Pages

Wednesday, March 27, 2013

Upin & Ipin Grown Up: Kasih Antara Kita part 2




“Tuan tengok TV ke, TV tengok tuan?”

Tersedar Upin dari lamunan. Kak Ros muncul dihadapan dengan 2 cawan teh strawberri dari Cameron Highlands. Dos penenang jam tengah malam itu. Ipin hanya tersengih dengan soalan Kak Ros yang terus duduk disebelahnya. Sofa itu cukup selesa untuk mereka berdua yang tiba-tiba berjaga waktu sebegini untuk merenung peristiwa yang baru menimpa. Ipin, Ipin..

“Abang Badrol macam mana kak Ros di Jepun sana?” Minggu ini suami Kak Ros, Badrol outstation di negara Matahari Terbit demi urusan perniagaan. Jadi dia diajak tinggal sebentar bersama dirumah Upin. Dua anaknya yang masing-masing menginjak usia remaja, Aidil dan Alya mengikut bapanya sekali ke sana. Dia tidak risau andai Badrol sibuk, adik iparnya, Shahidir ada untuk menjadi tour guide mereka di negara asing.

“Alhamdulillah, Upin. Perniagaan dia ada progress. Tak lama lagi, ada rezeki, inshaallah banyak idea-idea yang Abang Badrol akan bawa dari sana ke Malaysia untuk kita majukan lagi bidang kejuruteraan robotik negara.”

Senyap..

“Cewah... Serupa Rosmah Mansor ucapan akak ni kan? Skema nya.. Kihkih..” Pecah kesunyian ruang tamu rumah banglo dua tingkat itu dengan hilai tawa dua beradik itu.

“Hahaha.. Elok la kak. Lepas nikah dengan Abang Badrol makin berwawasan akak jadinya.”

“Eh, nak kata akak tak berwawasan la dulu ye?” Telinga Upin ditarik.

“Adedeh! Jangey loh burok sangko gitu Kak Ros weh!”

“Ceh, Kelantanese. Melekat loghat lidah bini kau ye.”

“Mana tumpah kuah, kalau tak ke nasi. Lidah mana tak berubah, kalau dah sayang kat bini,”

“Balik-balik dengan merapik kau tu, heh!”

“Hahaha!”

Saat berlalu masa itu dengan indah. Kak Ros memandang wajah adiknya yang mula menfokuskan pandangan pada perlawanan bola sepak antara Queens Park Rangers dan Arsenal di televisyen. Senyuman terlukis di bibir sebelum berganti resah di riak wajahnya. Lalu dilemparkan pandangan kosong ke televisyen dihadapan. Dia teringat akan Ipin dan konflik yang berlaku antara mereka tiga beradik.

“Akak pun terjaga tak dapat tidur?” tanya Upin. Sambil teh strawberri dihadapannya dihirup. Ah, teringat dia akan pujuk manja Syahirah di Cameron Highlands minta dibelikan teh yang diidamkannya  itu. Ragam ibu mengandung. Waktu ini isterinya sedang nyenyak tidur dibilik sedang dia masih diruang tamu memikirkan sesuatu.

“Sama lah macam adik. Kita sama-sama bermain dengan persoalan yang sama kan? Tentang Ipin?” Upin memandang kakaknya. Serius kali ini. Cawan teh diletakkan kembali ke meja. Dia bersandar kembali melepaskan keluhan.

“Saya cuma berharap sangat kak. Macam mana kita bergelak, bergurau macam tadi, macam tu lah selamanya hubungan kita tiga beradik. Saya harap sangat, masalah ni selesai cepat,”

Diam sebentar. Kak Ros gagahkan senyuman. Senyuman ikhlas. Dia memeluk bahu adiknya.

“Bumi mana tak dipanah panas matahari. Bumi mana tak ditimpa hujan, dik. Akan ada masa tanah yang kita pijak bergoncang dan menggoyahkan kita. Tapi percayalah, dik. Inshaallah, kita tiga beradik takkan sesekali terpisah dek dugaan ni semua. Kita akan terus teguh bersama, sampai syurga..” Dalam tak sedar, air mata menitik di pipi Kak Ros.

Upin mendekatkan kepala ke arah wajah kakaknya. Sejak kehilangan ibu dan bapa, mereka tiga beradik dan Opah cukup akrab. Dan dia selamanya berjanji, “Saya akan pastikan kita akan kekal bersama kak.. Saya akan terus berdoa untuk kebaikan kita semua,”

“Once a family, always a family,” bersama, mereka melafazkan ikrar yang dahulu mereka selalu lafazkan tiga beradik. Terukir senyum di bibir mereka dalam sebak yang cuba ditahan. Terharu.

DUMMMM!!!

Bunyi seperti pintu dirempuh secara paksa dari pintu belakang mengejutkan mereka. Kak Ros terasa bagai sesuatu yang buruk akan berlaku.

“Upin, bunyi apa tu?” Upin bangun daripada duduk. Perlahan-lahan dan berhati-hati, dia mengisyaratkan kepada Kak Ros supaya senyap. Kayu besbol yang disimpan dibawah meja ruang tamu diambilnya.

Ya Allah, selamatkan keluargaku daripada segala bala bencana dan kejahatan manusia.

Selangkah demi selangkah dia pergi ke arah dapur. Ada dua laluan menuju ke dapur dan Upin masuk menerusi laluan yang menghubungkan ke ruang tamu. Lampu dibuka. Upin menggeledah ke segenap ruang dapur. Agak terkejut dan resah melihat pintu dapur yang rosak dipecah dan dirempuh secara paksa.

“Kak Ros, rumah kena pecah masuk, tapi orang tak ada kat dapur ni. Diorang dah lari kot...”

“Upin!!!”

Kak Ros!! Upin berlari menuju ke ruang tamu.

“Kak Ros!! Apa jadi!!” Cemas.

DUSHHH!!! Serta-merta, dunia Upin semakin gelap.

“Abang.. Tolong Irah bang!”

Satu demi satu suara menghilang. Upin rebah.

***

“Kau OK tak Upin?”

“Heh! Abang besar mana boleh lembik.. aduh, aduh!” Terhenjut-henjut kaki Upin menahan sakit di belasah secara berjemaah oleh Acong and the geng, gangster tahi burung Sekolah Menengah Kebangsaan Durian Runtuh. (gangster tahi kucing is too mainstream) Sokongannya untuk berdiri hanya kudrat bahu Ipin yang membantunya/

“Kalau kau bagi je duit dia nak tadi, tak teruk kau kena belasah.”

“Aku dah belajar silat kot”

“Silat seminggu je. Ingat cukup ka nak tepis lapan penerajang Acong dengan geng dia tu?”

Akhirnya setelah beberapa meter berjalan kaki mereka tiba di kaki tangga rumah. Tadi mereka dihantar dengan kereta Cikgu Muna, guru disiplin yang ternampak akan pergaduhan yang berlaku antara Upin dan Acong dan gengnya.

“Ni aku nak tanya ni, kenapa kau tak biar je Cikgu Muna hantar terus depan rumah? Malu dia jumpa kakak dengan Opah?” Ketat muka Ipin. Peluh dari terik matahari petang itu dikesatnya. Lelah.

“Hehe, aku saja nak uji adik aku ni. Bangga aku, sepatutnya kau tanya ‘Kau saja nak menyusahkan aku ka?’. Tapi kau tak merungut pun.” Upin dengan senyuman senget dihiasi sebatang gigi yang patah terkena penumbuk Komeng, anak buah Acong tadi.

“Hahaha! Kau tak payah nak buat dialog telenovela lah. Kau ingat aku nak biar kau tersadai tengah panas dengan keadaan macam ni? Bahu siapa lagi yang kau nak pegang selain aku..” Kembang kuncup juga hidung Ipin mendengar pujian abangnya tadi.

“Sayang juga kau kat aku ye, dik,” tanpa diselangi gelak tawa. Aih, serius semacam abang aku ni. Monolog Ipin.

“Dah, dah, jom kita masuk dalam ye cik abang. Kita ada sesi lecture daripada Opah dan Kak Ros memandangkan rupa kau yang macam baru lepas keluar gusti ni.” Ipin mengangkat kembali Upin. Menaiki satu demi satu tangga.

***

Satu demi satu memori dia dan abangnya diulang tayang di kotak minda. Hatinya menangis.

“Ya Allah.. semudah tu je aku gadai hubungan yang aku jaga selama ni dengan abang, dengan kakak.”
Tanpa arah, keretanya dipandu di sekitar bandaraya Kuala Lumpur malam itu. Mencari ketenangan sepertimana yang dilakukannya selalu.

***
“Kau dah buruk sangka dengan adik-beradik kau sendiri ni, Ipin. Mereka masing-masing dah ada keluarga sendiri, logiklah masa mereka kena bahagi antara keluarga mereka dengan kau,” Mail mengutarakan pendapat setelah Ipin habis bercerita kisah konflik yang berlaku dalam keluarganya.

“Ya lo! Saya sudah cakap ma. Lu kena kahwin cepat-cepat. Baru lu faham pengorbanan dalam percintaan,” Mei Mei bersama pendapat yang tak sempat diprosesnya dek kerana tak mahu mengalah dengan kekasih sandaran hatinya, Mail.

“Apa lu merapik ni, amoi..” Sepet mata Mail cuba menghadam kata-kata Mei Mei tadi.

“Err.. Err..” Cuak, cuak..

Mail mengalihkan padangan kepada Ipin yang masih menunduk resah. “Bro, you just gotta believe in them. After more than 20 years, kau, Upin dengan Kak Ros, sama-sama dah tempuh macam-macam. Korang tak pernah renggang. The thing is, kau buat keputusan based on things that is unclear to you. There is no absolute words from them yang nak putuskan persaudaraan korang. Upin da Kak Ros seems like still care of you..”

“Ha’ah, betul tu Ipin. Saya ada tengok Facebook, Twitter diorang. Diorang rindu sama you maa..” Kali ini Mei Mei serius, tapi Mail masih acah-acah geram dengan pencelahan gadis cina itu.

***


Perbualan tengahari itu di UIAM bersama Mail dan Mei Mei menyentak perasaan Ipin.

“Berdosanya aku dengan Upin, Kak Ros,” serta-merta air mata mengalir. Dikesatnya air mata itu yang akhirnya dibiarkan dek kerana tak berhenti mengalir walau dikesat bagaimanapun.

“Abang, Kakak, Ipin masih sayangkan abang dengan kakak!!” Kereta Ipin diberhentikan serta-merta di tepi jalan. Bagai hilang kewarasan dihantui kebodohannya bersalah sangka dengan darah dagingnya sendiri. Dia bersandar di kerusi kereta. Melepaskan raung tangisnya yang tersimpan. Tangisan penyesalan.

“Ipin, kamu tak perlu meraung, Allah dengar walau sesenyap bisikan hati kamu. Berdoalah padanya, percayalah pada tulusnya kasih sayang Upin dan Kak Ros. Jumpa mereka sekarang, mereka perlukan kamu, sangat-sangat perlukan kamu,”

“Opah???”

Suara Opah tiba-tiba melintas bergema di gegendang telinganya. Kiri, tempat duduk belakang, tidak kelihatan susuk bayang Opah.

“Ya Allah, astaghfirullah, astaghfirullah..” Istighfar. Ipin mula sedar dia terlalu hanyut dengan kesedihan sehingga dia lupa itu bukan penyelesaiannya. Dia mesti mengorak langkah menyelesaikan perkara ini.

“Jumpa mereka sekarang? Mereka perlukan aku?” Bait-bait kata amanat Opah tadi dingati Ipin. Apa maksud Opah? Sedang Ipin cuba menyelesaikan teka-teki itu, dia terlihat papan tanda menunjukkan jalan menuju ke arah dimana Upin tinggal. Dia teringat yang Kak Ros kini tinggal sebentar dirumah Upin. Mungkin mesej Opah mahukan dia berjumpa mereka dan menyelesaikan segala konflik itu serta-merta. Tapi di waktu tengah malam begini, tidakkan terlalu lewat?

“Jumpa mereka sekarang.. Sekarang..” Kerut dahi Ipin memikirkan.

Dengan sekali hela nafas. Ipin memusing stereng menuju ke arah jalan ke rumah Upin. “Ya Allah, moga keputusan yang aku pilih ini akan meleraikan segala kekusutan yang aku sendiri ciptakan ini..”

Dengan yakin dan zikir tak henti kepada Rabb Yang Menyatukan Hati mereka tiga saudara, Ipin memandu menuju ke rumah Upin dengan tekad untuk menyelesaikan konflik yang berlaku.

Tanpa dia mengetahui, bencana apakah sebenarnya yang telah menimpa nasib Upin, Kak Ros dan Syahirah sebentar tadi. Wallahua’lam.

..Bersambung..