Pages

Wednesday, January 23, 2013

Amanat Ayah Sekeping Surat

Kredit Gambar


Hari ini, tidak seperti hari yang lain. Langit cerah, alhamdulillah. Solat Dhuha sudah, alhamdulillah. Minyak motosikal penuh, alhamdulillah. Road tax yang hampir nak mati semalam dah selesai bayar, alhamdulillah.

Selepas mengambil segala surat di dalam pejabatnya, Khairil bergerak menuju ke arah motosikal. Jasad yang sedang-sedang saiznya itu duduk di atas tempat duduk, enjin dihidupkan.

"Rutin biasa seorang posmen. Bismillah," demi sesuap rezeki Khairil memulakan harinya sebagai penghantar surat pada Rabu 23 Januari 2013 yang indah itu.

Indah bukan kerana cuaca. Indah kerana Allah. Dan indah itu disampaikan-Nya kepada mata hati Khairil kerana satu peristiwa yang dinantinya.

"Special rasanya hari ni. Impian aku sejak kecil bakal tertunai!" Jerit hati kecil Khairil.

Sejak kecil, Khairil sering mengikut ayahnya yang juga seorang posmen pergi menghantar surat dari rumah ke rumah. Bila waktu cuti dan kelapangan, Khairil akan sentiasa seronok menghantar surat-surat bertinta cinta, rindu, kasih dan sayang daripada keluarga mahupun kekasih penerima surat.

Namun, dunia makin maju. Nak hantar maklumat penting, ada email. Kirim khabar, ada Whatsapp, Tango, BBM dan segala macam jenis modenisasi dalam perhubungan dua hala malah mungkin tiga hala bila mana wujudnya panggilan 3G dan Skype, membolehkan anak, cucu, tok nenek berhubung dengan yang tersayang sekaligus dalam satu masa, di dalam satu paparan skrin.

Hanya beberapa jenis surat yang masih bergantung dengan khidmat setia posmen seperti bil-bil internet, kasut tumit yang dibeli online dan bermacam lagi yang kiranya masih tak memuaskan impian Khairil.

Lampu merah tanda berhenti. Sambil menunggu, Khairil memerhati surat bersampul putih di dalam bakulnya. Hanya surat itu disimpan disitu. Manakala surat yang lain selamat di dalam beg khas di belakangnya.

"TBG 888, Kampung Pandan, Nur Syafurah. Akan aku sampaikan surat ini." Lampu bertukar hijau.

Dengan semangatnya sambil menunggang motosikal Khairil menjerit, "Impian aku bakal tercapai!!!!"

"Dey macha! Diamlah budak posto!" Maki pemandu lori disebelah Khairil.

"Peduli apa! Hahaha!"

Motosikal EX5 itu dipecut bagai menunggang Kawasaki Ninja. Khairil tidak sabar menunaikan impiannya. Apa impiannya itu?

Kredit Gambar
****

Ayah duduk berehat di ruang tamu. Sambil menikmati cekodok pisang dan segelas kopi, Ayah melepaskan lelahnya seharian menghantar surat.

"Ayah!!" Kanak-kanak comel itu berlari ke arah Ayah. Dia Khairil. Masih 10 tahun umurnya.

"Anak Ayah! Haha! Dah mandi belum? Apa bau telur tembelang ni?"

"Aik, baru je Khai mandi. Tak kan busuk lagi. Bau ayah la ni, melekat masa Khai bonceng hantar surat dengan Ayah," Ayah menggeletek Khairil atau Khai, nama manjanya. Geli hati dengan telatah anak bongsunya itu. Khair didudukkan di atas riba ayahnya.

"Khai.."

"Ye, Ayah?"

"Ayah tengok, makin hari kan.. makin kurang kasih sayang yang Ayah rasakan pada surat-surat yang Ayah hantar,"

"Eh, surat pun boleh kurang kasih sayang?"

"Haha, bukan.. Maksud Ayah. Sebelum ni Khai perasan tak? Kita selalu hantar surat wangi, ada letak bedak, ada letak minyak attar pun ada. Kan?"

"Ha'ah. Tapi sekarang makin kurang la Ayah. Yang ada surat yang tak ada bau je."

"Khai, Khai.." Ayah menurunkan Khai dari ribanya. Khai menghadap Ayah. Mata mereka bertentangan. Suasana petang yang malap menghampiri Maghrib memberi ketenangan kepada dua beranak itu.

"Khai pegang impian Ayah ye.. Jangan biarkan dunia ini kontang tanpa kasih sayang. Ya, zaman berubah dengan adanya telefon, tetapi Khai jangan lupa, kasih sayang yang di tulis di atas surat masih punya nyawa."

****

Umur dan akal yang masih belum cukup matang semasa itu membuat Khairil tidak memahami maksud ayahnya. Namun, sejak dari hari itu, Ayah tak pernah putus mengingatkan Khairil tentang impian itu.

"Ayah nak aku jangan biar dunia ini kontang kasih sayang. Jadi, surat ini akan aku pastikan sampai kepada penerimanya."

Setelah menghantar segala surat kecuali surat di dalam bakul motosikalnya itu, Khairil menuju ke arah alamat yang dinyatakan.

"Wangi surat ni. Tulisan alamat dengan nama Nur Syafurah ni pun cantik. Mungkin pakwe dia kot hantar surat ni. Tak apa, yang penting, mari sebarkan kasih sayang!!"

****

Entah mengapa, hari itu Khairil mengalami masalah. Dia sesat semasa mencari alamat yang dinyatakan. Daripada Zuhur hingga ke waktu Asar. Khairil terpaksa berjemaah di surau yang sama di Kampung Jawa kerana masih keliru mencari alamat ke rumah Nur Syafurah tersebut.

"Ya Allah, betul pak cik tak tahu mana alamat ni pak cik?"

"Mana lah pak cik nak tahu. Baru berapa minggu pak cik pindah rumah sewa anak pak cik ni." Jawab lelaki dalam lingkungan umur 50-an itu. Sambil berehat di atas kerusi kayu di halaman rumah.

"Erm, kalau begitu Terima kasih ye pak cik. Eh, dah nak masuk Asar ni. Jom, kit berjemaah di surau pak cik?" Ajak Khairil. Katanya menyebarkan kasih sayang, maka, bukankah dakwah itu juga kasih sayang?

"Eh, err.. tak pa lah nak. Pak cik nak rehat. Penat. Maklumlah uzur."

"Oh, ye ke? Rasanya tak berapa jauh pak cik. Tapi tak apa lah. Saya gerak dulu ye pak cik. Assalamua'laikum,"

"Wa'alaikumsalam," bersama deruman motosikal itu berlalu Khairil untuk meraih 27 pahala berjemaah Asar.

"Dah kerja posmen tu, hantar surat je la. Konon nak jadi tabligh.. heh!" Rungut pak cik itu. Mungkin masih tidak memahami hakikat dakwah untuk semua.

****

Selesai solat berjemaah, Khairil menuju ke arah motosikalnya. Dengan lafaz bismillah, dia memulakan kembali tugasnya. Demi impian Ayah. Demi amanat sebagai seorang pekerja. Demi cinta Allah.

Dalam doanya selepas solat, Khairil bermunajat memohon bantuan Yang Maha Pengasih agar membantu urusannya. Setelah 15 minit mencari....

"ALHAMDULILLAH!!!"

Akhirnya setelah bergelen peluh membasahi uniformnya, Khairil bertemua juga alamat Nur Syafurah yang dicari. Rumah batu, di hiasi tanaman bunga yang berbagai. Khairil bercadang untuk berdepan dan menghantar sendiri surat untuk tuan rumah tersebut. This is the moment of his life.

"Assalamua'laikum, Cik Syafurah.." Tidak beberapa lama kemudian, kelihatan jasad seorang wanita berumur di sebelah Khairil.

"Ocopot! Astaghfirullah, terkejut saya mak cik!" Wanita itu hanya tersenyum. Siapa dia?

"Wa'alaikumsalam," salam Khairil dijawab. Mungkinkah dia Nur Syafurah yang dicari?

"Encik ni cari Puan Syafurah ye?" Eh? Mana dia tahu. "Saya Puan Syafurah, tuan rumah ni,"

"Oh ya! Saya mencari Puan. Nak hantar surat. Maaf agak terlewat sampai lewat petang. Haha, entah macam mana boleh tersesat tadi." Jangkaan Khairil, pemilik nama seindah Nur Syafurah yang bakala menerima surat bersimbah wangian ini adalah seorang gadis sunti.

"Ah! Apa pula imaginasi aku menerawang ni," monolog Khairil.

"Ehem!" Wanita yang membelek surat yang diterimanya daripada Khairil menumpu kembali perhatian kepadanya. "Err.. maaf saya bertanya mak cik, daripada siapa surat ni, mak cik? Macam dah tahu je mak cik nak terima surat ni?"

"Oh ya, surat ini daripada suami saya yang tengah outstation di Paris sana. Urusan kerja." Oh! Patutlah bau minyak wangi mahal surat tu.

Sambil tersenyum, mak cik itu bercerita, "Kami tak pernah putus mengirim surat. Sejak zaman sekolah rendah, mak cik ingat lagi bawah meja mak cik yang penuh dengan bedak. Entah siapa tumpahkan. Rupanya kawan mak cik, merangkap suami mak cik sekarang yang tabur sebotol atas surat dia,"

Khairil mendengar penuh minat. Tak dapat disangkal lagi, impian Ayah nya menyinar dihadapan matanya. Masih wujud surat yang menghubung kasih sayang antara insan. Namun, persoalan berlegar di fikiran Khairil...

"Jadi sampai sekarang mak cik dengan suami berutus surat?"

"Ya," wanita berusia lingkungan 40-an itu melirik senyum. Masih cantik di usianya.

"Tapi mak cik, sekarang zaman....."

"Zaman moden??" Sinis senyuman pemilik nama Nur Syafurah itu. Memotong pertanyaan yang dapat dijangka daripada Khairil. Khairil hanya mengangguk.

"Itu yang manusia selalu lupa." Angin petang bertiup damai. Halaman rumah yang mengahadap laut itu cukup mendamaikan. Perbualan itu bagaikan cukup bermakna buat dua generasi berbeza itu.

"Dunia berubah. Dan manusia lupa asal mereka di mana. Nenek moyang mereka hidup dengan kasih sayang yang diutus dengan sekeping kertas sejak dahulu. Mak cik tak pernah lihat budaya ini sudah lapuk."

"Jadi mak cik menafikan kemajuan dalam telekomunikasi sekarang ke?" Provokasi sengaja dicetus.

"Bukan begitu," Wanita itu masih utuh dengan senyuman. "Manusia suka melupakan sesuatu kerana merasakan ia lapuk. Dan mereka suka menerima benda baru di zamannya, kononnya mengikuti arus zaman. Adakah masih tidak relevan surat yang sebegini??" Surat itu diangkat pada paras bahunya, Puan Nur Syafurah mahu Khairil melihat dengan jelas akan hujahnya.

Khairil kagum dengan insan dihadapannya itu. Berhujah dengan bernas, adabnya masih kemas. Senyum tak lekang.

"Anak, begitulah lumrah dunia. Manusia merasakan apa yang lama itu lapuk dan tidak relevan. Bukan hanya sampul dan surat ini menerima bahana, kita lihat sahaja SUNNAH RASULULLAH SAW yang terabai.."

Sunnah??

"Lebih 1400 tahun baginda meninggalkan kita, sunnah, sirah, pesanan baginda semakin lama semakin diupakan. Alasannya? Sebab kononnya ketinggalan zaman. Kononnya amalan berusia beribu tahun ini tak relevan lagi dizaman sekarang.."

Khairil teringat pak cik yang menolak ajakannya untuk menunaikan solat berjemaah Asar tadi.

"Umpama surat ini, nak. Ingatlah, tak semua yang 'tua' itu tak relevan. Surat yang membawa emosi penulis untuk penerimanya ini masih relevan walaupun bukan alternatif terbaik. Tetapi sunnah dan segala amalan, kalimah, contoh daripada Rasulullah SAW dalam Quran dan Sunnah takkan pernah lapuk. Takkan pernah,"

Selesai hujah, mak cik itu berlalu masuk ke rumahnya. Sebelum meninggalkan Khairil, dia sempat berkata kepada posmen itu, "Maaflah ye nak, mak cik menyimpang ke cerita Nabi kita pula. Maghrib ni tiba ulangtahun keputeraan Rasulullah SAW. Mak cik sebagai umat baginda, cuma mengingatkan. Itu amanah."

****

Kredit Gambar

Malam itu, Khairil berdiri di beranda rumahnya. Mendongak memandang langit. Ibunya sydah nyenyak tidur. Serta-merta dia terkenang akan arwah ayahnya.

"Ayah, Khai harap Khai dah tunaikan impian ayah. Tapi, Khai tahu. Rantai kasih sayang ini tak harus berakhir disini,"

Khairil masih bertekad, dia akan terus berkhidmat dengan pekerjaan sebagai posmen itu. Walau kejadian petang tadi mungkin akan jarang atau mungkin tidak akan berlaku lagi, dia sedar itu bukan maksud sebenar ayahnya selama ini.

"Ayah, Khai tahu.. Ayah tak mahu rantaian kasih sayang ini putus. Khai sedar, walau Khai hanya seorang penghantar surat, Khai masih ada tugas. Sebagai khalifah Allah. Untuk sebarkan kasih sayang yang Rasulullah SAW amanatkan kepada umat baginda.. Kan, Ayah?"

Khairil hanya mampu bermonolog sendiri. Tiada harapan untuk ayahnya mendengar kata hatinya. Namun dia berharap, dia akan terus kuat untuk terus menjadi antara rantai penghubung kasih sayang sebenar; kasih sayang daripada Allah SWT dan Rasul-Nya dengan dakwah.

"Selawat dan salam ku untukmu Ya Rasulullah!"

Itu amanah, setiap ummah.

SALAM MAULIDUR RASUL SEMUA!! ^^

Tuesday, January 8, 2013

Adam Yang Tewas



Sengaja saya letak gambar Remy Ishak atas sekali supaya gambar ni dapat jadi thumbnail link blog saya.

"Kalau ada gambar artis hot, hang fikir ramai la nak lawat blog hang? Piiiiraahhh"

-.- Voice in my head keep telling bad thing. Tak, sebab gambar ni salah satu babak dalam Nur Kasih. Memandangkan watak yang beliau bawa dalam drama dan filem Nur Kasih adalah Adam, jadi saya gunakan beliau sebagai duta entri saya kali ini.

Tetapi duta sebenar entri kali ini ialah..


OK, tak jelas siapa dia. Comel sangat.


"AIK?? Apa kena mengena Adam dengan King Kong??"
"Sekejap, kau nak buat entri pasal teori Darwin ka?? Kau nak kata anak cucu Adam ni sebenarnya keturunan King Kong & monyet??"
"AJARAN SESAT!!"

SABAQ!! Jangan jadi macam Google, terus bagi jawapan padahal kita belum habis taip. Sama macam perempuan. OOPPPSS!! *nada gurau*

Tak, 'Adam' yang saya maksudkan dalam entri ini adalah KAUM ADAM.
Perkataan 'tewas' pula menunjukkan kaum Adam yang sering kalah dengan GODAAN WANITA.

So, apa kena mengena dengan King Kong??

Bagi yang belum tengok lagi mana-mana filem King Kong sebelum ini, ia mengisahkan sekumpulan film production team travel dari USA ke sebuah pulau yang dinamakan Skull Island.

Watak penting dalam filem ini yang saya nak highlight-kan adalah Ann Darrow. Dipendekkan cerita, Ann Darrow, seorang wanita cantik yang ditawarkan peluang berlakon oleh Carl Denham, pengarah team produksi tersebut, telah diculik oleh puak orang asli di Skull Island tersebut. Ann Darrow dijadikan korban untuk King Kong yang puak orang asli itu agungkan.

Namun, instead of the giant ape killed her, Kong eventually 'FELL IN LOVE' WITH HER...

The smile portrayed Kong's feeling toward Ann.

Saya dah tengok dah filem tu. Tapi saya tak berapa ingat setiap storyline sebab dah lama tak tengok. Copy dalam laptop pula tak ada. Jadi, saya tak dapat cerita secara detail macam mana Kong boleh jatuh cinta dengan Ann Darrow in the first place. But one thing for sure, Ann Darrow lakonan Naomi Watts is indeed beautiful.

Kong yang jatuh hati dengan Ann membawa gadis itu ke tempat tinggalnya. Dia di situ keseorangan, tiada kawan, tiada pasangan. Ann yang pada mulanya takut dengan Kong mula menyesuaikan diri dengan makhluk gergasi itu.


Team produksi filem yang bertanggungjawab membawa Ann ke pulau tersebut tak kan lah nak duduk diam kan?? Mereka berjaya menyelamatkan Ann dan Carl Denham pula, yang telah hilang segala hasil usahanya di pulau tersebut selepas pita rakamannya hancur dalam satu babak dalam filem tersebut, tidak mahu pulang dengan tangan kosong. Dia membawa King Kong yang lemah tidak sedarkan diri ke 'hutan konkrit' di USA.



Dengan harapan untuk meraih pendapatan lumayan dengan menayangkan "eighth wonder of the world" itu, Carl Denham tidak menyedari tindakannya hanya akan membawa bencana. Ternyata kekuatan rantai besi & konkrit tidak mampu menahan amukan Kong.

APA YANG KONG AMUKKAN??

Of course, apa yang berlaku atas Kong akan buat dia stress macam haiwan-haiwan lain. Dan apa yang Kong buat? Dia membuat huru-hara hanya untuk mencari Ann Darrow.



Dan once Kong jumpa Ann, dia jadi tenang. Bagai sepasang kekasih bertemu, babak ni antara yang paling epik dalam filem King Kong versi 2005.


Oleh kerana Kong merupakan ancaman kepada manusia di bandar tersebut (sedangkan manusia itu sendiri yang mencari bala membawa dia ke sana), sekumpulan askar dengan artileri berat menyerang Kong. Ann cuba menghalang tapi gagal. Lalu, apa yang terjadi, Kong membawa Ann naik ke puncak menara Empire State Building.


Dengan harapan dapat lari daripada serangan manusia, dan menikmati saat bersama seorang manusia yang dia 'cinta', Kong tidak sedar teknologi militari manusia ketika itu lebih bahaya daripada makhluk bersayap yang pernah ditewaskannya di Skull Island dahulu. Serangan udara dilancarkan ke atas Kong.


Sekeras mana batu, akan lekuk dicurah air yang berterusan. Segagah mana Kong, hujan peluru ke atasnya manakan mampu dia tanggung. Akhirnya dia rebah daripada puncak tertinggi Empire State Building ke bumi. Nafas primate itu berakhir membawa bersama obses nya kepada wanita bernama Ann Darrow.

Petikan gambar daripada filem King Kong yang lama. Untuk King Kong 2005, tiada gambar yang ditemui.

Dialog epik dalam filem ini yang saya nak highlight-kan untuk entri kali ini, terjadi semasa babak dalam gambar di atas.

Carl Denham: It wasn't the airplanes. It was beauty killed the beast.  

Zahir, peluru militari udara yang membunuh Kong, tapi Carl Denham lakonan Jack Black dapat merasakan, apa yang membawa kepada kematiannya adalah "the beauty", Ann Darrow.

Tewasnya Kong kepada seorang wanita dapat lah dilihat kepada ramainya KAUM ADAM YANG TEWAS KEPADA GODAAN WANITA-WANITA.

HOW I DEFINE THE 'TEWAS' ON KONG & KAUM ADAM??

(1) DIPERDAYA
Kong membiarkan dirinya diperdaya kejelitaan Ann yang sepatutnya menjadi korbannya. Begitulah kaum lelaki, yang sepatutnya menjaga dirinya daripada tarikan seksual wanita akhirnya menyerah dirinya menjadi hamba kepada kaum yang sepatutnya mereka pimpin. Batasan pandangan tidak dijaga, gadai harta berlebihan, nafsu dilepas melebihi batas agama (pornografi, zina, cabul dll). Membahayakan diri dengan kebuasan dunia sepertimana King Kong tewas dengan Ann in the first place.

Segah-gah seorang lelaki
Mampu jadi 'sengal' hanya kerana wanita.

(2) DAYUS
Some man, sebab dia suka sangat dengan seorang wanita, dia akan jadi dayus dan bodoh alang. "Kasarnya.." Dah itu term yang digunakan. Just look on some husband who let their wife and daughter to exposed their aurah' freely to their non-mahram & never control their limit as a woman. Diperdaya rasa cinta, kaum Adam ramai yang tewas dan biar tanggungjawab mereka terabai.

(3) TERPESONG MATLAMAT
Simbolik yang dapat saya berikan kepada Kong yang memanjat Empire State Building sambil membawa kekasihnya, melambangkan lelaki-lelaki yang mengejar puncak matlamatnya hanya untuk menawan hati seorang wanita, atau mengejar nikmat dunia seperti harta dan pujian. Seperti kisah Hijrah Ummu Salamah, Rasulullah SAW menyatakan apa yang sahabat itu dapat daripada hijrahnya hanyalah wanita bernama Ummu Salamah itu sepertimana yang dia niatkan. Sedang matlamat utama Hijrah adalah menyelamatkan akidah dan meraih redha dan cinta abadi-Nya. Akhirnya gah Kong hanya kerana wanita, dan rebahnya juga kerana wanita. Lalu, untung apakah diraih manusia andai dunia sementara jadi matlamat hidupnya?


Kadang-kadang benda yang serupa terjadi kepada wanita. Tetapi untuk entri ini, saya khususkan untuk kaum Adam yang memikul tanggungjawab sebagai pemimpin kepada wanita.

KONKLUSI

Untuk konklusi, suka saya untuk kongsikan pepatah arab yang juga digunakan dalam babak awal filem King Kong ini.

"And lo, the beast looked upon the face of beauty. And it stayed its hand from killing. And from that day, it was as one dead."

This is the moral that Kong's downfall is repeatedly given within the film itself. Even though, mungkin ada signifikan lain yang dapat diceritakan disebalik filem ini, seperti isu racism dan politik. But from another point of view, KAUM ADAM atau LELAKI should take the downfall of Kong as an example.

Khalifah tak patut tewas. Andai kita jatuh, biarlah jatuh kerana Allah SWT semata-mata. Kerana jatuh atau bangkit seorang Mukmin adalah kemenangan dia di akhirat.

Karya Rusydee Arts
p/s: Lelaki bukan hamba kepada wanita, wanita bukan hamba kepada lelaki. Ya, lelaki itu pemimpin, tetapi setiap raja perlukan permaisuri. Permaisuri bukan hamba, dia PENEMAN. :)

Credit gambar: devianart.com & Google Images

Saturday, January 5, 2013

Highway Itu Seram

Assalamua'laikum,

So, entry lepas aku cerita aku baru lepas peperiksaan akhir... OPPSS!! Kena caps-lock-kan kot, AKHIR YANG ABSOLUTE TERAKHIR.... untuk pengajian asasi UIAM aku.

(maaf kawan yang still dekat sana sem depan, bukan nak bangga)

"Hang poyo pasai pa? Result belum keluar dah confident lepas"

Itu lah guna tengok carry mark & re-check jawapan-jawapan kita masa final exam kita, dapat ramal lepas ke tak.

OK, sebelum aku melalut lebih, back to the topic. But before that, aku nak buat statement yang entry kali ini aku gunakan bahasa ibunda yang di-rojak-kan. Ye la, first entry English, so kena minta izin untuk kali ini.


Tajuk entry kali ini berkenaan keseraman highway di Malaysia. Tapi throughout this entry aku akan generalised kan keseraman ini kepada semua jenis jalan, tak kira highway, lowway, Subway dan lain-lain. Aku bawa topik ini sebab dapat inspirasi semasa menaiki bas ekspress pulang ke Tanah Merah, Kelantan, menyusuri lebuh raya sepanjang malam daripada Stesen Bas Putra.

Siapa pernah drive seorang diri dalam pekat malam dekat jalan-jalan gelap macam ini? Atau pernah experience kenderaan anda seorang sahaja yang ada di jalan. Yang lain ada la 2, 3 buah kereta. Boleh dikira.

Atau mungkin anda bukan seorang diri, dengan kawan, family, dalam bas. Asalkan pekat malam, dapat lah dikaitkan keadaan tersebut dengan entiti-entiti seperti ini....

-.- Aku sendiri sebenarnya cuba kuatkan hati, pagi buta kot aku update benda ini. Serta-merta, dalam fikiran aku kalau dengar ayat seram berkaitan dengan highway, jalan-jalan kampung, aku teringat kisah Volkswagen kuning, entiti misteri melintas jalan, dan yang paling popular, kisah puakanya highway Karak.

Abang aku pernah cerita tentang Volkswagen itu, dia drive seorang diri dekat highway. Bukan Karak, highway lain. Nampak tak? Mana-mana area makhluk ini boleh tawan.

Kereta Proton Persona Azarul menyusuri lebuh raya X. Jumlah kereta semakin berkurangan memandangkan jam digital kereta Azarul telah menunjukkan jam 3 pagi.

"Alhamdulillah, rezeki Allah SWT bagi kerja begini. Balik lewat pun, dah nama mata pencarian, aku redha Ya Allah," monolog Azarul. Radio kereta yang menemani mendendangkan lagu "Lagu" oleh Bedroom Sanctuary.

"Srettt... srettt... zzzztttt"

"Eh, radio ni. Meragam pula," Azarul mengatur frekuensi namun usahanya tidak berhasil. Setelah berkali-kali mencuba dan gagal, dia menutup radio itu.

"Allah SWT nak suruh aku zikir lebih ni. Ada hikmah, inshaallah" tarbiah agama Azarul membawa kalimah Allah sentiasa terikat dengan hatinya walau dalam situasi begini.

Di hadapan, dia melihat kabus mula semakin menebal dalam jarak 500 meter daripada keretanya. Azarul yang sudah lali dengan keadaan tersebut memperlahankan kenderaannya. 

"Sreetttt... Jaga had laju anda, anda mampu mengubahnya.. sreettttt... zzztt.."

Terhenti sebentar degupan jantung Azarul, terkejut. "Eh, bila masa pula Cina bengkel tu modified kereta aku jadi automatik cari frekuensi pula ni?"

Sedang fikiran dia masih tertanya-tanya tentang perkara yang baru berlaku, di lorong kenderaannya sebuah kereta Volkswagen kuning muncul dihadapan.

"Aku rasa ni mesti kerja 'makhluk-makhluk' ni. Eh, sekejap!" Mata Azarul terbeliak, semakin fokus kepada Volkswagen dihadapannya.

"Volkswagen Beetle 2.0 TSI!! Model terbaru syarikat Volkswagen!! Biar betul!!" Dia semakin hairan dengan situasinya. Lagenda yang didengar hanya menggambarkan betapa antiknya entiti Volkswagen kuning. Namun, lagenda itu ternyata meleset! Makhluk-makhluk itu sudah mengikuti perkembangan dunia automotif, masih berminat dengan Volkswagen, mereka menggunakan pula model terbaru syarikat tersbut.

"Eh, tiba-tiba aku jump in conclusion. Mana aku tahu pula kereta depan aku ni makhluk tu. Baik aku periksa,"

Azarul menambah kelajuan, padel minyak ditekan, stereng dipusing untuk masuk ke lorong kiri. Dengan harapan untuk memotong kenderaan dihadapannya dan melihat siapa pemandu kereta Volkswagen model terbaru itu.

"Orang kata, kalau kereta 'kodok' kuning tu bergerak tanpa pemandu, itu maknanya....." kelu lidah Azarul yang berbicara seorang diri. Di kanan kenderaannya, dia melihat ruang pemandu kenderaan misteri tersebut kosong tanpa pemandu.

"Allahuakbar, a'uzubillahiminassyaiton nirrojim!" Persona itu dipecutnya. Azarul cuba meninggalkan Volkswagen tersebut. Hatinya gundah memikirkan nasibnya jika dia terus mendekati kenderaan tersebut.

Kabus semakin menebal. Jarak pandangan Azarul masih jelas dibantu cahaya lampu keretanya. Namun, keadaan sekeliling yang gelap dan suram menyebabkan jantung Azarul berdegup kencang menahan cemas.

Tetapi, sepertimana lagenda itu dikisahkan, walaubagaimana jauh Azarul memotongnya, Volkswagen kuning itu tetap muncul dihadapannya kembali. Ia bukan kenderaan lain. Ciri-cirinya masih sama. Nombor plat CAK 1234 milik Volkswagen yang baru dipotong Azarul tadi sama dengan kenderaan dihadapannya.

Azarul mula cemas. Namun, berbekalkan sedikit ilmu yang dia raih, dia cuba menenangkan hati.

Azarul terus memandu dibelakang kenderaan puaka itu. Tiada usaha untuk lelaki yang suka memandu laju itu untuk memotong. Jarum meter kelajuan keretanya menurun, dia cuba menjaga jarak selamat. Sambil itu, ayat Kursi dan 3 Qul tidak berhenti membasahi lidahnya.

"Alhamdulillah.."

Azarul memuji Allah SWT. Selepas 5 minit menahan nafsu dan rasa cemas untuk memotong Volkswagen kuning itu, kenderaan tersebut mula hilang daripada pandangan ditelan kabus dengan sendirinya. Serentak itu, kabus disekelilingnya mula menipis dan akhirnya semakin menghilang.

"Azril, kalau jumpa keadaan macam tu, jangan cemas. Jangan sesekali cuba potong Volkswagen tu. Dia tak suka dicabar. Kalau terus dipotong, dia akan terus muncul, muncul, muncul, lepas tu macam yang Azril selalu dengar, kereta tu akan berhenti tiba-tiba depan Azril, then tahu je lah."

ACCIDENT. Things people wish they never met after ghost and traffic police when they are driving.

"Hang cerita ka auta? Macam tak logik!"
Aku boleh kata cerkon (cerita kontot) di atas fakta campur auta. AHHAHAHHAH!!

Aku modified sedikit jalan cerita, dah nama cerkon kan? Actually aku lupa warna dengan jenis sebenar kereta abang aku cerita tu. Tapi tips yang abang aku bagi itu memang betul dia guna.


Tapi sebenarnya, BUKAN KISAH SERAM BEGINI YANG AKU NAK HIGHLIGHT DEKAT ENTRY NI.

Aku berpegang dengan prinsip, tak nak buat orang lagi takut dengan makhluk dengan jaja cerita-cerita begini. Aku sepatutnya ajar manusia LEBIH TAKUT DENGAN TUHAN yang ciptakan makhluk-makhluk itu instead of takutkan mereka dengan makhluk itu sendiri.

Sebab itu aku just guna kisah abang aku itu, sebab at least dalam cerita dia ada tips untuk anda semua amalkan. Lagipun, kalau nak cari cerita-cerita macam ini, banyak lagi blog atau website yang tulis. Lagi detail dan seram.

HIGHWAY ITU SERAM, sebab ACCIDENT. Again aku tekankan perkataan itu. Kadang-kadang kita lagi ambil kisah cerita-cerita seram lebuh raya daripada ambil pengajaran paparan berita kemalangan-kemalangan ngeri dalam media sekarang.

Aku tak dapat bayangkan, bagaimana sadisnya, 4 beranak, ayah, mak, kakak dengan adik perempuannya meninggal dunia dalam kemalangan baru-baru ini. Satu keluarga sekaligus malaikat Izrail tarik nyawa. Kalau ada adik-beradik lain yang selamat, atas jalan raya Allah SWT jadikan hidup dia yatim piatu serta-merta.

Kawan, coursemate aku sendiri pernah experience kereta dia melayang berpusing atas jalan raya lepas berlanggar dengan kenderaan lain. Aku sendiri jadi penumpang pernah merasa macam mana cemas lori langgar pintu kereta yang betul-betul sebelah aku. Alhamdulillah masa itu tidak berapa serius teruknya.

Dan setiap kali aku naik bas ekspress, aku akan teringat kisah bas aku dulu mati brek sekejap dalam keadaan bas masih memecut. Syukur lagi sekali Allah SWT masih nak aku hidup atas muka bumi ini untuk aku muhasabah kalau-kalau aku ini masih ada dosa yang aku belum bertaubat pada Dia.

Bas ekspress yang aku naik untuk pulang baru-baru ini adalah daripada syarikat Sani Express. Yes, Sani Express yang pernah terpalit sejarah hitam semasa hujung tahun 2009. Mengorbankan ramai nyawa dalam satu masa.


Hanya kerana pemandu terlelap beberapa saat, 10 nyawa melayang. Berita kemalangan di Ipoh, Perak ini membuat aku semakin sangsi bila menaiki bas syarikat tersebut. Namun, alhamdulillah, Allah SWT beri kekuatan kepada pemandu bas yang aku naik hari itu untuk terus gagah dan berhemah. Aku selamat pulang ke kampung.


Bagi kebanyakan orang, melihat gambar ini, mereka akan berkata, "Perghh!! Ferrari accident!! Rabak poket nak repair bhai. Entah ada harapan ke tak nak OK balik kereta mahal tu,"


Yes, aku sendiri pun akan terasa macam tu juga.


Sebab Surah Al-Imran ayat 14 ini sendiri menceritakan fitrah bagi manusia untuk mencintai harta dunia ini. Takut kita kalau hilang nikmat-nikmat harta ini kan?

Tapi sedarkah kita, akan nikmat NYAWA ALLAH SWT BERI??

Kita kemalangan, Allah SWT selamatkan.

Kita menunggang 135LC daripada asrama ke kelas, Allah SWT tak temukan kita dengan kemalangan.

Kita jalan dalam hujan, ribut petir, Allah SWT selamatkan kita daripada panahan makhluk nya yang bernama petir itu.

Kita letih-letih baru lepas tiga kelas daripada jam 9 pagi, naik tangga sampai tingkat 3 dengan harapan isteri kita yang bernama Tilam dapat mendodoikan kita, Allah SWT SELAMATKAN KITA DARIPADA JATUH "GEDEBUK!" semasa kita menaiki tangga itu.

KONKLUSI

Allah SWT mampu tarik nyawa kita bila-bila masa. Tak kira dimana atau bila. Tapi Dia masih bagi kita peluang. Dia masih panjangkan umur kita. DIA SAYANG KITA.

Jadi, sahabat-sahabat yang saya kasihi, ambillah sedikit masa dalam hidup kita untuk memikirkan kasih sayang Allah SWT yang selamatkan kita daripada berbagai-bagai bencana sebelum ini. Juga, instead of kita gah bercerita kisah betapa seramnya makhluk-makhluk, entiti-entiti di sekeliling kita, why don't we changed dan mulalah menjaja kisah seramnya pembalasan dan murka Allah SWT.

And at the same time, ingatkan lah diri dan orang lain, KASIH SAYANG ALLAH ITU LUAS. :)

THANKS FOR THE VISIT!! ^^ LETS SHARE THE LOVE!!


p/s: terkini, entiti yang paling ditakuti di atas jalan raya berkemungkinan - kamera AES

Wednesday, January 2, 2013

A Coffee and The Book

By this time, I had done my final examination for this short semester of 2012/2013 session.

Alhamdulillah. Thanks to Allah.

One step closer to my graduation for my study in Center for Foundation Studies in IIUM. One and a half year, seems going so fast.

Flashing back to my memories, for the first time I entered my first after-school study, I was so excited. So excited that I had never be prepared for what will be upcoming in my life in this institution.

Mistakes, Sins, and then Failures. Alhamdulillah, He doesn't failed me in any of my subjects until this time, but for me, what had happened in my first semester is a big regret in my life.

Anyway, I'm still grateful to have my parents, siblings and lovely teachers, family & friends who always be there to guide & realize my true mission of life. :)

Y U NO MENTION COFFEE OR BOOKS!!!
OK, that's enough for introduction. So, 2012 past and I still never changed my habit of last-minute study & staying up late at night (powered up with the will of Allah SWT with coffee). One cup of coffee after 3 hours of internet surfing (see! Wasted your time like you have a whole of my life to study! *my heart says*), feels like a chipmunks being hyperactive after having a tall cup of coffee.
I need to revise a total of 56 pages from Understanding Islam text at that time, and I feel like reading a 10 pages of kid's colouring book. (reading a colouring book? Like serious??)
FEELS HIGH MAN!!!


Astaghfirullah.

May Allah SWT give me strength to change this bad habit, Allah, forgive me. May Allah SWT ease us in our jihad as a student & at the same time, lets pray that He will always keep us in the rightful path. Inshaallah, Amin.