Pages

Tuesday, January 8, 2013

Adam Yang Tewas



Sengaja saya letak gambar Remy Ishak atas sekali supaya gambar ni dapat jadi thumbnail link blog saya.

"Kalau ada gambar artis hot, hang fikir ramai la nak lawat blog hang? Piiiiraahhh"

-.- Voice in my head keep telling bad thing. Tak, sebab gambar ni salah satu babak dalam Nur Kasih. Memandangkan watak yang beliau bawa dalam drama dan filem Nur Kasih adalah Adam, jadi saya gunakan beliau sebagai duta entri saya kali ini.

Tetapi duta sebenar entri kali ini ialah..


OK, tak jelas siapa dia. Comel sangat.


"AIK?? Apa kena mengena Adam dengan King Kong??"
"Sekejap, kau nak buat entri pasal teori Darwin ka?? Kau nak kata anak cucu Adam ni sebenarnya keturunan King Kong & monyet??"
"AJARAN SESAT!!"

SABAQ!! Jangan jadi macam Google, terus bagi jawapan padahal kita belum habis taip. Sama macam perempuan. OOPPPSS!! *nada gurau*

Tak, 'Adam' yang saya maksudkan dalam entri ini adalah KAUM ADAM.
Perkataan 'tewas' pula menunjukkan kaum Adam yang sering kalah dengan GODAAN WANITA.

So, apa kena mengena dengan King Kong??

Bagi yang belum tengok lagi mana-mana filem King Kong sebelum ini, ia mengisahkan sekumpulan film production team travel dari USA ke sebuah pulau yang dinamakan Skull Island.

Watak penting dalam filem ini yang saya nak highlight-kan adalah Ann Darrow. Dipendekkan cerita, Ann Darrow, seorang wanita cantik yang ditawarkan peluang berlakon oleh Carl Denham, pengarah team produksi tersebut, telah diculik oleh puak orang asli di Skull Island tersebut. Ann Darrow dijadikan korban untuk King Kong yang puak orang asli itu agungkan.

Namun, instead of the giant ape killed her, Kong eventually 'FELL IN LOVE' WITH HER...

The smile portrayed Kong's feeling toward Ann.

Saya dah tengok dah filem tu. Tapi saya tak berapa ingat setiap storyline sebab dah lama tak tengok. Copy dalam laptop pula tak ada. Jadi, saya tak dapat cerita secara detail macam mana Kong boleh jatuh cinta dengan Ann Darrow in the first place. But one thing for sure, Ann Darrow lakonan Naomi Watts is indeed beautiful.

Kong yang jatuh hati dengan Ann membawa gadis itu ke tempat tinggalnya. Dia di situ keseorangan, tiada kawan, tiada pasangan. Ann yang pada mulanya takut dengan Kong mula menyesuaikan diri dengan makhluk gergasi itu.


Team produksi filem yang bertanggungjawab membawa Ann ke pulau tersebut tak kan lah nak duduk diam kan?? Mereka berjaya menyelamatkan Ann dan Carl Denham pula, yang telah hilang segala hasil usahanya di pulau tersebut selepas pita rakamannya hancur dalam satu babak dalam filem tersebut, tidak mahu pulang dengan tangan kosong. Dia membawa King Kong yang lemah tidak sedarkan diri ke 'hutan konkrit' di USA.



Dengan harapan untuk meraih pendapatan lumayan dengan menayangkan "eighth wonder of the world" itu, Carl Denham tidak menyedari tindakannya hanya akan membawa bencana. Ternyata kekuatan rantai besi & konkrit tidak mampu menahan amukan Kong.

APA YANG KONG AMUKKAN??

Of course, apa yang berlaku atas Kong akan buat dia stress macam haiwan-haiwan lain. Dan apa yang Kong buat? Dia membuat huru-hara hanya untuk mencari Ann Darrow.



Dan once Kong jumpa Ann, dia jadi tenang. Bagai sepasang kekasih bertemu, babak ni antara yang paling epik dalam filem King Kong versi 2005.


Oleh kerana Kong merupakan ancaman kepada manusia di bandar tersebut (sedangkan manusia itu sendiri yang mencari bala membawa dia ke sana), sekumpulan askar dengan artileri berat menyerang Kong. Ann cuba menghalang tapi gagal. Lalu, apa yang terjadi, Kong membawa Ann naik ke puncak menara Empire State Building.


Dengan harapan dapat lari daripada serangan manusia, dan menikmati saat bersama seorang manusia yang dia 'cinta', Kong tidak sedar teknologi militari manusia ketika itu lebih bahaya daripada makhluk bersayap yang pernah ditewaskannya di Skull Island dahulu. Serangan udara dilancarkan ke atas Kong.


Sekeras mana batu, akan lekuk dicurah air yang berterusan. Segagah mana Kong, hujan peluru ke atasnya manakan mampu dia tanggung. Akhirnya dia rebah daripada puncak tertinggi Empire State Building ke bumi. Nafas primate itu berakhir membawa bersama obses nya kepada wanita bernama Ann Darrow.

Petikan gambar daripada filem King Kong yang lama. Untuk King Kong 2005, tiada gambar yang ditemui.

Dialog epik dalam filem ini yang saya nak highlight-kan untuk entri kali ini, terjadi semasa babak dalam gambar di atas.

Carl Denham: It wasn't the airplanes. It was beauty killed the beast.  

Zahir, peluru militari udara yang membunuh Kong, tapi Carl Denham lakonan Jack Black dapat merasakan, apa yang membawa kepada kematiannya adalah "the beauty", Ann Darrow.

Tewasnya Kong kepada seorang wanita dapat lah dilihat kepada ramainya KAUM ADAM YANG TEWAS KEPADA GODAAN WANITA-WANITA.

HOW I DEFINE THE 'TEWAS' ON KONG & KAUM ADAM??

(1) DIPERDAYA
Kong membiarkan dirinya diperdaya kejelitaan Ann yang sepatutnya menjadi korbannya. Begitulah kaum lelaki, yang sepatutnya menjaga dirinya daripada tarikan seksual wanita akhirnya menyerah dirinya menjadi hamba kepada kaum yang sepatutnya mereka pimpin. Batasan pandangan tidak dijaga, gadai harta berlebihan, nafsu dilepas melebihi batas agama (pornografi, zina, cabul dll). Membahayakan diri dengan kebuasan dunia sepertimana King Kong tewas dengan Ann in the first place.

Segah-gah seorang lelaki
Mampu jadi 'sengal' hanya kerana wanita.

(2) DAYUS
Some man, sebab dia suka sangat dengan seorang wanita, dia akan jadi dayus dan bodoh alang. "Kasarnya.." Dah itu term yang digunakan. Just look on some husband who let their wife and daughter to exposed their aurah' freely to their non-mahram & never control their limit as a woman. Diperdaya rasa cinta, kaum Adam ramai yang tewas dan biar tanggungjawab mereka terabai.

(3) TERPESONG MATLAMAT
Simbolik yang dapat saya berikan kepada Kong yang memanjat Empire State Building sambil membawa kekasihnya, melambangkan lelaki-lelaki yang mengejar puncak matlamatnya hanya untuk menawan hati seorang wanita, atau mengejar nikmat dunia seperti harta dan pujian. Seperti kisah Hijrah Ummu Salamah, Rasulullah SAW menyatakan apa yang sahabat itu dapat daripada hijrahnya hanyalah wanita bernama Ummu Salamah itu sepertimana yang dia niatkan. Sedang matlamat utama Hijrah adalah menyelamatkan akidah dan meraih redha dan cinta abadi-Nya. Akhirnya gah Kong hanya kerana wanita, dan rebahnya juga kerana wanita. Lalu, untung apakah diraih manusia andai dunia sementara jadi matlamat hidupnya?


Kadang-kadang benda yang serupa terjadi kepada wanita. Tetapi untuk entri ini, saya khususkan untuk kaum Adam yang memikul tanggungjawab sebagai pemimpin kepada wanita.

KONKLUSI

Untuk konklusi, suka saya untuk kongsikan pepatah arab yang juga digunakan dalam babak awal filem King Kong ini.

"And lo, the beast looked upon the face of beauty. And it stayed its hand from killing. And from that day, it was as one dead."

This is the moral that Kong's downfall is repeatedly given within the film itself. Even though, mungkin ada signifikan lain yang dapat diceritakan disebalik filem ini, seperti isu racism dan politik. But from another point of view, KAUM ADAM atau LELAKI should take the downfall of Kong as an example.

Khalifah tak patut tewas. Andai kita jatuh, biarlah jatuh kerana Allah SWT semata-mata. Kerana jatuh atau bangkit seorang Mukmin adalah kemenangan dia di akhirat.

Karya Rusydee Arts
p/s: Lelaki bukan hamba kepada wanita, wanita bukan hamba kepada lelaki. Ya, lelaki itu pemimpin, tetapi setiap raja perlukan permaisuri. Permaisuri bukan hamba, dia PENEMAN. :)

Credit gambar: devianart.com & Google Images

16 comments:

  1. Entry ni menarik!
    Garapan moral dakwah yang baik dari movie lama.
    Syukran ya akhi! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimas Adhwa! ^^ lama dah baca tentang review filem ni. baru sekarang ada kesempatan nak kongsi. moga dpt beramal bersama.

      Delete
  2. Apa kau kata Azril,,, kau samakan google dgn wanita?!!!! Grrr. Haha. Good job Azril. Keep it up :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. jumpa joke ni di tweet wanita gak kat TL aku. terimas novelis muda! :p

      Delete
  3. Oh mai!! I'm a google! Pandai kau kaitkan cerita. Keep up the good work. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai google, haha.. lama dah baca review ni. at last dpt publish. terimas visit! ^^

      Delete
  4. oh, good one.lame dah tak bace blog org. ade output. tu penting. okay ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terimas visit. moga output trsebut menjadi input buat kita semua. :)

      Delete
  5. hahaha baca entry.. sabor jela.. btw nice post.. saya dah follow awak ada masa follow lah blk. http://wannieariffin.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha,, sabar part mana tu. by the way thanks for the visit, currently reading your blog. :)

      Delete
  6. nice entry! keep it up!
    message anda dalam entry ini sampai kepada saya...
    apa yang dapat sy kongsikan adalah,
    kita sebagai khalifah Allah dimuka bumi ini
    seharusnya mengikuti segala syariatNYA...
    dan meninggalkan segaa laranganNYA...
    apa yang kita sedia maklum,
    WANITA ADALAH FITNAH TERBESAR BAGI SEORANG LELAKI...
    maka, marilah bersama-sama kita berganding bahu bagi menjaga batas pergaulan antara kaum adam dan hawa...
    wallahu'alam...
    asif atas kekurangan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ^^ alhamdulillah, apa yg baik yg dpt dikongsi moga dpt beramal & disampaikan.. :) syukran for the visit sista!

      Delete
  7. penyampaian yang menarik dan kreatif . keep it up . Tahniah

    ReplyDelete
    Replies
    1. :D alhamdulillah, syukran for the visit sis. :) moga apa yg dpt dikongsi dpt diamal dan disampaikan. inshaallah

      Delete
  8. suka baca blog azril.. banyak maklumat dalamnya.. teruskan blogging and i'm waiting for new entry :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ^^ tiada daya & kekuatan selain dari Allah, terimas for the visit Aisyah. :) inshaallah akn cuba cari isu menarik utk dikongsi selepas ni.

      Delete

Comment