“Tuan tengok TV ke, TV tengok tuan?”
Tersedar Upin dari lamunan. Kak Ros muncul dihadapan dengan 2 cawan teh strawberri
dari Cameron Highlands. Dos penenang jam tengah malam itu. Ipin hanya tersengih
dengan soalan Kak Ros yang terus duduk disebelahnya. Sofa itu cukup selesa
untuk mereka berdua yang tiba-tiba berjaga waktu sebegini untuk merenung
peristiwa yang baru menimpa. Ipin, Ipin..
“Abang Badrol macam mana kak Ros di Jepun sana?” Minggu ini suami Kak Ros,
Badrol outstation di negara Matahari Terbit demi urusan perniagaan. Jadi
dia diajak tinggal sebentar bersama dirumah Upin. Dua anaknya yang
masing-masing menginjak usia remaja, Aidil dan Alya mengikut bapanya sekali ke
sana. Dia tidak risau andai Badrol sibuk, adik iparnya, Shahidir ada untuk
menjadi tour guide mereka di negara asing.
“Alhamdulillah, Upin. Perniagaan dia ada progress. Tak lama lagi,
ada rezeki, inshaallah banyak idea-idea yang Abang Badrol akan bawa dari sana
ke Malaysia untuk kita majukan lagi bidang kejuruteraan robotik negara.”
Senyap..
“Cewah... Serupa Rosmah Mansor ucapan akak ni kan? Skema nya.. Kihkih..”
Pecah kesunyian ruang tamu rumah banglo dua tingkat itu dengan hilai tawa dua
beradik itu.
“Hahaha.. Elok la kak. Lepas nikah dengan Abang Badrol makin berwawasan
akak jadinya.”
“Eh, nak kata akak tak berwawasan la dulu ye?” Telinga Upin ditarik.
“Adedeh! Jangey loh burok sangko gitu Kak Ros weh!”
“Ceh, Kelantanese. Melekat loghat lidah bini kau ye.”
“Mana tumpah kuah, kalau tak ke nasi. Lidah mana tak berubah, kalau dah
sayang kat bini,”
“Balik-balik dengan merapik kau tu, heh!”
“Hahaha!”
Saat berlalu masa itu dengan indah. Kak Ros memandang wajah adiknya yang
mula menfokuskan pandangan pada perlawanan bola sepak antara Queens Park
Rangers dan Arsenal di televisyen. Senyuman terlukis di bibir sebelum berganti
resah di riak wajahnya. Lalu dilemparkan pandangan kosong ke televisyen
dihadapan. Dia teringat akan Ipin dan konflik yang berlaku antara mereka tiga
beradik.
“Akak pun terjaga tak dapat tidur?” tanya Upin. Sambil teh strawberri
dihadapannya dihirup. Ah, teringat dia akan pujuk manja Syahirah di Cameron
Highlands minta dibelikan teh yang diidamkannya
itu. Ragam ibu mengandung. Waktu ini isterinya sedang nyenyak tidur
dibilik sedang dia masih diruang tamu memikirkan sesuatu.
“Sama lah macam adik. Kita sama-sama bermain dengan persoalan yang sama
kan? Tentang Ipin?” Upin memandang kakaknya. Serius kali ini. Cawan teh
diletakkan kembali ke meja. Dia bersandar kembali melepaskan keluhan.
“Saya cuma berharap sangat kak. Macam mana kita bergelak, bergurau macam
tadi, macam tu lah selamanya hubungan kita tiga beradik. Saya harap sangat,
masalah ni selesai cepat,”
Diam sebentar. Kak Ros gagahkan senyuman. Senyuman ikhlas. Dia memeluk bahu
adiknya.
“Bumi mana tak dipanah panas matahari. Bumi mana tak ditimpa hujan, dik. Akan
ada masa tanah yang kita pijak bergoncang dan menggoyahkan kita. Tapi
percayalah, dik. Inshaallah, kita tiga beradik takkan sesekali terpisah dek
dugaan ni semua. Kita akan terus teguh bersama, sampai syurga..” Dalam tak
sedar, air mata menitik di pipi Kak Ros.
Upin mendekatkan kepala ke arah wajah kakaknya. Sejak kehilangan ibu dan
bapa, mereka tiga beradik dan Opah cukup akrab. Dan dia selamanya berjanji,
“Saya akan pastikan kita akan kekal bersama kak.. Saya akan terus berdoa untuk
kebaikan kita semua,”
“Once a family, always a family,” bersama, mereka melafazkan ikrar yang
dahulu mereka selalu lafazkan tiga beradik. Terukir senyum di bibir mereka dalam sebak yang cuba ditahan. Terharu.
DUMMMM!!!
Bunyi seperti pintu dirempuh secara paksa dari pintu belakang mengejutkan
mereka. Kak Ros terasa bagai sesuatu yang buruk akan berlaku.
“Upin, bunyi apa tu?” Upin bangun daripada duduk. Perlahan-lahan dan
berhati-hati, dia mengisyaratkan kepada Kak Ros supaya senyap. Kayu besbol yang
disimpan dibawah meja ruang tamu diambilnya.
Ya Allah, selamatkan keluargaku daripada segala bala bencana dan kejahatan
manusia.
Selangkah demi selangkah dia pergi ke arah dapur. Ada dua laluan menuju ke
dapur dan Upin masuk menerusi laluan yang menghubungkan ke ruang tamu. Lampu
dibuka. Upin menggeledah ke segenap ruang dapur. Agak terkejut dan resah melihat
pintu dapur yang rosak dipecah dan dirempuh secara paksa.
“Kak Ros, rumah kena pecah masuk, tapi orang tak ada kat dapur ni. Diorang
dah lari kot...”
“Upin!!!”
Kak Ros!! Upin berlari menuju ke ruang tamu.
“Kak Ros!! Apa jadi!!” Cemas.
DUSHHH!!! Serta-merta, dunia Upin semakin gelap.
“Abang.. Tolong Irah bang!”
Satu demi satu suara menghilang. Upin rebah.
***
“Kau OK tak Upin?”
“Heh! Abang besar mana boleh lembik.. aduh, aduh!” Terhenjut-henjut kaki
Upin menahan sakit di belasah secara berjemaah oleh Acong and the geng,
gangster tahi burung Sekolah Menengah Kebangsaan Durian Runtuh. (gangster tahi
kucing is too mainstream) Sokongannya untuk berdiri hanya kudrat bahu Ipin yang membantunya/
“Kalau kau bagi je duit dia nak tadi, tak teruk kau kena belasah.”
“Aku dah belajar silat kot”
“Silat seminggu je. Ingat cukup ka nak tepis lapan penerajang Acong dengan
geng dia tu?”
Akhirnya setelah beberapa meter berjalan kaki mereka tiba di kaki tangga
rumah. Tadi mereka dihantar dengan kereta Cikgu Muna, guru disiplin yang
ternampak akan pergaduhan yang berlaku antara Upin dan Acong dan gengnya.
“Ni aku nak tanya ni, kenapa kau tak biar je Cikgu Muna hantar terus depan
rumah? Malu dia jumpa kakak dengan Opah?” Ketat muka Ipin. Peluh dari terik
matahari petang itu dikesatnya. Lelah.
“Hehe, aku saja nak uji adik aku ni. Bangga aku, sepatutnya kau tanya ‘Kau
saja nak menyusahkan aku ka?’. Tapi kau tak merungut pun.” Upin dengan senyuman
senget dihiasi sebatang gigi yang patah terkena penumbuk Komeng, anak buah
Acong tadi.
“Hahaha! Kau tak payah nak buat dialog telenovela lah. Kau ingat aku nak
biar kau tersadai tengah panas dengan keadaan macam ni? Bahu siapa lagi yang
kau nak pegang selain aku..” Kembang kuncup juga hidung Ipin mendengar pujian
abangnya tadi.
“Sayang juga kau kat aku ye, dik,” tanpa diselangi gelak tawa. Aih, serius
semacam abang aku ni. Monolog Ipin.
“Dah, dah, jom kita masuk dalam ye cik abang. Kita ada sesi lecture
daripada Opah dan Kak Ros memandangkan rupa kau yang macam baru lepas keluar
gusti ni.” Ipin mengangkat kembali Upin. Menaiki satu demi satu
tangga.
***
Satu demi satu memori dia dan abangnya diulang tayang di kotak minda.
Hatinya menangis.
“Ya Allah.. semudah tu je aku gadai hubungan yang aku jaga selama ni dengan
abang, dengan kakak.”
Tanpa arah, keretanya dipandu di sekitar bandaraya Kuala Lumpur malam itu.
Mencari ketenangan sepertimana yang dilakukannya selalu.
***
“Kau dah buruk sangka dengan adik-beradik kau sendiri ni, Ipin. Mereka
masing-masing dah ada keluarga sendiri, logiklah masa mereka kena bahagi antara
keluarga mereka dengan kau,” Mail mengutarakan pendapat setelah Ipin habis
bercerita kisah konflik yang berlaku dalam keluarganya.
“Ya lo! Saya sudah cakap ma. Lu kena kahwin cepat-cepat. Baru lu faham pengorbanan
dalam percintaan,” Mei Mei bersama pendapat yang tak sempat diprosesnya dek kerana
tak mahu mengalah dengan kekasih sandaran hatinya, Mail.
“Apa lu merapik ni, amoi..” Sepet mata Mail cuba menghadam kata-kata Mei
Mei tadi.
“Err.. Err..” Cuak, cuak..
Mail mengalihkan padangan kepada Ipin yang masih menunduk resah. “Bro, you
just gotta believe in them. After more than 20 years, kau, Upin dengan Kak Ros,
sama-sama dah tempuh macam-macam. Korang tak pernah renggang. The thing is, kau
buat keputusan based on things that is unclear to you. There is no absolute
words from them yang nak putuskan persaudaraan korang. Upin da Kak Ros seems
like still care of you..”
“Ha’ah, betul tu Ipin. Saya ada tengok Facebook, Twitter diorang. Diorang
rindu sama you maa..” Kali ini Mei Mei serius, tapi Mail masih acah-acah geram
dengan pencelahan gadis cina itu.
***
Perbualan tengahari itu di UIAM bersama Mail dan Mei Mei menyentak perasaan
Ipin.
“Berdosanya aku dengan Upin, Kak Ros,” serta-merta air mata mengalir. Dikesatnya air mata itu yang akhirnya dibiarkan dek kerana tak berhenti
mengalir walau dikesat bagaimanapun.
“Abang, Kakak, Ipin masih sayangkan abang dengan kakak!!” Kereta Ipin
diberhentikan serta-merta di tepi jalan. Bagai hilang kewarasan dihantui
kebodohannya bersalah sangka dengan darah dagingnya sendiri. Dia bersandar di
kerusi kereta. Melepaskan raung tangisnya yang tersimpan. Tangisan penyesalan.
“Ipin, kamu tak perlu meraung, Allah dengar walau sesenyap bisikan hati
kamu. Berdoalah padanya, percayalah pada tulusnya kasih sayang Upin dan Kak
Ros. Jumpa mereka sekarang, mereka perlukan kamu, sangat-sangat perlukan kamu,”
“Opah???”
Suara Opah tiba-tiba melintas bergema di gegendang telinganya. Kiri, tempat
duduk belakang, tidak kelihatan susuk bayang Opah.
“Ya Allah, astaghfirullah, astaghfirullah..” Istighfar. Ipin mula sedar dia
terlalu hanyut dengan kesedihan sehingga dia lupa itu bukan penyelesaiannya.
Dia mesti mengorak langkah menyelesaikan perkara ini.
“Jumpa mereka sekarang? Mereka perlukan aku?” Bait-bait kata amanat Opah
tadi dingati Ipin. Apa maksud Opah? Sedang Ipin cuba menyelesaikan teka-teki
itu, dia terlihat papan tanda menunjukkan jalan menuju ke arah dimana Upin
tinggal. Dia teringat yang Kak Ros kini tinggal sebentar dirumah Upin. Mungkin
mesej Opah mahukan dia berjumpa mereka dan menyelesaikan segala konflik itu serta-merta.
Tapi di waktu tengah malam begini, tidakkan terlalu lewat?
“Jumpa mereka sekarang.. Sekarang..” Kerut dahi Ipin memikirkan.
Dengan sekali hela nafas. Ipin memusing stereng menuju ke arah jalan ke
rumah Upin. “Ya Allah, moga keputusan yang aku pilih ini akan meleraikan segala
kekusutan yang aku sendiri ciptakan ini..”
Dengan yakin dan zikir tak henti kepada Rabb Yang Menyatukan Hati mereka
tiga saudara, Ipin memandu menuju ke rumah Upin dengan tekad untuk
menyelesaikan konflik yang berlaku.
Tanpa dia mengetahui, bencana apakah sebenarnya yang telah menimpa nasib
Upin, Kak Ros dan Syahirah sebentar tadi. Wallahua’lam.
..Bersambung..
No comments:
Post a Comment
Comment