![]() |
Kredit |
“Kalau korang couple mesti sweet gila
doh.”
Beribu kali aku ditujah dengan kenyataan
serupa ni. Beribu kali jugak aku sengih selamba. Tak setuju mahupun menafi.
Bukannya aku malas nak bersuara, tapi aku lagi suka biarkan kawan-kawan aku seronok
bermain dengan imaginasi yang diorang bina. Tingkah aku memang ramah begini.
Mungkin lembut bahasa dan manis lidah yang aku pamer disalah erti teman yang
memerhati. Mungkin ada manis yang ternampak tapi tak terperasan pada aku.
Mungkin masa aku berdua dengan dia terzahir love
spark yang hanya terlihat dari sudut orang ketiga.
“Kenapa kau tak nak try dia beb? Korang
padan gila kot.”
This
question. The same question all over again.
Selalu jawapan yang aku bagi setakat nak menjaga hati yang bertanya. Jawapan
pulak tak pernahnya nak sama. Hari ni aku jawab A, esok aku jawab B. Kalau
diorang pressure lebih sikit aku tukar jawapan aku jadi (A+B) / B kuasa dua. Berbelit
urat otak diorang. Bukan apa. Sedaya upaya aku elak dari berbicara pasal topik
ni. Bagi aku soal hati bukan pada semua kita boleh kongsi. Sedaya upaya jugak aku pertahankan lubuk
perasaan aku yang paling dalam, walau aku cakna tentang beberapa percubaan liar
yang diorang cuba plot diam-diam. Sekarang dah berminat belum nak tahu sebab
apa aku tak nak try dia?
“Benda dah lepas toksah dok ingat beb.
Lepaskanlah dia. Lepaskan diri kau tu jugak.”
Tersebutlah kisah seorang anak teruna
yang menyerahkan cintanya bulat-bulat pada seorang dara. Sebuah kasih yang tak
terlafaz pada kata, tapi ditunjukkan pada dunia dengan perilaku awkward dan
jelingan manis manja. Cerita tentang sepasang hati yang malu-malu kucing jika
berbicara dihadapan teman dan saudara. Sepasang hati yang lebih selesa
meluahkan “awak sehat?” dan “lama kita tak borak kan?” pada sekeping kertas dan
dipass-passkan melalui orang ketiga. Gambaran dia indah gila, no?
“Korang dua dulu sumpah perfect kot. What happened ah?”
Itulah masalahnya. Nothing happened. Zero efforts were made to rescue our relationship.
Masa berlalu terlalu laju bagi aku waktu tu. Aku hilang kawalan terus tentang
apa perlu aku buat. Tentang masa depan aku dengan dia. Sampailah satu hari,
bila jelingan manja bertukar jadi renungan penuh pertanyaan. Bila tiada lagi
kertas berbekas tulisan tangan si dia menjengah tangan. Bila aku keluar pintu
kiri, dia cepat-cepat tukar arah masuk pintu kanan. Masa tu baru aku sedar satu
perkara. Mungkin, mungkin saja aku dah ‘mati’ pada mata dia.
“Kau ego bro. Kau patut cakap kau suka
dia. Bagitau dia betul-betul. Ada kau buat gitu?”
Kau tak payah nak bagitau aku pasal tu
la. Aku tahu aku silap. And yes memang aku ego. Aku ego sebab aku takut masa
tu. Aku takut kalau kasih aku tak bersambut. Aku takut nak hidup untuk
hari-hari selepas ucapan “aku dah anggap kau macam kawan baik aku dah”. Risiko tu
terlalu besar untuk seorang mamat selekeh macam aku ambik. Akhirnya apa jadi?
Aku buat apa seorang manusia bodoh biasa buat. Aku pilih untuk berdiam dan
pendam hasrat aku dalam-dalam. Aku timbus dengan kepura-puraan dan aku biar dia
tenggelam bersama memori-memori silam. Itu kata putus aku.
“Kiranya kau dah move on ke belum ni?”
Aku tak rasa seseorang manusia tu boleh
move on secara total. Usahalah segigih mana pun, tetap akan ada that small percentages of sayang
untuk insan yang duduk jauh bawah dasar hati kita tu. Yang terbaik mampu kita
buat ialah belajar dari pengalaman lepas dan bersedia untuk masa depan.
Sekarang aku dah didik diri aku untuk expect less.Aku jugak dah makin bijak
membezakan antara ‘flirting’ dan ‘being polite’. Masa yang berlalu aku
buat jadi penawar luka dahulu. Antara angan dan sedar, aku rasa tuhan dah bukak
sikit demi sikit pintu hati aku untuk menerima orang baru. Waktu tu lah aku
jumpa dia..
"Wow! Awek baru ke bang?”
Nope.
Bukan awek. Jauh sekali bakal isteri. Cukuplah aku ucap rasa syukur waktu tuhan
palingkan wajah aku menatap keindahanNya yang satu ni. Cantiknya dia
subhanallah. Aurat terjaga. Molek tutur bahasa. She’s perfect! Well at least pada pandangan aku. Macam mana kami
punya jauh beza? Dia ibarat merak. Aku ni pulak tak ubah macam gagak. Aku rasa
kalau aku usaha sampai mati pun takkannya aku layak berdiri sama tinggi, duduk
sama rendah dengan dia. Lalu aku jadikan dia inspirasi untuk aku berubah.
Berubah menjadi lelaki yang lebih ‘function’
kepada masyarakat and even a better son
to my parents. Yup. She did that to me.
“Kalau korang couple mesti sweet gila
doh.”
Beribu kali aku ditujah dengan kenyataan
serupa ini. Beribu kali jugak aku sengih selamba. Tapi kali ni sengih aku
sengih yang mengiyakan. Ibaratnya seperti mengaminkan doa yang dibaca imam. Aku
rasa senang dikenen-kenenkan dengan si dia yang baru ni. Aku rasa hidup. Waktu
dilihat berdua, aku dapat rasa semula kehangatan pada pipi bila kawan-kawan
usik “kau suka dia eh?”. Aku seronok mengenali dia. Si dia yang dulu aku rasa sungguh
impossible untuk dicurik hatinya. Si dia yang memberi makna baru pada definisi
cinta. Si dia yang membisik kasih tanpa suara. Si dia yang letaknya paling atas
menghias takhta. Si merak jelita.
“Korang ni sweet gila doh!”
Aku rasa korang pun mesti dah agak punya
kesudahan cerita ni. Yes I got the girl
dan kami dah pun plan masa depan kami berdua. Tapi ya lah. Kami hanya
merancang. Tuhan jugak yang bagi approval nanti. Kawan-kawan aku tampak selesa
dengan kehadiran si dia. Meriah sikit bila berkumpul bersama. Nyaman hati ini
tak terbanding lagi. Terasa sakit pedih masa dulu makin hilang signifikannya
dalam diri. Sekarang aku hanya berdiri disini, bersedia meredah hari-hari
mendatang sebagai seorang pencinta yang setia.
Hinggalah satu hari, aku didatangi masa
silamku. Kedatangan yang mencipta sebuah runsing. Kedatangan yang buat aku
terkedu. Kedatangan yang membuahkan soalan yang berikut.