Pages

Tuesday, December 24, 2013

Hampir Pulih [Move On] (by Saudagar Obat)

Kredit


“Kalau korang couple mesti sweet gila doh.”

Beribu kali aku ditujah dengan kenyataan serupa ni. Beribu kali jugak aku sengih selamba. Tak setuju mahupun menafi. Bukannya aku malas nak bersuara, tapi aku lagi suka biarkan kawan-kawan aku seronok bermain dengan imaginasi yang diorang bina. Tingkah aku memang ramah begini. Mungkin lembut bahasa dan manis lidah yang aku pamer disalah erti teman yang memerhati. Mungkin ada manis yang ternampak tapi tak terperasan pada aku. Mungkin masa aku berdua dengan dia terzahir love spark yang hanya terlihat dari sudut orang ketiga.

“Kenapa kau tak nak try dia beb? Korang padan gila kot.”

This question. The same question all over again. Selalu jawapan yang aku bagi setakat nak menjaga hati yang bertanya. Jawapan pulak tak pernahnya nak sama. Hari ni aku jawab A, esok aku jawab B. Kalau diorang pressure lebih sikit aku tukar jawapan aku jadi (A+B) / B kuasa dua. Berbelit urat otak diorang. Bukan apa. Sedaya upaya aku elak dari berbicara pasal topik ni. Bagi aku soal hati bukan pada semua kita boleh kongsi.  Sedaya upaya jugak aku pertahankan lubuk perasaan aku yang paling dalam, walau aku cakna tentang beberapa percubaan liar yang diorang cuba plot diam-diam. Sekarang dah berminat belum nak tahu sebab apa aku tak nak try dia?

“Benda dah lepas toksah dok ingat beb. Lepaskanlah dia. Lepaskan diri kau tu jugak.”

Tersebutlah kisah seorang anak teruna yang menyerahkan cintanya bulat-bulat pada seorang dara. Sebuah kasih yang tak terlafaz pada kata, tapi ditunjukkan pada dunia dengan perilaku awkward dan jelingan manis manja. Cerita tentang sepasang hati yang malu-malu kucing jika berbicara dihadapan teman dan saudara. Sepasang hati yang lebih selesa meluahkan “awak sehat?” dan “lama kita tak borak kan?” pada sekeping kertas dan dipass-passkan melalui orang ketiga. Gambaran dia indah gila, no?

“Korang dua dulu sumpah perfect kot. What happened ah?”

Itulah masalahnya. Nothing happened. Zero efforts were made to rescue our relationship. Masa berlalu terlalu laju bagi aku waktu tu. Aku hilang kawalan terus tentang apa perlu aku buat. Tentang masa depan aku dengan dia. Sampailah satu hari, bila jelingan manja bertukar jadi renungan penuh pertanyaan. Bila tiada lagi kertas berbekas tulisan tangan si dia menjengah tangan. Bila aku keluar pintu kiri, dia cepat-cepat tukar arah masuk pintu kanan. Masa tu baru aku sedar satu perkara. Mungkin, mungkin saja aku dah ‘mati’ pada mata dia.

“Kau ego bro. Kau patut cakap kau suka dia. Bagitau dia betul-betul. Ada kau buat gitu?”

Kau tak payah nak bagitau aku pasal tu la. Aku tahu aku silap. And yes memang aku ego. Aku ego sebab aku takut masa tu. Aku takut kalau kasih aku tak bersambut. Aku takut nak hidup untuk hari-hari selepas ucapan “aku dah anggap kau macam kawan baik aku dah”. Risiko tu terlalu besar untuk seorang mamat selekeh macam aku ambik. Akhirnya apa jadi? Aku buat apa seorang manusia bodoh biasa buat. Aku pilih untuk berdiam dan pendam hasrat aku dalam-dalam. Aku timbus dengan kepura-puraan dan aku biar dia tenggelam bersama memori-memori silam. Itu kata putus aku.

“Kiranya kau dah move on ke belum ni?”

Aku tak rasa seseorang manusia tu boleh move on secara total. Usahalah segigih mana pun, tetap akan ada that small percentages of sayang untuk insan yang duduk jauh bawah dasar hati kita tu. Yang terbaik mampu kita buat ialah belajar dari pengalaman lepas dan bersedia untuk masa depan. Sekarang aku dah didik diri aku untuk expect less.Aku jugak dah makin bijak membezakan antara ‘flirting’ dan ‘being polite’. Masa yang berlalu aku buat jadi penawar luka dahulu. Antara angan dan sedar, aku rasa tuhan dah bukak sikit demi sikit pintu hati aku untuk menerima orang baru. Waktu tu lah aku jumpa dia..

"Wow! Awek baru ke bang?”

Nope. Bukan awek. Jauh sekali bakal isteri. Cukuplah aku ucap rasa syukur waktu tuhan palingkan wajah aku menatap keindahanNya yang satu ni. Cantiknya dia subhanallah. Aurat terjaga. Molek tutur bahasa. She’s perfect! Well at least pada pandangan aku. Macam mana kami punya jauh beza? Dia ibarat merak. Aku ni pulak tak ubah macam gagak. Aku rasa kalau aku usaha sampai mati pun takkannya aku layak berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan dia. Lalu aku jadikan dia inspirasi untuk aku berubah. Berubah menjadi lelaki yang lebih ‘function’ kepada masyarakat and even a better son to my parents. Yup. She did that to me.

“Kalau korang couple mesti sweet gila doh.”

Beribu kali aku ditujah dengan kenyataan serupa ini. Beribu kali jugak aku sengih selamba. Tapi kali ni sengih aku sengih yang mengiyakan. Ibaratnya seperti mengaminkan doa yang dibaca imam. Aku rasa senang dikenen-kenenkan dengan si dia yang baru ni. Aku rasa hidup. Waktu dilihat berdua, aku dapat rasa semula kehangatan pada pipi bila kawan-kawan usik “kau suka dia eh?”. Aku seronok mengenali dia. Si dia yang dulu aku rasa sungguh impossible untuk dicurik hatinya. Si dia yang memberi makna baru pada definisi cinta. Si dia yang membisik kasih tanpa suara. Si dia yang letaknya paling atas menghias takhta. Si merak jelita.

“Korang ni sweet gila doh!”

Aku rasa korang pun mesti dah agak punya kesudahan cerita ni. Yes I got the girl dan kami dah pun plan masa depan kami berdua. Tapi ya lah. Kami hanya merancang. Tuhan jugak yang bagi approval nanti. Kawan-kawan aku tampak selesa dengan kehadiran si dia. Meriah sikit bila berkumpul bersama. Nyaman hati ini tak terbanding lagi. Terasa sakit pedih masa dulu makin hilang signifikannya dalam diri. Sekarang aku hanya berdiri disini, bersedia meredah hari-hari mendatang sebagai seorang pencinta yang setia.

Hinggalah satu hari, aku didatangi masa silamku. Kedatangan yang mencipta sebuah runsing. Kedatangan yang buat aku terkedu. Kedatangan yang membuahkan soalan yang berikut.


“Kenapa kau hadir saat hati ini hampir bersedia menerima yang lain?”

Saturday, November 9, 2013

Kicau Seorang Wan

Kredit


Hitam. Kelabu. Putih.

Silau mata aku. Tapi aku dah biasa. Memang ini lumrah kalau kau masuk zon Susur Masa. Sepi bertukar riuh. Waktu ramai orang baru habis kerja ni memang ramai akan singgah Susur Masa. Latar aku masih putih dan kosong, tapi perlahan-lahan visual aku dihiasi puluhan manusia, mereka adalah antara mereka yang aku ‘follow’ dalam media sosial bernama Kicau. Ye, Kicau. Ciptaan rakyat Malaysia, tapi syarikat Cina yang kuat usaha lah yang buat. Aku sebagai bangsa Melayu tumpang bangga sahaja. Kan 1 Malaysia? Jangan rasis boleh tak?!!

Selepas Twitter, Kicau mengambil alih carta media sosial popular antarabangsa. Macam Twitter juga, kau taip status kau, apa dalam kepala otak, kepala lutut kau, apa kau makan, kau dekat mana, tapi tu peringkat satu untuk Kicau. Orang panggil aplikasi tu Kicau-One. Kicau ni ada peringkat kedua, namanya Kicau-Two. Hanya tempat khas macam kafe siber sahaja yang sediakan teknologi sebuah portal dimana kau boleh masuk ke dalam suatu tempat, macam dalam dunia realiti, cuma dunianya putih sahaja dihiasi langit biru dan awan berarak. Dunia itu namanya Susur Masa. Hanya senarai orang yang kau ‘follow’ sahaja yang akan muncul dalam dunia Susur Masa kau. Di sini, semua manusia yang kau nampak sedang berkicau di laman Kicau akan muncul dengan personaliti yang dia bawa dalam dunia Susur Masa. Kalau dalam Kicau dia jadi lelaki jambu, dalam Susur Masa kau akan nampak diri dia menjambukan diri. Macam waktu perhimpunan sekolah pun ada bila masa kau singgah Susur Masa tu waktu puncak orang berkicau. Yang berkicau seorang diri atau bercakap hal politik, kau akan nampak dia berdiri menghadap semua orang macam berhujah atas pentas. Kalau kau berminat nak mencelah, kau tegur lah dia. Tapi biasanya kalau kau tegur orang yang bajet popular dekat Kicau ni, memang tak berbalas lah teguran kau. Kalau berbalas, kau akan ada ‘conversation’ dengan orang tu. Macam dunia realiti, kau akan berborak dengan orang tu sampailah kau atau dia berhenti membalas. Fungsi lain macam ‘retweet’  dan ‘favourite’ pun ada. Sekejap, aku tunjuk kau macam mana cara dia.

Tangan aku angkat paras kepala, aku hala ke arah Christine Suzanne 5 meter dari aku yang tengah tunjuk gambar ikan siakap tiga rasa yang dia masak sambil dikeremuni peminat-peminatnya yang rata-rata lelaki. Muncul satu paparan menu, aku sentuh butang ‘favourite’ tu sekali sebelum aku berlalu pergi mencari seseorang. Dunia realiti, aku pakai t-shirt tak basuh 5 hari dengan seluar tiga suku sambil berselipar. Dalam ‘Susur Masa’, aku boleh fikirkan apa yang aku nak pakai. Macam dunia palsu Kicau-One, kau boleh jadi sesiapa, tapi bagi aku cukuplah aku dengan personaliti aku sendiri. Cuma sebab aku nak jumpa Aryana, gadis tinggi lampai potongan bak Nelydia Senrose disini, aku kena lah bertuksedo dan berhias sekacak mungkin. Dia tinggal Johor Bharu, aku budak KL. Jadi ini tempat paling mudah aku nak jumpa dia selalu. Tapi aku tak suka dedahkan sangat dunia romantis aku dekat Susur Masa sebenarnya. Di satu sudut, kelihatan sebuah pintu kaca berdiri tanpa dinding. Setapak demi setapak tenang aku melangkah ke arahnya, tanpa mempedulikan manusia yang tak peduli kemunculan aku. Sibuk dengan hal mereka. Dan aku dengan hal aku, tombol pintu tiba-tiba terkuak dan ia terbuka. Gadis manis, wajah bujur sirih bersama senyum manis berlesung pipit muncul menjemput aku ke dalam.

“Jom Wan, I tak sabar untuk candle-light dinner kita,” aku menyambut huluran jemari halusnya dan turut serta bersamanya ke dalam ruangan ‘Kotak Mesej’. Disitu, segala privasi kau terjamin. Tak ada manusia yang akan ‘unmention’ aku dengan kicau meluat dengan konversasi jiwang aku bersama Aryana. Oh ya, gadis JB ni aku kenal daripada Kicau-One. Pendek cerita, lepas kongsi cerita, berbual, dan bergurau. Entah macam mana kami berdua rasa macam “Eh, kita ni macam serasi je kan. Lets get to serious relationship shall we?” Dari situlah aku start kerap jumpa dia dalam Kicau-Two.

“Tonight is certainly special. Belum pernah intim macam ni suasana kita kan?” aku mengiyakan sahaja kata Aryana. Jujurnya aku tak berapa gemar formaliti. Ditemani pemain saksofon seiras Kenny G dan bilik malap diterangi lilin wangi diatas meja. Makanan pula, alahai.. Stail orang kaya katanya. Tak kenyang aku rasa kalau telan pun. Tapi..

“Untuk awak, everything seems so special. Did my eyes tell lies? Mata ni ceritakan cinta tau?” Merah padam pipi dia. Senyum bersimpul malu. Palsu sangat ke madah kata aku tu? Kalau ya pun, aku tetap tak boleh tipu Aryana ni lawa dan aku betul-betul susah nak lepaskan dia ni. Macam mana pun, aku kena biasakan diri dengan cara hidup dia ni. Kira bersyukur juga dia dapat terima aku yang tak lah setaraf mana dengan dia.

“Thanks awak, for this beautiful night. Sadly we must be apart for now. Esok lusa kita jumpa lagi, nanti I set tempat lagi best untuk kita berdua ok, sayang?” Cair juga aku tengok tiap gerak seksis bibir dia. Cair sampai aku lupa yang aku agak rimas dengan suasana cara makan anak orang kaya ni.

Masa untuk aku pergi dari dunia Kicau-Two. Macam biasa, gunakan isyarata tangan, tekan butang paparan menu untuk ‘sign-out’ dan kini aku berdiri semula di atas bumi nyata. Lama juga mata aku nak sesuaikan dengan cahaya lampu kafe siber ni. Kini aku berdiri dihadapan pintu portal ke dunia Kicau-Two. Jam 11.42 malam. Kedai ni buka 24 jam, aku tak risau mana. Tapi esok aku kerja, risau juga kalau aku balik lewat. Bergegas aku keluar daripada bangunan perkumpulan manusia ketagihan sosial maya dan membuka luas pintu masuk kafe siber sebelum mendapati satu jasad yang cukup aku kenal berdiri di tepi motorsikal aku. Syaza Afida namanya.

“Syaza, eh kau buat apa kat sini? Amboi, nak ajak aku makan McDonald tengah malam ni ke macam mana?” Kawan sejak bangku sekolah lagi, aku dah biasa sangat dengan Syaza ni. Tapi agak musykil juga aku waktu macam ni, dengan muka bagai menahan letusan Gunung Merapi, tertanya juga la aku. “Kau dah kenapa? Muka macam nak telan aku je?”

“Ye. Aku memang nak telan kau. Kau tahu dah pukul berapa ni. Aku yang duduk sebelah rumah kau risau tahu tak rumah kau bergelap semacam. Nampak sangat kau leka dengan Kicau-Two tu lagi.”
“La.. Itu je ke. Menghabiskan duit minyak kau je datang jenguk aku dekat sini. Aku tahu lah nak balik. Esok aku nak pergi ofis, aku kenalah balik. Rileks lah, baru nak masuk pukul 12 tengah malam. Sempat lagi ni kau nak belanja aku makan dekat...”

“Kau keluar dengan Aryana tu lagi ke?” Sudah.. Sejak aku makin kerap jumpa Aryana dalam Kicau-Two, Syaza ni tak habis macam nak kawal hidup aku. “Kau jealous ke?” Serius aku tanya dia ni. Tolong jujur.
“Ok, now I will be honest. You know you can’t judge someone based on what his or her personality on social media. Kau boleh lah nampak Aryana tu baik, accepting you for who you are tapi kau kena ingat. Kau, dia masing-masing masih fake.”

“Fake? Apa kau merapik ni sial? Dah lah aku nak balik!”

“Wan! Listen! Daripada aku simpan baik aku jujur. I have met Aryana a few days before..” Dekat situ aku dah mula membatu sekejap. Tapi sebab ego, aku kena pura-pura tak layan sangat. “And believe me, she’s not being honest with you. She is using you, sementara boyfriend dia figured out pasal their relationship. Kau macam permainan sementara dia... wait! Wan!” Aku dah tak dapat dengar lagi. Aku terus hidupkan motorsikal aku dan tinggalkan Syaza terkontang-kanting seorang diri. Taklah terkontang-kanting mana, perempuan tu ada kereta sendiri. Pergi matilah kau nak cakap apa. Dah cemburu cakap cemburu.

***

“Are you questioning my loyalty, my dear?” Bentak Aryana bila aku tanya tentang hubungan dia dengan bekas kekasih dia. Aku tak kenal sangat lelaki yang Syaza sebutkan semalam tapi yang aku tahu, memang ‘standard’ gadis ‘candle-light-dinner’ macam Aryana ni lah.

“No, baby, no. Kawan saya, dia kata dia pernah jumpa awak, entah macam mana dia boleh tuduh awak macam tu macam dia dah jumpa awak berkali-kali. Pelik juga,”

“You are talking about Syaza right? Your bestfriend. Oh sekarang you tanya macam ni sebab nak saya mengaku lepas tu awak nak berasmara dana dengan konon bestfriend awak tu lah ye?” Apa?? Ini ke kuasa seorang wanita buat tekaan melulu. Penipu betul cikgu Pendidikan Seni aku yang kata lelaki penuh dengan imaginasi. Aryana adalah contoh yang mampu lawan hujah cikgu aku tu.

“Damn no! Apa awak cakap ni? I’m just asking.. and saya tak suruh awak mengaku pun. Awak, is there something you hide from me?”

“Ah kau! Asking, asking. Faking la! Dah! I’m out!” Serta merta suasana taman bunga bougenvilla dalam Kotak Mesej bertukar putih terang, kosong. Celaka. Tak sampai 5 minit, sepasang merpati dua sejoli berpisah dengan caci maki. Celaka, amat celaka.

Malam tu sepanjang jalan pulang ke rumah, kepala aku berputar ligat memikirkan tragedi Oktober yang baru berlaku. Bersejarah juga 13 Oktober 2024 aku ni. Kecewa, lebih kecewa daripada kekecewaan Malaysia tidak mencapai Wawasan 2020 yang diwar-warkan. Kalau lah betul Aryana ni jujur tak menipu aku, kenapa muka yang selama ni suci, mulia, dan periang bertukar kerut serupa ahli sihir yang bila-bila masa boleh paksa aku telan epal beracun. Baiklah, aku tahu dunia Kicau-Two ni walaupun macam personafikasi dunia realiti, tapi kau masih dapat kawal perangai, pakaian, dan keayuan kau ikut kehendak hati. Tapi aku tak sangka pula jadi macam ni. Aku nampak Aryana seperti seorang suspek yang resah bila dituduh bersalah curang keatas lelaki naif yang betul-betul percayakan segala tulisan dan siapa diri dia dalam dunai separa palsu, Kicau-Two. Betul atau tidak tuduhan aku tu, segala mesej dan panggilan telefon aku tak berbalas. Dengan makian dia tadi, macam tak ada harapan dia nak balik dekat aku. Entah lah.

Sampai dihadapan rumah, aku meletakkan motorsikal sambil mencuri pandnag kerumah Syaza disebelah. Senyap, gelap. Dah tidur agaknya. Syaza, nak dibanding dengan Aryana, tak adalah lawa mana. Tapi tahap sejuk mata memandang. Bertudung tiga lapis tapi berpakaian santai. Sama macam perangai dia. Itu yang aku senang nak masuk dengan cara dia. Tapi kalau nak ada perasaan lebih tu, aku tak pasti lah. Ah, apa aku terkenang dia pula ni. Baik aku bersenggama dengan tilam dan melayan mimpi, moga yang indah menemani. Betul-betul celaka malam aku kali ni.

***

Pantai dihempas ombak. Tabah betul pasiran pantai ni menahan. Tak sekuat aku sampai nak cari ketenangan terpaksa luangkan hari Sabtu dekat pantai Port Dickson. Jauh juga aku tunggang motorsikal ni. Entah. Pantai ni banyak memori pada aku. Kebanyakan memori dengan Syaza sendiri. Lawatan pertama yang sekolah aku anjurkan dan aku turut serta sekali, Syaza ada juga masa tu. Bila diingat balik, comel juga dia masa tu. Tapi masa tu aku anggap dia tak lebih dari kawan pun. Lepas daripada lawatan tu, keluarga kami berdua memang kenal rapat jadi kerap kali juga lah keluarga aku dengan Syaza singgah Port Dickson untuk berkelah. Antara banyak-banyak tempat, pantai ni juga mak ayah aku dengan Syaza ni pilih. Dah hafal sangat jalan ke sini dari Kuala Lumpur. Memang aku, Syaza, dengan kawan-kawan lain sekali jadikan Port Dickson ni pantai persinggahan wajib setiap tahun. Sambil mengcangkung, melayan sekepul dua asap Parkway, aku memandang langit senja yang nak menjengah malam. Layan perasaan. Aku harap perit aku yang entah kenapa seminggu tak hilang ni sembuh cepat. Dah lah si Syaza ni entah kenapa jarang aku nampak. Kerja dah lah tak sama tempat. Rumah asyik bergelap. Aku pergi masuk rumah dia.. aku sendiri segan. Malu juga bila aku tinggalkan dia malam tu. Cakap pasal malam tu, satu benda aku masih tertanya-tanya lagi ni, mana Syaza menghilang selama ni....

“Ada rokok lebih tak abang romeo?” Terloncat juga aku mendengar. Tak sempat fikir siapa pemilik suara tu, aku berdiri dan menoleh, Syaza berdiri dibelakang aku, senyum. Manis.

“Kau jangan nak terpengaruh sangat dengan Fadilah..eh Fad tu. Kau tu perempuan. Dia..separa perempuan..”

“Hahahahaha! Jadi kaum Adam ni tak ada hal lah nak hisap berapa batang rokok sehari pun?”

“Kau nak aku tinggalkan kau macam malam tu lagi ke haa?” Kali ni aku tak menyinga. Aku berseloroh dalam bentak. Kira macam ni lah perbualan biasa kami. Dan aku selesa begini dengan dia.

“Maaflah aku jarang ada dekat rumah sejak dua menjak ni. Aku saja nak bagi kau kesan psikologi kan? Bagi kau rindu aku, bagi kau fikir masalah kau dalam-dalam.”

“Amboi kau, main psikologi bagai. Aku nak fikir dalam-dalam apa lagi? Lagi aku fikir lagi susah lah aku nak move on daripada Aryana tu.”

“Kau ni bangang tak berubah..”

“Jaga sikit mulut tu. Bangang-bangang aku, dulu aku hampir-hampir juga nak dean list lepas graduate Ijazah Pengurusan Manusia dulu tahu! Kahkahkah!” Berdekah juga aku ketawa. Tapi rasa macam bodoh pula ketawa macam nak gila seorang diri padahal Syaza sebelah aku muka serius habis. Aku berdehem dan tenung balik matahari nak terbenam.

“Wan Megat bin Wan Abdullah, kau tahu aku sayang kau kan?” Aku tolehkan pandangan ke arah Syaza. Berkerut dahi aku. Aku tahu sayang tu luas. Sayang kepada kawan contohnya. Tapi aku tak pernah dengar Syaza ni luah perkataan ‘sayang’ tu dekat aku selama aku kenal dia. Kalau aku panggil dia macam tu, lagi dia nak terajang aku tepat ke perut ada lah.

“Wan, aku tak nak kau percayakan sangat apa yang kau nampak dalam dunia Susur Masa tu. Kicau-One mahupun Kicau-Two. Aku tahu, tak semua orang tu menipu. Ada yang jujur. Tapi dunia Susur Masa tak sama dengan dunia yang kau tengah pijak ni, Wan. Kau sekarang berpijak di dunia realiti, dari situ kau nampak true colour of people around you. Including me. Aku boleh jadi fake depan kau. Tapi tak semudah Susur Masa. Perasaan tu takkan pernah sama bila kau luahkan dalam Susur Masa, dengan meluahkannya sekarang.” Seakan satu eletrik merenjat seluruh salur darah aku. Semacam aku nampak satu resolusi yang selama ni aku buta untuk melihat.

“Kau nampak matahari tu kan? Cantik. Macam mana pun kau bina dunia imaginasi kau dalam Susur Masa, takkan pernah sama perasaannya bila kau nikmatinya dalam dunia nyata. Udara yang kau hirup, udara original percuma daripada Tuhan. Kau kena rasa semua tu, Wan. Aku taknak kau terikat dengan dunia separa palsu Susur Masa tu..” Kali ni aku nampak air mata Syaza mula bergenang, serta-merta jatuh membasahi pipi putihnya. Tak semena tangan aku terus automatik capai tisu dalam poket, aku keluarkan sehelai sebelum dengan lembut aku sapu air mata dia. Satu perasaan berlainan masa tu. Aku rasa sekaan air mata tu bukan daripada kawan untuk kawan. Semacam satu rasa yang buat hati aku berhubung dengan Syaza.

“Aku sayangkan kau, Wan. Aku betul-betul sayangkan kau.. Tapi..” Belum sempat segala curahan air mata dia aku sapu, dia bingkas bangun dari duduk dan berlari-lari anak ke arah gigi pantai. Sampai takat ombak mula menjamah kakinya, dia menoleh ke arah aku. Senyuman dia gagahkan dalam sedu dia menahan sebak.
“Kau tak perlu tahu macam mana aku tahu siapa sebenarnya Aryana. Wan.. Aku harap, aku jumpa kau di dunia sana nanti..” Membuntang mata aku. Apa Syaza cuba nak buktikan ni? Dengan selamba dia berjalan perlahan, menenggelamkan dirinya dalam lautan Port Dickson, pantai kenangan kami berdua. Kaki aku.. kaki aku kaku. Nak tarik dia daripada situ..

“Syaza!!!” Seraya teriak aku, jasad Syaza menghilang, tenggelam ditelan lautan dalam. Kaki aku mula ringan dan gopoh-gapah aku berlari ke laut. “Syaza!! Apa kau buat ni bodoh! Kau nak pergi mana?? Dunia mana kau nak jumpa aku ni!!” Segala telefon bimbit barang semua aku campak ke tepi. Baju aku tanggalkan dan tak fikir apa, aku terjun. Dengan harapan dapat aku tarik Syaza semula ke darat, dan balas luahan dia, yang aku juga sayang, dan cintakan dia. Sebagai Syaza yang sebenar selama ni. Tapi, apa yang aku nampak hanya pasir dan kerang. Tiada jasad manusia. Aku timbul semula ke pemurkaan. Syaza tiada. Lenyap.

***

Dah 15 minit aku berenang, timbul semula. Badan aku makin letih. Syaza macam lenyap macam tu sahaja. Langit senja dah bertukar Maghrib. Aku menelentang diatas pasir pantai Port Dickson. Memandang langit. Bertanya kepada Tuhan, mana hilang jasad Syaza?

Ring.. Ring.. Ring.. Ring..

Telefon bimbit aku bising pula masa aku tengah kusut ni. Tak lain tak bukan bos aku si Cik Rosnah tu lah tanya pasal kerja minggu lepas yang tertunggak. Aku capai dengan terpaksa, sebelum aku sedar rupanya panggilan itu datang daripada mak aku. Aku angkat dan menekap telefon ke telinga. Seminit, dan telefon itu terlepas daripada genggaman. Tangan aku menggeletar, darah aku berderau, mata aku terbeliak, dan peluh dingin terasa.

“Wan, mak tak rasa nak simpan lama benda ni. Kawan kamu, Syaza, meninggal seminggu lepas. Dia balik kampung sebelum tu, sakit-sakit. Kamu tahu kan dia hidap barah, dia balik ke kampung nak buat pembedahan. Dia pesan dekat mak, dengan family dia, jangan beritahu kamu keadaan dia. Katanya dia tak mahu kacau kamu tengah bahagia. Seminggu mak simpan berita ni, Wan. Tapi hati mak tak sedap hati, apa kamu buat sampai kawan baik kamu nak berahsia pasal sakit dia dengan kamu ni? Wan? Wan??”

Kali ni, aku tak tahu siapa lagi yang akan sapu air mata aku yang bergenang ni. Lemah. Hilang.

-TAMAT-


Sunday, September 8, 2013

Tamatkan

Kredit

Payung percuma Ambank itu Leya buka, hujan renyai-renyai kini bertukar lebat. Leya berlari melintasi jalan yang lengang menuju ke sebuah apartmen di seberang jalan. Basah kasut sneakers nya tidak dipeduli. Dia harus cepat ke bumbung apartment itu.

Kerana di bawah terang bulan, dia nampak seorang gadis sedang berdiri di tepi bumbung bangunan 20 tingkat itu.

“Ah, sudah! Jangan la ada nyawa melayang lagi sini!” Payung Leya sudah dicampak ke tepi, kelam kabut dia menekan butang lif untuk ke bumbung apartmen.

Di atas bumbung apartmen, Emma memandang sayu telefon bimbitnya. Skrin Samsung Galaxy S3 itu dipandang kosong gadis itu. Makin dibasahi simbahan hujan, tidak dipeduli. Mesej Whatsapp terakhir daripada Azlan benar-benar merobek harapannya selama ini mahu duduk sama pelamin dengan buah hatinya itu. Yang kini sudah pergi melempias nafsu dengan perempuan lain.

“Habis madu sepah dibuang! Dasar jantan! Semuanya sama!” Emma dah tak tahan. Kaki digagahkan memanjat dinding bumbung apartment itu yang mungkin memisahkan antara dia dan impak seksanya jatuh daripada tingkat 20.

“Ayat klise drama mana kau guna tu?” seakan tenang suara daripada belakang Emma. Dia menurunkan badannya daripada dinding bumbung dan menoleh ke belakang. Leya berdiri memeluk tubuh memandangnya, tenang.

“Kalau kau nak halang aku, baik kau blah! Aku dah malas nak hidup dengan dunia celaka ni!” Seluruh badan Emma dah menggeletar. Sejuk, seram sejuk pun ada. Dia tak sangka cinta yang dijalin indah kini penyudahnya dia perlu terjun daripada bangunan tempat tinggalnya sendiri. Dia hanya berdiri memandang ke bawah bangunan.

Leya cuma tersengih. Membetulkan rambut bob-haircut nya yang basah bermandi hujan. Berjalan perlahan ke arah Emma lalu berdiri di sebelah gadis itu.
“Aku Leya, kau?”

“Kau siapa nak sibuk pasal aku?!”

“Aku tanya je. Tak rugi apa-apa kan?” Emma tak menjawab. Leya melepaskan keluhan, dia memeluk tubuhnya yang semakin dicucuk-cucuk kesejukan ke tulang sum-sum. Matanya meneliti pakaian Emma. Berbaju singlet dan berkain biru muda. Ada sebuah beg di situ, Leya tunduk dan cuba membaca perkataan yang kelihatan disulam dengan nama ‘Emma’.

Leya bingkas bangun dan tersenyum memandang Emma yang mula hairan dengan tingkah wanita 20-an itu. “Beg ni mesti special pada kau kan, Emma? Kau sendiri ke yang sulam nama ni dekat beg ni?”

Emma terus berdiam. “Dik, kalau ada apa-apa masalah, tak rugi kalau adik cerita sekarang. Lepas habis, adik boleh pilih. Move on, atau terjun.”

“Move on?” Kali ini mata keduanya bertembung.

“Akak dah jumpa banyak sangat kes macam Emma. Akak dah biasa sangat,” senyum Leya jelas dalam samar kelam malam.

Emma tertunduk, menghela nafas panjang. Entah kenapa, kehadiran Leya yang asing baginya seakan membawa ketenangan. Dia mula memberanikan diri untuk bercerita, “Nama dia Azlan. Dia yang sulamkan nama saya atas beg sekolah saya tu. Pelik kan? Lelaki seni macam dia?” Leya yang tekun mendengar terkejut mendengar.

“Serius sulaman ni kerja lelaki?” Matanya bersilih meneliti sulaman seorang lelaki pada beg Emma lalu menfokuskan kembali pandangan kepada Emma. “So, this is how you were attracted? Not bad. Kalau akak, lelaki seni macam ni mesti akak expect hatinya lembut and akan sayang kita ketat-ketat.”
“Are you gonna hurt me more or what?” Kerut dahi Emma mendengarnya. Terasa terpukul dengan apa yang Leya katakan.

“I’m just telling the reality, dik. Banyak benda kat dunia ni kita expect semuanya indah macam filem animasi Disney. Happily ever after, kononnya. We thought we had found our Prince Charming, but somewhat end up jadi upside down.” Ceramah Leya panjang lebar.

“Sebab tu saya kena end up my life now, kak Leya. There is noreason for me to live anymore..”

“Just because of ‘jantan’?” Emma memandang tajam ke mata Leya. Kelihatan berkaca-kaca menahan gejolak jiwa.

“I’m not that stupid enough! Saya dah tak tahan hidup sebab manusia keliling saya ni bangsat! Bangsat!” Kali ini Emma tidak dapat mengawal emosinya. Rambut panjangnya ditarik-tariknya. Leya tahu dia tak boleh membiarkan Emma terus begitu lalu mendekati dan terus memeluk gadis mentah itu.

“Shh.. Shh.. Kawal emosi, dik. Cerita kat akak, what kind of shit you’ve been through this time,” dalam dakapan lembut Leya, bisik pujuk itu berjaya melelehkan air mata yang ditahan sekian lama dalam diri Emma.

“Sejak kecil, saya jadi mangsa dera ibu saya sendiri! Ibu yang melahirkan saya! Katanya saya anak sial, anak tak dengar kata. Saya tahu, lepas saya lahir mak mula kena sakit meroyan. Bisnes kain dia lingkup, dan ayah pula asyik sibuk dengan kerja korporat dia!” Dalam sedu Emma mengenang sejarah hitam.

“They always said, a mother is a God in the eyes of her children. Pembohong! Mak saya tu iblis! Dia iblis! Iblis!”

“Emma, dear.. Control yourself. Remember, I’m here.”

“Apa yang kau boleh buat untuk aku! Let me go!” Sekuat tenaga Emma melepaskan diri daripada dakapan Leya. Hampir terjatuh Leya akibat tolakan Emma itu.

“Tak ada orang yang betul-betul sayang aku kat dunia ni! Mak sendiri kaki dera anak. Then the year I have to take my UPSR, my parents separated. I lived with my father since then, and you know what? Dalam hati ni masih ada rasa kosong! Kosong sebab orang tua keparat tu leka foya-foya kat luar, anak diberi nafkah duit dia sahaja. What kind of father he is?!” Emma tidak menunggu lama selepas itu untuk memanjat dinding bumbung bangunan itu untuk menamatkan hidupnya itu serta-merta.

Namun, baru sahaja tangannya menyentuh dinding konkrit itu, dia terasa kaku dan tak dapat meneruskan hajatnya. Tubuhnya tak dapat digerakkan walau seinci, Cuma bibir dan sedu tangisnya sahaja yang masih berirama dalam desirna hujan yang masih kekal lebat. Entah kenapa, dia rasa dunianya berhenti seketika.
Sementara itu, Leya yang masih berdiri di sebelah masih tersenyum memandang Emma. Sedaya upaya badan yang tak mampu dikawalnya itu dia usahakan untuk menoleh kepada Leya.

“Are you sure, Emma?”

“Sure about what?! Can’t you see, I’m suddenly stuck in here!”

“Adik pasti ke dah tak ada kasih sayang yang masih adik nikmati lagi atas dunia ni?” Persoalan dilempar Leya seakan cuba mengetuk hati Emma yang tertutup rapat.

“Ya, mungkin adik hilang kasih ibu dan bapa yang sepatutnya menjadi malaikat yang melindungi adik. Kerana itu adik memilih kawan untuk berseronok menghapuskan rasa sunyi tu dan end up you meet Azlan. Lelaki yang adik pertaruhkan kasih sayang yang selama ini tak diisi, kan?” Tiada respon daripada Emma. Dia tidak kelu lidah, tetapi selama ini tiada siapa yang pernah mengingatkan dia tentang semua itu. Hatta ‘kawan’ mahupun cikgu. Kecuali Cikgu Baharin dan Ustazah Asma. Hanya 1 dalam 1000 insan sebegitu yang mampu buat dia percaya bahawa dalam dunia ini masih ada harapan. Tapi sayang, kerana hanyut dengan dunianya sendiri, dia sedar dia jarang mendekati kedua insan jujur yang mengajarnya itu untuk meluahkan masalahnya.

“Terlalu banyak manusia di luar sana terlalu menghargai nilai sebuah nyawa dik, sehingga mereka meronta-ronta, merayu kepada Tuhan di alam barzakh untuk kembali bernafas, memulakan segalanya daripada mula,” sejurus itu, air mata tidak lagi tertahan membasahi pipi gebu Emma.

“Apa yang saya perlu buat, kak? Saya tak nampak lagi harapan untuk hidup. Segalanya musnah buat saya..” Leya tersenyum dan memeluk tubuh Emma sekali lagi, cuba menteteramkan emosi remaja itu.

“Allah, harapan Emma yang tinggal. Biar adik susah atau senang, biar payah mana jalan adik lepas ni untuk cari ketenangan, yakinlah Tuhan ada untuk bimbing dan temani adik, sayang adik lebih daripada siapa pun, termasuk Kak Leya sendiri,” kali ini tubuh Emma berasa ringan. Beban dihatinya terasa diangkat. Kelopak matanya kini basah dengan air mata yang ditahan selama ini.

“Ikut akak dik, akak yakin, ini satu-satunya pegangan yang akak boleh amanatkan pada kamu, sebelum akak pergi..”

“Pergi? Kak Leya..”

“Asyhadualla ila ha’illallah..” Emma mati bicara, lidahnya hanya mampu mengikut bisik kalimah dari bibir Leya, “Asyhadualla ila ha’illallah..”

“.. wa’asy haduanna muhammadarasulullah..” Sambung Leya. Bacaan itu terusan disambut ke akhirnya oleh Emma sambil terus dibisik Leya ke telinga remaja itu.

“Wa.. wa’asy haduanna muhammadarasulullah..”

“Aku naik saksi...”

“Aku naik saksi.. Bahawa tiada Tuhan selain Allah..”

“..dan Nabi Muhammad..”

“..dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah..” Seraya penyaksian Emma itu, hujan mula beransur henti mencurah kini berganti sinar terang bulan nukilan Tuhan Yang Maha Menciptakan, Yang Maha Mengasihi setiap makhluknya. Dan malam itu Emma sedar, dia masih ada Allah SWT untuk dia bergantung harap dan meneruskan perjalanan hidupnya walaupun perit adalah satu-satunya perkara yang perlu dia perjuangkan.

Leya sedar akan ukir senyum di bibir gadis dalam dakapannya itu. “Adik teruskan hidup adik, jangan sesekali putus harapan. Berdoa dan berusahalah, cari insan yang benar-benar memahami dan mampu membantu masalah adik,” dakapan dilepaskan dan Leya mula berlalu ke tepi bangunan. Dinding penghalang dipanjat dan kini dia berada di posisi antara hidup dan mati.

“Kak Leya, apa akak.. nak buat tu? Akak yang bagi saya harapan, saya perlukan akak. Kenapa akak perlu buat begini, kak?” tubuh Emma yang tidak lagi kaku masih terpaku di tempat sama. Dia mati akal melihat apa yang berlaku didepan matanya. Tubuh Leya, sedikit demi sedikit pucat dan memutih.

“Akak pernah sekali membuat keputusan seperti kamu, Emma. I’ve been burdened with so much trouble in life, and I have nobody by my side to whisper to me the word of the God.. to appreciate every breathe He had give to me.” Kali ini Leya membiarkan graviti menayangkan episod penamat di kaca mata Emma. Badannya didepakan ke hadapan, Emma hanya mampu berlari dan melihat jasad atau mungkin hanya roh seorang wanita yang baru tadi menjadi penghubung antaranya dengan Tuhan, untuk membuat keputusan menjadi Izrail buat nyawa sendiri.

“Ini balasan yang harus akak terima, setiap hari, dik. Ingat pesan akak.. From now on, please, appreciate every breathe He give to you,” dalam sayup kedengaran bisik Leya di telinga Emma sebelum kelibat roh wanita itu terus tembus ke tanah dan menghilang . Tiada secebis jasad ketinggalan. Bagai lenyap dibawa angin. Kuasa Tuhan. La haw la wala quwwata illa billah.

Langit malam mula diterangi sebaran cahaya bulan, dihiasi kerlipan bintang. Awanan berarak dalam kelompok kecil, membuatkan segenap ruang lantai bumbung apartmen itu bagai bercahaya sendiri. Di sini, seorang remaja yang hampir mensia-siakan hidupnya atas beban yang tak tertanggung, sehinggalah dia menyedari kasih sayang daripada Tuhan yang datang melalui Leya, walaupun jauh, namun ia masih tetap ada tersedia. Sebagaimana jauhnya bulan dan bintang yang indah itu. Masih bersinar walau tak tercapai dek tangan.

Kalau segala apa didunia kita telah tewas, harapan jangan sesekali tewas.

-TAMAT-

Thursday, August 22, 2013

Hadiah Cinta Alexa

Kredit


7 tahun yang lalu..

Pintu Dewan Kuliah Ekonomi dan Sains Pengurusan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) cawangan Gombak terkuak, para pelajar meluru keluar untuk pulang menuju ke asrama masing-masing. Thaqif, pelajar tahun kedua dalam jurusan Perakaunan menilik jam tangan digital G-Shock berwarna ungu miliknya, masa menunjukkan jam 4.30 petang.

“Daripada aku balik solat Asar sorang diri kat bilik, lagi baik aku singgah masjid. Asar pun dah nak masuk waktu ni,”

Berbaju kemeja-T hijau, seluar jeans hitam dan kopiah putih yang sebati dengan kepala bujurnya memberi imej seorang yang “alim” bagi orang kebanyakan. Ditambah dengan nur diwajahnya yang berseri, memberi imej Islam yang sejati namun ringkas melalui pemakaian Thaqif. Namun, dia tak pernah merasa dirinya sebegitu “alim” atau warak.

“Masih banyak lagi yang aku perlu belajar,” respon Thaqif tiap kali rakan-rakannya menggelarnya “Ustaz”. Dia juga sudah biasa memimpin usrah-usrah dikampusnya. Sifat rendah diri dan kecintaan kepada agama mampu membuat mana-mana wanita jatuh cinta padanya.

Tidak ketinggalan meminati Thaqif dalam diam; Alexa, seorang gadis berketurunan Cina dan beragama Kristian. Menyambung pelajaran di UIAM dalam jurusan yang sama dengan Thaqif.

“Assalamua’laikum, Thaqif, nak kemana tu?” ucapan yang terpacul spontan daripada lidah Alexa yang sudah terbiasa dengan suasana Islamik disekelilingnya.

“Wa’alaikumsalam..” Thaqif berpaling dan balasan salamnya tergantung disitu.

Alexa berdiri dihadapannya berselendang biru melitupi sebahagian rambutnya, pemandangan biasa bagi sesiapa sahaja yang beragama selain daripada Islam yang belajar atau berkhidmat di mana-mana cawangan UIAM.

Wajahnya yang putih melepak, mata yang agak sepet dan wajah yang agak bulat memperlihatkan indahnya ciptaan Allah. “Sayang, wajah seindah ini andai kau dalam Islam, alangkah baiknya,” ‘first impression’ oleh Thaqif apabila mengenali Alexa  buat kali pertama dahulu di tahun pertama pengajian ijazahnya.

Serentak itu, Alexa terbayang, “Andai aku masuk Islam, pasti aku dapat bersama dengan Thaqif, memberi salam kepadanya setiap hari. Jadi teman hati dia sampai bila-bila, hehe” bibir nipis Alexa tersenyum sipu memikirkan khayalan itu.

“Oh, maaf Alexa, saya perlu bergegas ke masjid untuk solat jemaah. Saya minta diri dulu,” Thaqif dapat mengagak maksud disebalik senyum sendiri oleh Alexa itu. “Oh, baiklah. Maaf mengganggu awak,” balas Alexa.

“Thaqif, malam tadi Alexa ada cerita pada aku, dia minat kau,”

Seloroh Syahirah, rakan sekelasnya semasa Alexa ada bersama mereka pagi tadi. Alexa yang mendengar hanya diam tersipu malu. “Orang-orang tua kata, diam tanda setuju,” Haziq, sahabat baik Thaqif mencelah.
“Tolong lah, benda-benda macam ni tak perlu lah bangkit di sini. Alexa, pelase say its a some kinda joke,” keseriusan Thaqif menunjukkan yang dia benar-benar tidak mahu gosip tersebut dipanjangkan.

Bukan sekali Thaqif pernah bercerita tentang Islam kepada Alexa sebelum ini. Malah dia pernah menjelaskan tentang akidah Islam kepada Alexa dengan lebih mendalam lagi. Thaqif  juga tidak pernah lelah membantu dan bekerjasama dengan rakan berlainan akidahnya itu dalam kerja-kerja kuliah mereka serta masalah-masalah yang dihadapinya. Pernah sekali Alexa kehilangan dompet, Thaqif dengan bersusah payah cuba mencari untuknya sehingga akhirnya Thaqif menjumpainya di dalam lif di salah satu bangunan UIAM.

Jauh di hati Thaqif, dia juga meminati perwatakan Alexa. Jarang dapat dilihat seorang yang berdiri bukan di atas landasan Islam sejak lahir, mahu bertatih mendalami apa itu Islam. Thaqif berazam mahu mendekatkan Alexa kearah Islam dan berharap gadis itu akan melafazkan kalimah agung syahadah setelah benar dia bersedia. Memandangkan ibu bapa Alexa tidak menghalang anak gadis mereka memilih jalan hidupnya sendiri, Thaqif berfikir, “Kenapa aku tak ajak dia masuk Islam?”

Namun perasaan cinta yang dia dapat rasa daripada gadis itu kepadanya, membuat Thaqif resah.
Dalam hati pemuda Islam itu bertanya, “Apakah kau mendekati Islam kerana aku atau kerana kebenarannya, Alexa?”

***

Kebetulan selepas solat jemaah Asar di masjid kampusnya, Thaqif bertemu Ustaz Zaharuddin yang turut berjemaah di situ. Kesempatan bertemu empat mata dengan seorang ulama, salah seorang pensyarah di kampusnya serta pewaris tugas Rasulullah SAW itu dimanfaatkannya.

“Assalamua’laikum, Ustaz,” sapa Thaqif.

“Wa’alaikumsalam, eh, Thaqif! Kaifa haluka?” Pertanyaan perkhabaran oleh insan  mulia itu cukup bermakna dengan senyuman ikhlas seorang a’limin Islam.

“Ana bil khair, saya khabar baik Ustaz,” balas Thaqif. Wajah resah pemuda itu memberi isyarat untuk Ustaz Zaharuddin bertanya.

“Nampaknya, jawapan ‘ana bil khair’ tu tak menggambarkan ekspresi kamu, Thaqif. Mai sini, kita duduk bincang,” dengan senyuman yang menampakkan sebaris gigi yang bersih, Ustaz Zaharuddin merelakan dirinya untuk mendalami masalah pelajar yang rapat dengannya itu.

“Terima kasih Ustaz,” balas Thaqif dengan nada malu dan rendah diri. Selepas keduanya duduk bersila di salah satu sudut masjid, Thaqif terus bercerita mengenai masalah dan dilema yang dihadapinya. Daripada saat perkenalan dengan Alexa, hasratnya untuk mengislamkan gadis itu dan persoalan keikhlasan insan bukan Islam itu untuk mendekati Islam.

“Masuk Islam sahaja tidak mencukupi. Memeluk Islam sahaja tak cukup,” ringkas Ustaz Zaharuddin.

“Tak cukup? Maksud Ustaz?” soal Thaqif.

“Yang mencukupkan kekurangan-kekurangan tadi ialah dengan memeluk, mendekati, mendalami dan mengamalkan Islam sepenuhnya sebagai cara hidup dengan niat kerana cinta kepada Yang Menciptakan Cinta, yakni Allah SWT. Itu baru lah memenuhi syarat untuk menjadi seorang Muslimin atau Muslimah sejati,”. Jawapan Ustaz Zaharuddin itu sudah cukup memuaskan hati pemuda yang cintakan agamanya itu.

“Terima kasih Ustaz, saya rasa saya perlu berterus terang dengan dia tentang perkara ini,” Thaqif kelihatan yakin selepas mendapat penjelasan daripada Ustaz Zaharuddin.

“Tapi ingat, Thaqif,” sambil memegang bahu pelajarnya itu, “Cinta Alexa itu tak pernah salah. Perasaan yang dia rasakan kepada kamu adalah hadiah daripada Allah kepadanya, tinggal sahaja kamu minta dia cintai Yang Memberi Hadiah itu.”

“Hadiah? Cinta?” persoalan itu sekadar berdetik dihati Thaqif, tak diluahkan, tak diminta penjelasan. Baginya, dia tidak pernah merasakan bahawa mendalami cinta antara manusia itu sebagai satu kepentingan.

Yang dia kenal, hanya cinta Yang Maha Sempurna dari Rabb-nya, Allah SWT.

***

“Erm, Thaqif ada apa awak ajak saya dengan Syahirah ke kafe ni?” Tanya Alexa.

“Hal penting apa yang kau nak cakap dengan Alexa ni, Thaqif?” Soal Syahirah pula.

Soalan bertalu daripada kedua-dua rakannya itu menerjah Thaqif sejak mula Thaqif mahu mengajak keduanya untuk membincangkan sesuatu. Selepas mendapat jawapan daripada Ustaz Zaharuddin, Thaqif mengatur satu pertemuan dengan Alexa dan Syahirah di kafe bangunan Kuliah Ekonomi dan Pengurusan.
Sesuatu yang Thaqif fikir amat penting demi masa depan Alexa.

“Alexa, kau betul-betul suka aku ke?"

Mekar berbunga hati Alexa diajukan pertanyaan itu, dalam kejutan Alexa berasa ringan lidah nya untuk menjawab pertanyaan Thaqif itu dengan jawapan.. “Yes! I am seriously in love with you since the first time we met last year,”

Syahirah yang turut berada disitu turut terkejut dengan pertanyaan yang diajukan Thaqif. Seorang rakan yang cukup kuat berpegang pada agama yang dikenalinya sejak dibangku matrikulasi lagi mempersoalkan tentang hati dan perasaan. Kini dia tahu tujuan dia diajak di situ adalah untuk menjaga ikhtilat dan mengelakkan fitnah antara kedua insan tersebut.

“Saya minta maaf Alexa, saya harap awak buang jauh-jauh perasaan itu,”

Bak halilintar memancar hatinya, terkesima Alexa mendengar bicara pemusnah harapan daripada Thaqif itu.
“Mana mungkin perasaan sayang dapat dibuang sebegitu sahaja, Thaqif!” Hampir menjerit gadis cina itu meluahkan rasa tidak puas hatinya itu.

“Awak belajar dan mendekati Islam kerana saya. Bukan kerana awak benar-benar mahukan kebenaran,” jawab Thaqif.

“What?! Selama ini saya mempelajari Islam dengan awak dan sahabat-sahabat muslimah saya dan pensyarah-pensyarah dengan baik, saya temui kebenaran itu. Ya, saya akui semua itu bermula dari perkenalan dengan awak. Saya mendekati Islam kerana akhlak dan budi awak pada saya,” taruhan perasaan yang dipersoal dan mahu dibuang oleh orang yang dicintainya membuatkan Alexa tak mampu lagi menahan luahan hati dan intonasinya.

“Alexa, sabar,” Syahirah sedaya upaya menenangkan hati sahabat berlainan akidahnya itu sambil merenung Thaqif dengan renungan tajam.  Terdetik di hatinya, “Thaqif, apa yang kau dah buat? Ini perasaan Alexa tahu tak yang kau persoalkan ni?!”

Orang ramai di kafe tersbut mula memandang kearah mereka bertiga. Namun, Thaqif dengan tekadnya dengan tenang berkata kepada Alexa, “Jika benar kamu cintakan Islam, cinta ia kerana kebenarannya. Bukan kerana saya,”

Linangan air mata membasahi pipi insan yang ditolak cintanya itu. Alexa menggalas begnya lalu meluru keluar dari kawasan cafeteria itu beserta esak tangis oleh kalimah menusuk kalbu dari tutur bicara Thaqif. Situasi dalam ramalan Thaqif, akhirnya terjadi. Gadis cina itu benar-benar terasa hati dengan kata-katanya. Namun, Thaqif fikir itu yang terbaik yang perlu dilakukannya.

“Kau telah cuba menafikan fitrah ciptaan Allah kepada seorang insan, Thaqif,”

Kata-kata daripada Syahirah yang sekian lama mendiamkan diri dari tadi agak menyentap hati Thaqif. Bibirnya terkunci untuk menjawab mahupun bertanya.

“Ya, Alexa memang mendekati Islam kerana dia cintakan kau. Tapi perlu ke kau nafikan perasaan dia yang masih jahil pasal semua tu? Kau tak rasa ke perasaandia tu satu asbab untuk dia peluk Islam lepas ini?”

Syahirah terus menyambung, “Kau mampu sahaja mengajarnya erti ikhlas selepas ini. Namun, perlukah kau menyalakan api membakar rasa cinta Alexa pada kau hingga menjadi abu?”

Syahirah terus melangkah pergi. Thaqif yang keseorangan menjadi tumpuan orang ramai merasa dirinya telah melakukan satu kesilapan dalam masa dia merasakan tindakannya benar.

Keesokannya merupakan cuti hujung minggu. Peristiwa itu membuat Thaqif terus menyendiri dibiliknya bersama sejadah dan al-Quran buat peneman dalam pencarian solusi masalahnya.

***

“Nah, ini daripada Alexa,” Syahirah menghulurkan kepada Thaqif sehelai sapu tangan ungu dengan tulisan kaligrafi khat nama Alexa setelah selesai kelas Ekonomi sebentar tadi. "Untuk kau, dari dia," Itulah pemberian dirinya pada gadis itu semasa tahun pertama pengajiannya, namun mengapa dipulangkannya kembali? Alexa juga tidak kelihatan di kelas sejak dari pagi tadi.

“Dia dah terima tawaran sambung belajar kat Guangzhou. Sejak dari awal semester dia dah dapat offer tu. Sekarang dia tak ada kat sini lagi,”

Jawapan dari lidah Syahirah itu cukup untuk membuat perasaan bersalah Thaqif meradang dengan parahnya. Panggilan telefon dan mesej pesanan ringkasnya kepada Alexa sehingga kini tak pernah berbalas.
Kini, Alexa sudah pergi jauh daripada hidupnya. Meninggalkan Thaqif bersama perasaan bersalah kerana membuat hati seorang wanita remuk kerana perhitungannya yang salah.

“Cinta Alexa itu tak pernah salah. Perasaan yang dia rasakan kepada kamu adalah hadiah daripada Allah kepadanya, tinggal sahaja kamu minta dia cintai Yang Memberi Hadiah itu.”

Imbauan memorinya mengimbas pesan daripada Ustaz Zaharuddin kepadanya.  Kini baru dia mengerti maksud disebalik pesan itu.

***

Kini..

Kopi tarik itu masih panas, sudu the diambil dan kopi dikacau. Aroma menusuk deria penggemarnya, Thaqif, kini bersama rakan kolejnya Haziq kini bekerja di sebuah syarikat bumiputera yang giat dalam membangunkan ekonomi Islam dengan membangunkan prasarana dan kemudahan seperti ruang pengiklanan dan tapak niaga untuk umat Islam menjalankan perniagaan.

Hari itu merupakan hari yang penting, dia kini di Warung Cina Muslim Kita di Sri Andalas, Klang, Selangor. Bersama secawan kopi putih dia menunggu Cik Alisa Nur Islam, pengarah syarikat Nur Islam Company yang dia bakal jalinkan kerjasama dalam projek pembinaan sebuah pasaraya khas untuk bumiputera dan mua’laf di Malaysia.

“Inshaallah Thaqif, kita akan berjaya capai cita-cita kita untuk bangunkan ekonomi saudara seaqidah kita nanti,” Haziq menghirup kopi latte panas dihadapannya sambil mengimbau impiannya bersama Thaqif sejak dibangku sekolah lagi.

Dari pintu masuk kafe itu, masuk Syahirah bersama seorang wanita dengan aura karismanya. Berpakaian bak seorang ahli korporat, bertudung biru dan mempunyai wajah ala-ala Cina. Tidak! Dia benar-benar seorang gadis Cina yang pernah dikenali Thaqif dan Haziq suatu masa dulu.

“Alexa?” terpacul spontan asma’ itu tatkala melihat gadis yang pernah menjadi sahabat baiknya dulu. Insan yang pernah disakitinya dahulu kini berdiri dihadapannya dengan senyuman manis menampakkan sebaris gigi putih.

“Assalamua’laikum, apa khabar Thaqif? Apa khabar Haziq?”

“Wa’..Waa’laikumsalam.. Awak Alexa?” dalam gagap Thaqif bertanya. Haziq turut terkejut dengan perubahan Alexa. Syahirah tidak pernah memberitahu mereka yang dia bekerja dengan Alexa selama ini.

Daripada seorang rakan yang berlainan aqidah dengannya dahulu kini telah duduk dihadapan mereka dengan nama, “Kini saya Alisa Nur Islam binti Abdullah,”

Thaqif tak pernah menyangka. Di bumi Allah di Guangzhou, China, Alexa masih mampu mencari cahaya kebenaran Islam. Sungguh luas hidayah Allah SWT.

“Di Universiti Guangzhou, saya telah mengenali seorang gadis tempatan, Aisyah Ma yang berasal daripada keluarga Islam kaum Hui di China. Alhamdulillah, dia dengan rela hati mengajar saya tentang kesempurnaan Islam. Dia menarik saya untuk memeluk Islam dengan ikhlas dan mengajar saya tentang cinta Yang Maha Agung dengan mentaati Allah SWT dengan hati seorang hamba yang patuh pada penciptanya.”

Sambil mengucapkan penghargaan kepada Thaqif atas usahanya dahulu mendekatkan dirinya dengan Islam, Alisa juga berterima kasih kepada Thaqif kerana menyedarkan dia tentang silapnya dahulu.

“Alisa, sebenarnya saya yang bersalah  kerana menafikan fitrah ciptaan Allah SWT yang Dia berikan kepada awak. Saya tak sepatutnya menyakiti awak dahulu. Maafkan saya,” dengan nada kesal Thaqif meluahkan rasanya.

“Its OK Thaqif, sejak kejadian itu, hati saya terus berusaha untuk mencari makna cinta sebenar. Dan kini saya temui makna cinta itu. Cinta yang sebenar itu bermula daripada sempurnanya cinta kita kepada Yang Maha Memberi Cinta. Dan Maha Suci Allah yang mengurniakan hadiah kepada saya yang berupa cinta saya kepada awak dahulu,”

Luahan rasa cinta agung terus dihamburkan wanita mua’laf itu kepada Thaqif, “ Kini saya mahu menyampaikan rasa terima kasih kepada Allah SWT yang menghadiahkan saya cinta, dengan mencintai Dia dengan sepenuh hati saya, insha allah,”

“Alhamdulillah, awak dah jumpa cinta sebenar awak Alisa,” senyuman terukir dibibir Thaqif tanda puas melihat sahabatnya kini telah menemui jalan fitrahnya.

Perbincangan mengenai projek kerjasama mereka hari itu berjalan lancar. Empat sahabat yang berukhwah kerana Allah SWT, bertemu pada satu hari atas ketetapan Allah SWT.

Usai perbincangan mereka, Thaqif memanggil Alisa yang mahu keluar dari kafe. Syahirah dan Haziq diisyaratkan untuk tunggu sebentar di kawasan parkir kenderaan. “Alisa, maafkan saya jika saya mengungkit perasaan lama awak,”

“Mengungkit perasaan lama? Maksud awak?” soal Alisa.

Adrenalin mengalir, dan Thaqif memberanikan diri bertanya, “Awak dah jumpa cinta sebenar yang sejak dahulu saya mahu ia tertanam dalam diri awak. Jadi, ehem, masih ada tak ruang untuk cinta insan seperti saya untuk awak lepas ini?”

Tergelak kecil Alisa mendengarnya, dengan hikmah dia menjawab persoalan Thaqif, “Jika benar saya mahukan cinta daripada seorang lelaki, biarlah ia daripada seorang suami yang sah. Dan saya akan menerima insan tersebut dengan sepenuh hati saya kerana Allah SWT.”

“Asalkan sahaja dia mampu menjadi imam untuk solat saya, menjadi qari untuk membaca kalam Illahi untuk saya dan membimbing saya menuju redha Allah SWT. Agar saya mampu menjadi kekasihnya hingga ke syurga bersama. Itu sahaja permintaan saya,”

Jawapan daripada Alisa Nur Islam itu memberi cahaya baru dalam hidup Thaqif.

 “Insha allah, suatu hari nanti aku akan menjadi zauj yang terbaik buat kau, andai jodohku bersama kau, Alexa” bisik hati Thaqif bersama hasratnya untuk menjadi yang halal kepada gadis mua’laf dihadapannya itu.

Wednesday, July 24, 2013

Cerpen Ustaz Horror: 1300-Ek-Ek-Tupai-Tupai

Sumber: klik sini

“Ya Allah! Bala apa pula kali ni!”

Aku dah tak tentu hala bawa motor kompeni aku ni. Lepas satu, satu. Dalam jarak 10 meter dari aku ada lelaki berpakaian macam pak haji lambai-lambai kat aku. Mulut aku dah terkumat-kamit baca zikir bagai. Entah betul entah tidak bacaan aku. Mata aku dah terpejam, aku redha je bawa motor macam ni. Tiba-tiba tangan aku terasa disentuh, motor aku berhenti seperti ditahan sesuatu. Perlahan-lahan aku buka mata.

”Dari jauh pakcik nampak kamu bawa motor lain macam je? Kenapa ni?” Jernih muka pakcik ni. Tangan kurus dia kuat menggenggam tangan aku menahan aku yang ketakutan. Aku pandang dia atas ke bawah, macam ahli tetap surau kampung ni je rupa dia.

***

“Oh, jadi lepas kamu hantar pizza ke rumah hujung kampung tu la kamu kena kacau?” tanya Pak Cik Deraman, tok siak surau kampung aku singgah ni lepas aku ceritakan apa yang terjadi sebelum aku berjumpa dia tadi.

Aku tak sangka malam ni aku hantar pizza ke rumah usang tak berpenghuni. Tak dapat aku gambarkan betapa seriaunya aku bila aku toleh belakang lepas hantar dan ambil bayaran pizza dari mak cik tu, aku nampak dia melayang pergi dengan berpakaian kain putih. Mengilai sambil tenung mata aku dengan mukanya yang pucat berdarah tu. Mana la makhluk ni dapat telefon call ofis aku suruh hantar pizza.

“Ha’ah pakcik. Lepas tu saya dah tak fikir apa bawa motor serupa orang mabuk dah. Pakcik pula lambai-lambai saya dari jauh. Saya fikir suami hantu tadi kejar saya pula,”

“Haha! Ada ke kamu fikir macam tu. Apa nama kamu tadi? Lupa pakcik,”

“Syah,”

“Apa pun terima kasih ya, Syah. Sanggup hantar pakcik ke rumah malam-malam macam ni. Biasa la, tugas menjaga surau kampung ni memang susah pakcik nak balik awal. Nak bawa motor tak larat dah,”

“No hal pakcik,” keringat dingin masih mengalir kat dahi aku. Nasib ada orang tua ni bonceng belakang teman aku.

“Kamu rasa, duit yang makhluk tadi tu bayar, duit betul ke tidak?” Soalan Pak Cik Deraman buat aku tersedar. Betul juga, aku pernah dengar makhluk-makhluk ni kalau singgah ke kedai ke apa dia bayar guna batu kayu pasir je. Habis la aku balik nanti nak bayar balik lagi kat bos aku.

“Dari tadi saya rasa macam berat juga beg duit saya ni pakcik. Macam ada batu berketul-ketul kat dalam padahal tadi saya terima duit kertas dari ‘dia’,”

“Makhluk jin ni suka main ilusi. Lepas tu suka buat manusia takut dengan dia. Kamu tahu kan manusia makhluk paling agung ciptaan Tuhan? Makin bangga lah mereka kalau kita takut dengan dia,” bersungguh Pak Cik Deraman terangkan.

“Apakan daya pakcik. Rupa diorang tu hodoh sangat. Seram nak tengok lama-lama,”

“Sebab tu kita perlu kuatkan iman kita dengan amal agama. Lepas tu hafal ayat-ayat pendinding bagi jauh dari gangguan atau rasa takut,” ambik kau aku kena tazkirah.

Jalan sekitar kampung ni tak banyak yang berturap. Kalau ada pun berlubang sana sini. Lampu jalan pun macam hidup segan mati tak mahu. Dalam kesamaran tu aku terpukul juga dengan apa yang pak Cik Deraman yang aku bonceng ni kata. Siapa tak kenal Syah Klang. Samseng jalanan, penghantar pizza berwibawa, dan yang pasti manusia yang jarang menghadap sejadah.

“Ayat-ayat pendinding tu macam jampi serapah ke pakcik?” Teragak-agak juga aku tanya takut tersalah. Pak Cik Deraman aku lihat senyum dari cermin sisi motor sambil memegang lembut bahu aku, “Kamu hafal ayat kursi? 4 Qul, 2 ayat terakhir surah at-Taubah?”

Aku hanya menggeleng kepala kepada soalan dia. Aku memang dah jauh dari semua tu sejak dulu. Nak salahkan mak bapak pun aku kena sedar juga aku dah dewasa, tahu beza baik buruk. Tapi aku dah terbiasa dengan hidup ‘bebas’ dari ‘konkongan agama’.

“Saya tak macam pakcik. Surau dengan masjid macam dah tak dapat terima orang berdosa macam saya. Sama macam orang kat luar sana yang pandang serong lagi,” keluh aku. Pak Cik Deraman kekal senyum.

“Kamu masih ada peluang, Syah. Cari jalan hidup kamu yang betul sebelum Izrail datang memanggil. Masih ada orang di luar sana yang dapat tunjuk kamu jalannya kalau kamu mahu berusaha untuk berubah,” Pak Cik Deraman cuba memberi aku semangat yang hanya disambut diam aku. Mati bicara.

“Hmm, boleh pakcik tahu nombor telefon order pizza syarikat kamu ni, Syah?”

“Eh, pakcik mengidam pizza juga ke? Haha!”

“Mana tahu kamu lagi ke yang hantar pizza ke sini. Dapat kita jumpa lagi kan? Hehe,”

“Senang je pakcik nombor kami. One-three-hundred-eight-eight-two-five-two-five,” Suka hati aku je baca nombor bahasa penjajah. Faham ke tidak orang tua ni.

“Wan-teri-handered-ek-ek-tupai-tupai?” Tergagap pakcik ni mengulang. Nak tergelak aku dengar.

“Hahaha! Lebih kurang la pakcik. Eh, jalan ni macam jalan yang sama kita jumpa tadi pakcik. Saya salah jalan ke?” Aku dah mula bingung dah. Belum pernah sejarah hidup aku sesat kat bumi Selangor ni.

“Wan-teri-handered-ek-ek-tupai-tupai-wan-teri-handered-ek-ek-tupai-tupai,” soalan aku tak berjawab, orang tua ni sibuk hafal nombor telefon kompeni pizza aku pula dah!

“Pak cik.. Erkk!” Mata aku tertancap pada cermin sisi motor aku. Aku nampak muka Pak Cik Deraman macam makin terbakar. Lama-kelamaan hangus meninggalkan bola matanya yang merah menyala. Habislah! Selama ni aku bawa hantu pak aji tumpang motor ke?!! Hantu pun pandai ajar ayat pendinding?!!

“Senang kerja pakcik. Hehehe, orang lemah semangat macam kamu jin suka buat kawan. Hahahaha!” Tuhan je lah tahu macam mana perasaan aku bonceng makhluk berpakaian pak haji dengan muka hodoh terbakar atas motor. Seluar dah basah dengan kencing aku. Satu badan dah meremang bulu roma dengan peluh lagi. Aku dah tak larat bawa lagi dah motor yang dah makin memberat ni. Kini hanya aku, dia, dan motor kompeni aku di tepi jalan bertemankan suasana hutan sekeliling yang suram.

“Apa nombor dia tadi, Syah? Wan-teri-handered-ek-ek-tupai-tupai-wan-teri-handered-ek-ek-tupai-tupai,”

Aku dapat rasa tangan dia yang menggerutu meraba-raba pinggang aku. Ya Allah, aku mohon kasihanilah hamba-Mu ini Ya Allah. Aku janji aku bertaubat lepas ni dari dosa-dosa aku!


“Pizza hut special delivery.. Hihihi..”