengan dia.
“Maaflah aku
jarang ada dekat rumah sejak dua menjak ni. Aku saja nak bagi kau kesan
psikologi kan? Bagi kau rindu aku, bagi kau fikir masalah kau dalam-dalam.”
“Amboi kau, main
psikologi bagai. Aku nak fikir dalam-dalam apa lagi? Lagi aku fikir lagi susah
lah aku nak move on daripada Aryana tu.”
“Kau ni bangang
tak berubah..”
“Jaga sikit mulut
tu. Bangang-bangang aku, dulu aku hampir-hampir juga nak dean list lepas graduate Ijazah Pengurusan Manusia dulu tahu! Kahkahkah!” Berdekah juga aku ketawa. Tapi rasa macam
bodoh pula ketawa macam nak gila seorang diri padahal Syaza sebelah aku muka
serius habis. Aku berdehem dan tenung balik matahari nak terbenam.
“Wan Megat bin
Wan Abdullah, kau tahu aku sayang kau kan?” Aku tolehkan pandangan ke arah
Syaza. Berkerut dahi aku. Aku tahu sayang tu luas. Sayang kepada kawan
contohnya. Tapi aku tak pernah dengar Syaza ni luah perkataan ‘sayang’ tu dekat
aku selama aku kenal dia. Kalau aku panggil dia macam tu, lagi dia nak terajang
aku tepat ke perut ada lah.
“Wan, aku tak nak
kau percayakan sangat apa yang kau nampak dalam dunia Susur Masa tu. Kicau-One
mahupun Kicau-Two. Aku tahu, tak semua orang tu menipu. Ada yang jujur. Tapi
dunia Susur Masa tak sama dengan dunia yang kau tengah pijak ni, Wan. Kau
sekarang berpijak di dunia realiti, dari situ kau nampak true colour of people
around you. Including me. Aku boleh jadi fake depan kau. Tapi tak semudah Susur
Masa. Perasaan tu takkan pernah sama bila kau luahkan dalam Susur Masa, dengan
meluahkannya sekarang.” Seakan satu eletrik merenjat seluruh salur darah aku.
Semacam aku nampak satu resolusi yang selama ni aku buta untuk melihat.
“Kau nampak
matahari tu kan? Cantik. Macam mana pun kau bina dunia imaginasi kau dalam
Susur Masa, takkan pernah sama perasaannya bila kau nikmatinya dalam dunia
nyata. Udara yang kau hirup, udara original percuma daripada Tuhan. Kau kena rasa
semua tu, Wan. Aku taknak kau terikat dengan dunia separa palsu Susur Masa
tu..” Kali ni aku nampak air mata Syaza mula bergenang, serta-merta jatuh
membasahi pipi putihnya. Tak semena tangan aku terus automatik capai tisu dalam
poket, aku keluarkan sehelai sebelum dengan lembut aku sapu air mata dia. Satu
perasaan berlainan masa tu. Aku rasa sekaan air mata tu bukan daripada kawan
untuk kawan. Semacam satu rasa yang buat hati aku berhubung dengan Syaza.
“Aku sayangkan
kau, Wan. Aku betul-betul sayangkan kau.. Tapi..” Belum sempat segala curahan
air mata dia aku sapu, dia bingkas bangun dari duduk dan berlari-lari anak ke
arah gigi pantai. Sampai takat ombak mula menjamah kakinya, dia menoleh ke arah
aku. Senyuman dia gagahkan dalam sedu dia menahan sebak.
“Kau tak perlu
tahu macam mana aku tahu siapa sebenarnya Aryana. Wan.. Aku harap, aku jumpa
kau di dunia sana nanti..” Membuntang mata aku. Apa Syaza cuba nak buktikan ni?
Dengan selamba dia berjalan perlahan, menenggelamkan dirinya dalam lautan Port
Dickson, pantai kenangan kami berdua. Kaki aku.. kaki aku kaku. Nak tarik dia daripada
situ..
“Syaza!!!” Seraya
teriak aku, jasad Syaza menghilang, tenggelam ditelan lautan dalam. Kaki aku
mula ringan dan gopoh-gapah aku berlari ke laut. “Syaza!! Apa kau buat ni
bodoh! Kau nak pergi mana?? Dunia mana kau nak jumpa aku ni!!” Segala telefon
bimbit barang semua aku campak ke tepi. Baju aku tanggalkan dan tak fikir apa,
aku terjun. Dengan harapan dapat aku tarik Syaza semula ke darat, dan balas
luahan dia, yang aku juga sayang, dan cintakan dia. Sebagai Syaza yang sebenar
selama ni. Tapi, apa yang aku nampak hanya pasir dan kerang. Tiada jasad
manusia. Aku timbul semula ke pemurkaan. Syaza tiada. Lenyap.
***
Dah 15 minit aku
berenang, timbul semula. Badan aku makin letih. Syaza macam lenyap macam tu
sahaja. Langit senja dah bertukar Maghrib. Aku menelentang diatas pasir pantai
Port Dickson. Memandang langit. Bertanya kepada Tuhan, mana hilang jasad Syaza?
Ring.. Ring..
Ring.. Ring..
Telefon bimbit
aku bising pula masa aku tengah kusut ni. Tak lain tak bukan bos aku si Cik
Rosnah tu lah tanya pasal kerja minggu lepas yang tertunggak. Aku capai dengan
terpaksa, sebelum aku sedar rupanya panggilan itu datang daripada mak aku. Aku
angkat dan menekap telefon ke telinga. Seminit, dan telefon itu terlepas
daripada genggaman. Tangan aku menggeletar, darah aku berderau, mata aku
terbeliak, dan peluh dingin terasa.
“Wan, mak tak
rasa nak simpan lama benda ni. Kawan kamu, Syaza, meninggal seminggu lepas. Dia
balik kampung sebelum tu, sakit-sakit. Kamu tahu kan dia hidap barah, dia balik
ke kampung nak buat pembedahan. Dia pesan dekat mak, dengan family dia, jangan
beritahu kamu keadaan dia. Katanya dia tak mahu kacau kamu tengah bahagia.
Seminggu mak simpan berita ni, Wan. Tapi hati mak tak sedap hati, apa kamu buat
sampai kawan baik kamu nak berahsia pasal sakit dia dengan kamu ni? Wan? Wan??”
Kali ni, aku tak
tahu siapa lagi yang akan sapu air mata aku yang bergenang ni. Lemah. Hilang.
-TAMAT-
No comments:
Post a Comment
Comment