![]() |
Kredit Gambar |
Sayu pagi jam 11.12 itu.
Tanah perkuburan Kampung Durian Runtuh itu dibasahi hujan
renyai-renyai. Seperti turut sama menangisi kehilangan nenda tersayang 3
beradik yatim piatu, Ros, Upin dan Ipin.
"Sabar, Ros. Dugaan Allah ada hikmah. Dah sampai masa Opah.
Allah sayang Opah," Badrol memujuk isterinya itu. Ros menyandarkan
kepalanya di atas bahu suaminya. Cuba mencari sisa kekuatan. Sebak.
Upin dan Ipin, kembar yang masing-masing telah berusia 28 tahun.
Berlutut di hadapan kubur yang kini bersemadinya jasad Opah yang telah kembali
ke rahmatullah.
Upin masih tenang menadah tangan berdoa untuk arwah. Isterinya di
sebelah, Syahirah turut sama mengharap rahmat ke atas roh nenda suaminya.
Ipin? Masih termenung, riak wajah seperti masih terkejut dengan
apa yang berlaku.
Orang kampung yang menguruskan pengebumian Opah telah pun pulang.
Tinggal mereka sekeluarga masih disitu.
Ipin yang sedari tadi duduk diam bangkit. Meninggalkan Kak Ros,
Upin dan keluarga mereka. Hanya dia yang masih membujang dan melanjutkan
pelajaran PhD nya.
"Ipin.." Kak Ros cuba memanggil adiknya. Dia sedar,
sejak menerima berita Opah mengalami serangan jantung dan pergi meninggalkan
mereka buat selamanya pagi tadi, dia mula menjadi dingin terhadap keluarganya.
"Ipin.. Tunggu!" Upin sudah cukup masak dengan sikap
adik kembar nya itu.
****
"Ipin, kenapa kau cakap macam tu?" Dalam berang, Upin cuba mengawal amarah. Posisinya yang sedang berdiri tadi terus duduk. Sunnah, untuk redakan marah.
Beranda rumah kampung mereka itu menjadi saksi bermulanya salah faham antara dua beradik itu.
"Sejak kecil, Upin. Sejak kecil kita hilang mak, hilang ayah. Kak Ros pun dah jarang-jarang balik kampung lawat Opah sejak dah berkeluarga. Kau pula? Balik je sibuk dengan isteri kau!"
"Ni dah kenapa kau kurang ajar ni, Ipin! Aku balik ni bukan nak cari hal dengan kau." Tudingan jari Ipin tadi mengganggu emosi. Dia bangkit tanda amaran. Jangan naikkan darah dia.
"Diam! Kau tahu tak kenapa aku tak nak kahwin dan nak sambung pelajaran lagi? Aku nak banggakan arwah ibu, ayah, nak gembirakan Opah, kau, Kak Ros...." Luahan Ipin terhenti.
"Upin! Ipin!” Opah muncul di muka pintu.
“Dari dapur Opah dengar kamu berdua bertekak. Apa yang tak kena
ni, Upin, Ipin??" Dia kelihatan risau. Suaranya lemah. Jasad tua itu semakin lama semakin
berat menanggung kudrat yang semakin lemah dengan penyakit tua yang
dialami.
Melihat Opah, Ipin tidak sampai hati meneruskan perbalahan. Upin
juga begitu.
“Ipin.. Cakap dekat Opah apa jadi ni? Ipin!” Ipin hanya berlalu
meninggalkan Opah dan Upin di beranda. Bunyi pintu bilik ditutup kuat,
menandakan protes Ipin.
“Sejak akhir-akhir ni Opah, Ipin hilang pertimbangan.” Upin
menghela nafas panjang. Kerusi kayu di beranda menjadi labuhan punggungnya.
“Sejak Kak Ros bernikah ke?” Opah turut menyertai Upin duduk di
beranda. Membincangkan perkara yang baru terjadi. Jujur, hati seorang nenda
mana yang tak sayangkan cucunya. Apatah lagi selepas melihat silaturrahim
antara kembar yang rapat ini mula tegang.
Upin meraup wajahnya. Wajah uzur itu ditenungnya. Kasihan Opah. Di
usia yang menginjak lewat begini dia terpaksa melihat krisis cucunya sendiri.
“Maafkan Upin, Opah,” tangan Opah dicium Upin. Opah separuh
terkejut.
“Kami adik-beradik nak sangat Opah bahagia. Kami fikir dengan
segulung ijazah dan keluarga bahagia yang kami cuba bina, cukup untuk
gembirakan hati Opah. Tapi masalah yang baru terjadi ni…”
Upin tidak dapat meneruskan ayatnya. Terkesima, rasa bersalah atas
kegagalan.
Opah senyum. Dia memeluk tubuh cucunya yang kelihatan sebak itu.
“Upin, Opah memang harapkan yang terbaik dalam hidup kamu 3
beradik. Kamu semua dah usaha. Kamu semua dah berjaya di mata Opah,” ucap Opah
lembut, mampu menghangatkan embun pagi. Mampu mencairkan beku hati. Diusapnya
kepala Upin perlahan. Cucunya berasa tenang dalam dakapan Opah tercintanya itu.
Lebih 20 tahun pemergian anak dan menantunya, membuatkan dirinya
terlalu peka akan perihal cucu-cucunya. Selama itulah dia ibu, dialah ayah. Dia
Opah.
“Allah SWT sayang kita dengan turunkan kita ujian. Alhamdulillah,
Allah kurniakan kamu semua kejayaan, kurniakan keluarga. Tu ujian tu. Tapi
Upin, Ipin, Kak Ros masih tetap dengan jalan Tuhan. Opah doakan kamu akan terus
kekal kuat atas jalan-Nya..”
Opah meneruskan pesannya. Dakapan dilepaskan dan dia menyentuh
pipi cucunya itu.
“Dan ujian Tuhan juga datang dengan musibah. Jangan sangka apa
yang berlaku ni kegagalan dan penamat, Upin. Opah akan tetap bangga dengan
kamu. Selagi kamu kuat, selagi kamu usaha untuk jernihkan keadaan. Ingat,
sekali kita satu keluarga, kita tetap akan jadi satu keluarga. Hingga jauh ke
syurga,”
****
Mata Upin berkaca. Air mata membasahi kelopak mata. Andai Opah
ada, mungkin dia lah insan yang mampu menenangkan gundahnya saat ini. Ipin yang
dikejarnya petang tadi dengan harapan untuk menyelesaikan konflik yang terjadi
gagal. Adik kembarnya itu enggan bercakap sepatah dengan dirinya.
Syahirah di tempat duduk penumpang sebelahnya perasan akan riak
wajah sugul suaminya. Suzuki Swift yang dipandu Upin menyusuri jalan setelah
pulang dari tanah perkuburan Kampung Durian Runtuh tadi.
“Sabar bang, inshaallah. Usaha dan doa abang Allah dengar. Dia
akan bantu abang dan Ipin,” sungguh indah ciptaan Tuhan. Dia jadikan Hawa bukan
sekadar peneman buat Adam, tapi juga untuk menyembuh hati cinta hati yang retak
dihempap dugaan dunia.
Senyum. Garis ekspresi Upin meyakinkan Syahirah suaminya senang
dengan pujukannya. Wanita itu membetulkan posisi duduknya. Berat dirasakan
perut yang mengandungkan anak kembar itu. Imbasan telah dilakukan, kembar
perempuan menurut doktor. Wallahua’lam.
“Hello, Ipin. Apa duduk makan sorang-sorang. Tak ajak saya meh?” Mei
Mei yang kebetulan berada di situ menyapa Ipin. Café HS sebelah sungai Teh Tarik Biawak UIAM menjadi singgahan Ipin untuk makan tengahari. Kenapa teh tarik biawak? Kerana warna sungai dan penjajahan penghuni iaitu sejenis
reptilia yang bernama biawak disitu membawa gelaran sedemikian rupa.
“Oh, Mei Mei. Duduklah..” Acuh tak acuh jawapan Ipin. Garis
mukanya yang kelihatan sugul dan teh tarik (teh tarik lagi…) yang masih tidak
dihirup menambah persoalan.
“You tak makan ke? Ke duit habis spend dekat research. Ala, rileks
maa.. saya boleh belanja. Kita pun sama-sama ambil PhD sini, kawan dari
kecil..” Prasangka spontan Mei Mei hanya disambut gelengan kepala Ipin. Mei Mei
diam.
Selepas pengebumian Opah selesai beberapa hari lepas, Ipin terus
pulang ke rumah kampung halamannya. Mengambil segala beg pakaian untuk segera
pulang. Baginya, lagi lama dia di situ, kenangan bersama arwah Opah akan terus
menghantui.
Dan..
Dia mula berfikir akan kesalahannya merosakkan hubungan saudara
antara dia dan Upin dan Kak Ros. “Adakah aku terlampau pentingkan diri
sendiri??” Bisik hati Ipin.
“Ohoi! Dating ke??” Suara Mail dari belakang mematikan
lamunan Ipin. Mei Mei pula kelihatan gelabah. Peluh.
Betulkan scarf, ehem! “Hei Mail, apa lu janji jam 12. Ini
sudah…err…belum lagi jam 12 ka??” Kantoi. Mail dan Ipin memandang Mei Mei
pelik.
“Aduh! Janganlah terbongkar perasaan aku kat Mail..” jerit hati Mei
Mei.
“Gua rasa la, lu lapar sangat Mei Mei. Apa kata, lu pergi jumpa
itu mak cik café, beli lunch sepinggan dua. Belanja gua, sedekah itu baik
maa..” Gurau Mail. Dia dan Mei Mei dah biasa main ‘lu’ ‘gua’. Mungkin jika
takdir jodoh antara mereka, akan tukar jadi ‘papa’ dan ‘mama’.
Mei Mei hanya bangun. Mencebik bibir dan pergi mengambil nasi dan
lauk untuk makan tengahari. Dalam perjalanan, baru dia teringat. “Eh, aduh!Aku
sudah lupa. Baru berapa hari Opah sudah meninggal. Maaf la Ipin,” hanya terluah
di hati.
“Ipin, takziah untuk Opah. Dari lab tadi aku tengok kau
sedih semacam. Aku harap kau kuat, bro,” teman sepermainan sejak kecil, kini
teman semakmal mengambil PhD Jurusan Kejuruteraan UIAM. Manakala Mei Mei walau
bukan beragama Islam, kerana tertarik untuk belajar dalam antara universiti
yang menitikberatkan Islam dalam kampus, dia menyambung Master di universiti
sama dengan Mail dan Ipin.
“Gua dari dulu duduk sama orang Melayu, orang Islam. Gua berminat
nak belajar macam mana Islam maa.. Ada kawan perempuan Melayu gua, manyak alim.
Tudung besar. Baik. Suka.. Suka..” Dialog imbasan Mei Mei bila ditanya kenapa
pilih UIAM.
“Thanks..” Tutur perlahan Ipin. Dia ikhlas dengan kalimah
itu, tapi terasa lesu badannya untuk menyuarakannya bersungguh-sungguh untuk
menghargai kata semangat dari Mail.
“Dah.. Dah.. Jangan sedih-sedih. Ni.. kalau kau tengok katalog ni,
inshaallah senyum ke telinga.” Sambil Mail menunjukkan katalog memaparkan
promosi harga runtuh untuk kamera-kamera DSLR. Memang kerja sampingan dia sejak
kecil berniaga. Usahawan berjaya katanya.
Memang minat Ipin pada fotografi. Gajet terbaru berkaitan
fotografi memang kegilaan dia. Tambah-tambah Si Mail ni kerja sambilan jadi
agen ayah saudaranya jual kamera dan gajet-gajet terkini.
Ipin hanya tersenyum dan membelek katalog itu. Di hatinya dia
berminat, tapi kerana mood yang suram sesuram mendungnya langit
tengahari di UIAM itu, dia terus menyimpan katalog itu dalam beg bimbitnya.
“Lu jual sama gua 2 seringgit, gua beli, apa macam, Mail?” Mei Mei
menyelit di antara perbualan tanpa respon dari Ipin kepada Mail itu. Dengan
hanya sepotong buah betik dan sebungkus teh O ais, diet Mei Mei untuk tengahari
itu cukup dahsyat. Ah, malam nanti ada orang nak sponsor Domino’s Pizza.
Tahan, tahan.
“Itu zaman jahiliah. Aku mana tahu 2 seringgit tu gila hampagas
murah. Kali ni kita ber-bisnes, kena bijak. Promosi ni, kau nak beli tak, Si
Cermin Mata Bulat?” Perlian imej Mei Mei semasa kecil dahulu.
Sentap. “Hei, isu cermin mata bulat jangan main haa.. Sekarang
tengok ni..” Sambil menuding kepada cermin mata jenama MonaLisa, tidak bulat seperti
cermin mata dulu. Bergaya.
“Ye laa. Untung mampu beli cermin mata stylo.” Sambil melambai-lambai
Samsung Galaxy S3, Mail membuat Mei Mei cemburu.
“Ceh, anak manja bos. Boleh lah lu beli murah,” perli Mei Mei.
“Hahahhahaha….” Pecah derai tawa Ipin. Mematikan sunyi bicara dia
sejak tadi. Terkejut bukan main Mail dan Mei Mei. Kena rasukan Ablasa ke apa?
“Laa.. gelak pun kau. Fikir dah tak boleh senyum dah,” Ipin hanya
tersengih mendengar kata Mail.
“Aku tengok kau orang dua ni, elok betul di jodoh sekali. Tak
habis-habis gaduh manja. Kau Mail, action betul dengan S3 baru kau.
Takbur tu bahaya oi!” Ceramah Ipin.
“Ye la. Aku gurau je. Tapi part jodoh tu jangan la. Ingat aku
sanggup duduk serumah dengan amoi ni ke?”
“Eh, sedar diri sikit. Manyak cantik muka lu?”
“Muka aku memang cantik pun!”
Macam biasa. Mei Mei yang akan tewas dalam debat. Orang kata,
seseorang akan mengalah kepada orang yang dia suka setiap kali bertengkar. Orang
kata.
“Hahaha.. aku nikahkan juga kau orang dua ni. Hmm, tapi terima
kasih la bagi aku semangat..” Suara Ipin.
“Aku rasa bukan sebab arwah Opah kau bersugul ni. Aku kenal kau
Ipin, sejak tadika sampai ke kolej, aku tahu kau jenis kuat semangat. Dah berhari-hari
arwah Opah dah pergi, ada masalah lain ke?” Ingin tahu. Pertanyaan Mail
dipersetujui Mei Mei. Berlainan bangsa bukan bermakna dia tak mampu faham
keadaan sahabat sepermainannya.
“Hmm, terus terang aku cerita. Tapi kau orang berdua jangan cerita
kat orang lain.” Ipin mengimbas kembali cerita pertelagahan dia dan abang
kembarnya sebelum ini dan perbuatannya meninggalkan semua keluarga tanpa sepatah
kalimah di tanah perkuburan selepas pengebumian jenazah Opah.
****
Bersambung..
menarik!!! good imagination n writing too. waiting for next eps :) btw, p0st yg laen pon best
ReplyDeleteterimas! ^^ moga bermanfaat dan sama2 kita amalkan apa yg terbaik utk Islam.
DeleteSuka suka! Cepat2 sambung eh! ^_^
ReplyDeleteinshaallah.. terimas for da support, akan update kelak :D..
Deleteno comment. :3
ReplyDeleteseronok la plak baca post nie... sambung cpat2 sikit :)
ReplyDeleteMenarik sgt.x sabar nak baca setrusnya.:-)
ReplyDeletejadi pengen nonton kartun lagi
ReplyDelete