Pages

Thursday, November 17, 2016

Kenapa Aku 'Quit' Teater? + Appreciation Post


Aku sedar kehilangan aku dalam teater UIAM bukan satu concern yang patut orang tahu pun. The reason aku tulis post ni sebab aku sedar ada masa aku terlupa kenapa aku decide untuk tak terlibat lagi dengan teater, aku harap dengan tulisan ni aku akan lebih jelas dan beringat kalau aku terlepas dari fokus sebenar aku. Dan aku rasa aku kena let this off my chest and tulisan ni jadi penerangan jelas kepada fellow Gagak Putih yang lain terutamanya yg sebahagian dari mereka masih bertanya tentang perancangan Gagak Putih Production. Dan since aku ada lagi setahun dekat UIAM, aku rasa valid untuk aku kata aku quit teater (as of now, dah setahun Gagak Putih senyap. Aku, ada la sikit-sikit di belakang tabir beberapa pementasan tapi tak seaktif dahulu).



Aku sepatutnya namakan post ni 'Kenapa Gagak Putih Tak Terbang Lagi?' tapi terlalu acah A. Samad Said pula. Sebab sejak hampir setahun usia Teater 2 Dunia (last show Gagak Putih Production) aku ada ja dekat belakang tabir secara tak langsung bantu beberapa pementasan. Saja guna title 'clickbait' nak tarik reader. K k gurau.

Tapi memang niat dasar aku - tak mahu libatkan diri dengan mana-mana tanggungjawab dalam mana-mana pementasan teater terutama secara langsung atau memegang tanggungjawab pengarah, penulis skrip, atau berlakon.

Kalau orang tanya aku (in case kalau ada orang tanya), aku akan jawab beberapa sebab:
1. Final year
2. Cari duit, kerja weekend, ada fokus lain
3. Ramai orang kuat Gagak Putih nak grad dah atau ada komitmen lain (personal life atau bersama produksi lain)



First thought aku untuk quit datang waktu awal perjalanan Teater 2 Dunia. Ramai quit, tak dapat bagi komitmen and macam-macam masalah lain. Pressure personal life aku dah cukup buat aku frust and decide T2D bakal jadi yang terakhir. Dan bila end result T2D lebih daripada apa yang aku expect, lepas sakit yang aku rasa (sakit sendiri dan sakit yang aku bebankan atas orang lain) untuk play solo pertama Gagak Putih, lepas aku dah lepaskan semua yang bergejolak dalam hati aku dalam skrip, aku puas. Dan bilamana kepuasan tu datang, aku tahu, aku tak akan rasa passion yang sama aku rasa untuk mana-mana play seterusnya. Sampai sekarang momen T2D masih terbayang.

Berkenaan sebab ketiga, Gagak Putih Production bermula dengan sangat kecil. Sampai sekarang, aku masih prefer dan lebih puas hati dengan the smaller my team got. Eksklusif, quality over quantity. Though, aku tahu kalau quantity tak banyak pun tak akan berkembang atau survive satu produksi. Lupakan hal tu. Pementasan pertama pada 28 April 2014 berjudul '2 Alam' adaptasi cerpen oleh Orked Perak didukung oleh tenaga kerja yang sedikit berbanding produksi lain dalam UIAM waktu tu. Kebanyakan kami waktu tu sebaya dan lebih kurang tahun pembelajaran.
Now..
Ada beberapa yang masih tahun pertama waktu tu tapi sekarang 2016, 2 tahun dah berlalu. Komitmen dan fokus masing-masing dah bertambah dan berubah (especially beberapa orang kuat Gagak Putih yang aku percaya mampu lead the team terutamanya) dan aku tak sempat lagi persiapkan sesiapa antara mereka dan yang datang selepas mereka (lagi-lagi dalam keadaan aku tengah stabilkan balik hidup aku) untuk mewarisi Gagak Putih Production. Kerana itu aku tak kisah (sebenarnya tak ada motif pun nak kisah) bila aku biarkan pelakon-pelakon dan krew terbaik Gagak Putih Production pernah ada kepada produksi-produksi lain yang lebih visionary dan boleh kembangkan bakat mereka dan semaikan lagi cinta mereka kepada seni persembahan.


Sebab pertama dan kedua pula berkait rapat. Bilamana aku kata ada krew gagak Putih yang ada komitmen lain, aku sendiri tak lepas dari perkara sama bernama tanggungjawab dan impian.

Yes, aku tahu. Sepanjang aku aktif dalam teater aku typically seen as someone yang macam tak ada responsibility. Relaks macam tak risau dengan pelajaran walaupun masih lagi pelajar sah UIAM.

Aku suka petik dialog watak Medusa dalam salah satu pementasan aku - "Tempat teduh ni tak dapat sembuhkan luka dia! Ini dadah yang kau bagi dia Owl.. Kepuasan sementara padahal masalah masih berleluasa!!"

Aku perasan yang 90% plays yang aku terlibat either sebagai direktor, penulis, krew, atau pelakon, setiap skrip memang sangat berkait rapat dengan keadaan hidup aku yang kucar-kacir. Jadi, aku ambil peluang Teater 2 Dunia untuk letak hampir sepenuhnya diri aku dalam Sirat Emosi Manusia dan Selamat Tidur Nisa. Dan apa yang menakutkan pasal mementaskan karya pasal hidup kau adalah kau dibentangkan dengan cermin yang selama ni kau sorok, reflect betapa cacatnya hidup kau. Lama-kelamaan aku sedar, instead of meletakkan diri aku dalam skrip ni jadi terapi, benda ni actually bagi false sense of security dekat aku. Aku buat teater jadi tempat berteduh atau lebih tepat, escape. Masalah aku tolak tepi dan dilupakan dan aku lalai. Pelajaran affected, duit belanja pun bermasalah. Kepuasan sementara.

Well, despite that ignorance and lalai, deep down aku tahu aku nak graduate. Aku tahu even aku mual dengan subjek yang aku tak minat ni tapi aku nak usahakan juga, sebab ada seorang tua yang aku panggil MAK (watak paling common dalam most of my script) bersabar menggangtung harap dekat aku lebih 5 tahun lamanya. Aku tahu, the moment kalau dia sempat peluk aku dalam jubah graduasi, aku tahu aku akan menangis dan puas dan gembira sebagaimana pertama kali aku pertama kali jumpa dia 7 tahun lepas.

Deep down aku tahu, teater bukan masa depan aku dan aku tak rancang pun nak jadikan teater sebagai mata pencarian atau benda yang akan aku perjuangkan sampai mati. Aku sayang teater, sini tempat aku belajar banyak pasal hidup, diri sendiri, dan seni in general yang aku minat dari kecil. Tapi, cinta sahaja tak menjamin masa depan aku. Aku mahu mak ayah aku ada di Dewan CAC untuk lihat aku graduate, dan aku mahu cari kerja dengan kelayakan akademik dan kokurikulum yang aku ada. Biarpun ada orang demonize nine-to-five job, aku yakin masih ada brighter side of such life. Aku perlukan solid wall untuk aku bersandar dan tak bergantung kepada passion aku semata. Sebab tu aku tak dapat nak abaikan pelajaran aku lagi dan aku perlu direct focus aku lebih lagi dari sebelum ni dekat study aku.

Dan makin dewasa and final year ni, dengan kesemputan (typo intended) kewangan aku, aku perlukan duit. Aku bekerja sebagai promoter on every weekend and sometimes on weekdays. Duit gaji yang aku dapat aku sara hidup aku di kampus, buat simpanan untuk belanja next year so aku tak berhutang lagi, dan bayar yuran yang tertunggak. Aku tak ada masa lapang macam dulu lagi dah untuk teater.

As of now, aku dah makin senang and gembira bila aku embrace fully life of responsibility ni. Aku gembira and puas bila dapat cari duit sendiri, aku gembira dan puas bila dapat catch up and focus study aku sepenuhnya. Bukan aku nak kata berteater buat kau tak bertanggungjawab. Aku kenal beberapa individu yang sanga sangat berbakat teater tapi pointer maintain Dean's List dan hidup dia sangat teratur. Aku percaya kelemahan tu mainly pada diri aku sendiri. Aku tak cukup dewasa dan tak cukup kuasa, dan aku perlukan masa. Perjalanan untuk menerima hidup baru ini bukan mudah, tapi aku buat pilihan untuk tak mengalah.

Another reason, tak ramai yang aku bagitahu. Tapi aku dapat rasa pementasan-pementasan dan skrip aku masih dalam bayangan orang lain yakni guru-guru aku sebelumnya. Aku banyak buat skrip adaptasi sebab aku susah nak construct story kemas-kemas dengan idea fresh sendiri. Style cerita, mesej, directing, lakonan pentas, dan even tajuk pun aku dapat rasa aku masih 'meniru' orang lain. Aku tak rasa appropriate untuk aku sakitkan hati orang lain dengan ignorance aku ni. Jadi, aku letak perkara ni sebagai sebab keempat aku quit teater.

Part of me akan terus tinggal di sini.
Macam yang aku kata tadi, aku sayang teater.

Withdrawal symptom ni sakit. Ada masa aku akan rindu momen epik dengan Teater 2 Dunia contohnya, aku akan skrol hashtag event tu dekat Twitter. Those 3rd & 4th December are too beautiful to be forgotten. Also, semua plays lain yang aku pernah involve as any roles. Realiti Alam Fantasi dengan CrEEPt Theatrics bawah arahan Asyraf Syahir banyak membentuk aku. Jujur aku perlukan lagi tunjuk ajar beliau tapi rezeki aku setakat di sini.

Tapi macam mana aku move on dari kehilangan paling besar (kematian parent angkat aku dalam masa 2 hari) dalam hidup aku 10 tahun dahulu dan seterusnya terima hidup aku yang baru selepas itu, aku perlu terima untuk lepaskan teater dari terus jadi obsesi aku.

Aku tak tahu bila aku mati. Tapi aku mahu teus pegang pada keyakinan yang perjalanan aku panjang lagi. Aku ada impian lain juga yang aku perlu usahakan.

 To all of you, Gagak Putih, aku minta maaf atas kelemahan kepimpinan aku untuk mencari pelapis pada awal penubuhan Gagak Putih untuk meneruskan hayat produksi ini. Kalau kalian rasa masih belum terlambat untuk aku teruskan mencari yang sudi menanggung Gagak Putih lagi, sudi-sudi Whatsapp aku. Aku tak mampu bergerak seorang mencari kekuatan baru. Aku perlukan kekuatan dari korang.

Akhir kalam, aku nak buat appreciation post sedikit untuk orang penting dalam penglibatan teater aku sejak 2012 lagi. 4 tahun mungkin tak lama mana, tapi makna yang aku terima cukup besar untuk dilupakan.

(Until this point of this post, you guys yang tak kisah about what I about to write boleh quit out kot 😂😂😂 lol)




Untuk Angah, terima kasih sebab jadi pembuka jalan dan pemimpin paling baik pernah saya bekerja sama. Biarpun tanpa pengalaman, Angah berikan kepercayaan besar untuk saya rasa nikmat berteater - dari pelakon hingga kepada komiti promosi (medan saya belajar Photoshop dan video editing). Terima kasih yang tersangat, Angah. Hanya Tuhan yang dapat balas jasa Angah.



Nabil Zakaria, Nabil The Great. Waktu aku masih oblivious pasal scene teater UIAM, Nabil yang digelar The Great among theatre peeps appears as someone yang sangat humble pada first impression aku. Juga dengan pengalaman yang masih mentah, he's the one who introduce me into my strength of being a psycho and antagonist on stage 😂. Seorang direktor yang tersangat baik and terkenal dengan approach minimalis beliau. Sekali ja aku pernah tengok dia marah waktu rehearsal before malam persembahan hari tu. Itupun sebab bertegas. I have so much respect of his talent and grateful for his introduction to me towards IIUM Theatre scene. Thank you, bro. I owed you so much of life lesson I learnt after Time & Tides play.


Kak Aimee, lagi seorang yang beri kepercayaan kepada aku yang sangat mentah lagi 😂😂😂. Dah la pengalaman pegang jawatan sangat hampeh, kenal teater dalam UIA pun baru sikit-sikt saja, sangat random bila beliau datang approach dan ajak ke Dinner IIUM Theatre Club untuk umumkan new line-up yang akan lead kelab Teater UIAM tahun 2014. Tapi sangatlah aku bersyukur sebab jawatan Head of Production House a.k.a Public Relation itulah yang mengenalkan aku kepada ramai individu berwibawa dalam dunia teater UIAM. Puas juga bila dapat terlibat mendaftarkan ahli-ahli baru kelab teater dan menghubungkan mereka kepada hubungan ukhwah pentas yang tak pernah mereka bayangkan. Beserta ilmu-ilmu dan memori indah aku bersama kelab ni untuk 2 tenure, penghargaan ini aku berikan kepada kak Aimee. Jasamu dikenang.


Asyraf Syahir, aku tak tahu nak tulis apa. Nak fefeeling kang jumpa dia lagi kena penampor belakang lagi. Apa pun, aku tak dapat ukur besarnya penghargaan yang patut aku bagi dekat kau sebab ajar aku tentang teknik-teknik lakonan, penjiwaan teater, teater untuk kemanusiaan, teater is a family, dan segalanya pasal teater. Aku tak habis berguru dengan kau. Kalau masa kau dekat UIA ada banyak lagi, dan kalau aku tak terlalu berkobar untuk fokus pada produksi sendiri (eventho aku tahu, Gagak Putih tetap pengajaran dan kenangan terindah aku), aku selalu rasa yang aku patut terus fokus pada lakonan dan timba lagi ilmu dengan kau. Aku tak ada peluang atau sumber kewangan untuk aku cari ilmu dari individu seni hebat yang lain. Tapi untuk segala perkara yang aku gain selama dengan CrEEPt Theatrics, aku berterima kasih kepada individu bernama Acap ni. Juga, CrEEPtors yang lain. Terima kasih kalian. Untuk tunjuk ajar dan bond yang indah dengan korang.




Asyraf Badrulhisham, Arrasyideen, dua presiden selama hayat aku dengan Kelab Teater UIAM. Acap Kelicap mengajar aku tentang pengurusan dan kepimpinan. Syideen pun sama, tapi dia ada cara dia. Masing-masing ada passion dan talent unik kepada keindahan seni (fotografi dan all arts in general). Dua senpai ni juga yang selalu support pementasan dan passion aku pada teater. Untuk dua persembahan Taaruf Cultural Night, Acap Kelicap percayakan aku untuk menjadi both Public Relation untuk Produksi Rumah Cantik (play 'Maria & Iskandar') serta performer sebagai pengarah, penulis skrip, dan pelakon untuk play 'Lupa' (thank you Acap, tenure kita adalah waktu awal penubuhan CiTRA - Centre for Islamic Arts and Culture IIUM dan aku gembira dan bangga dapat kenal dan bekerja sama dengan performers CiTRA yang sangat berbakat), and aku akan sentiasa ingat malam pulang dari support CrEEPt di MAKUM, UM, sembang pasal sejarah CrEEPt dengan kau is really a pleasure. Syideen, penulis yang aku respect. Karakter likeable, minat mendalam pada kebanyakan cabang seni, and maskot teater uia (lol!), aku bangga bila pengarah aku waktu pementasan waktu pementasan salah satu play untuk CrEEPtic Crave for Charity Chase (CC4CC) diberi penghargaan waktu English Theatre Show sebagai penulis skrip terbaik. Passion dan talent dia way ahead of me and I respect him for that. Forever senpai.

Dan seterusnya, insan-insan yang aku sayang dan kenang, sekalian Gagak Putih yang sudi sama terbang.


Epi (Lutfilehadi) dan Alin (Amalina Razali), aku sangat bangga dengan apa yang korang dah capai. Teater Muzikal Raksaka adalah bukti aku tahu keputusan korang untuk sertai ujibakat Juragan Pentas dan menyertai mereka pada pementasan-pementasan mereka yang sebelumnya adalah keputusan terbaik untuk korang kembangkan bakat dan minat korang, dan kenal jiwa-jiwa sahabat-sahabat Juragan Pentas yang lain. Korang dua dengan Aina, Amer Ashrhaf, Deli Saha, dan Sarah al-Jayy bagi aku adalah pahlawan terhandal Gagak Putih yang aku sangat percaya akan kebolehan korang berseni dan memimpin produksi dan pelakon/krew Gagak Putih Production. Teater 2 Dunia bagi aku adalah buah tangan korang mostly, pergerakan pentas dan arahan pelakon kebanyakannya dari dedikasi Epi, Alin, Aina, dan Amer. Dan Sarah, kau kau sahabat terbaik dan aku bangga dengan Hikayat Dewata Lahanat yang kau tulis dan arahkan. Kau banyak tegur dan betulkan aku yang banyak khilaf dan kelemahan ni. Support kau untuk Gagak Putih sangat-sangat aku hargai. Terima kasih kalian, atas sayap-sayap yang kalian pinjamkan. Aku tak mampu balas semuanya.

Sarah al-Jayy, your efficiency in managing the stage, kepimpinan kau sebagai pengarah, passion kau, your character, teguran-teguran kau, dan persahabatan kita. For anyone who wasted you as a friend, they are losing so much from you. Aku bersyukur dan gembira kau masih support Gagak Putih even dari belakang tabir once kau beri fokus pada study and bisnes kau. Kau antara yang membentuk tulang belakang Gagak Putih, membawa produksi ini terbang lebih tinggi dengan karya sulung kau Hikayat Dewata Lahanat. Kau jadi important fuel untuk aku perbaiki kepimpinan aku dari awal sampai akhir. You are simply the best teammate and sahabat that I could ever asked from Allah SWT. Thank you, Sarah. Thank you so much.


Aina, atau Seri. Aku terharu bila kau kata kau terpanggil untuk dedicate yourself untuk Teater 2 Dunia lepas kau terjumpa flower crown yang kau sarung untuk Teater 2 Alam tahun 2014. Kau lengkapkan watak Alissa dalam dunia mimpi bila kau beri aku ilham untuk membuat dia memakai crown yang sama Seri pakai semasa dia di dunia mimpi bersama suaminya, Remi (Epi). Semangat dan support kau untuk Gagak Putih, aku gembira ada kau dan yang lain dalam Gagak Putih.


Amer Ashrhaf dan Deli Saha, korang dua aku tak ada doubt pasal talent dan passion korang. Pementasan-pementasan yang korang sertai, dedikasi yang korang bagi, penjiwaan, disiplin, dan cinta korang pada seni pementasan, aku salute. Amer, aku tahu kau sekarang sedang sedikit sibuk dengan study life, aku doakan yang terbaik untuk kau. Malam selepas show Jack and the Giant Beanstalk, kau, aku dengan Safwan lepak dekat area cafe Faruq sembang teater, aku nampak kau ada strong opinion and undeniable passion pada teater. Deli, jangan berhenti. Kau passionate even kau bermula dengan watak Pawaka dalam Teater 2 Alam tanpa dialog (dan scene kena potong pula dengan Epi kakaka). Aku selalu berangan untuk tembus wall Castaways, untuk belajar dengan diorang, tapi kau langkah kanan daripada aku. Dayat buat pilihan terbaik bagi aku bila dia terima kau sebagai Raja Abdullah. Dan perjalanan teater kau selepas itu bersama Notorious Playhouse, Castaways, dan FCPC bukti bakat kau bukan calang-calang. Also, kau ada penulisan dan kosa kata yang baik. Satu hari nanti kalau kau ada langsungkan pemetasan sendiri, hebahkan. Aku nak front row seat. Again, Aina, Deli, Amer - kalian manusia terhebat, dan aku gembira aku kenal korang.






Merdel (Mira), Fadira, Ilya - lama aku tak jumpa korang. Apa pun, aku nak bagitahu, sebagai orang asal Gagak Putih Production, aku nak berterima kasih untuk kenangan dan pinjaman kekuatan yang korang beri waktu Teater 2 Alam. Terima kasih sebab jadi pelengkap kepimpinan awal Gagak Putih tatkala aku masih mentah untuk memimpin satu produksi. Terima kasih..

Hazeeq, aku sebagai seorang yang tak expect diri sendiri pun ada kawan rapat (yes, aku extrovert, aku suka bergaul, tapi akh prefer bergerak sendiri most of the time), aku dapat kata yang aku ada kawan paling baik iaitu kau. Semester ni tak ada rezki selepas 7 semester (+1 short semester) kita satu bilik, tapi still, awal penglibatan kau sebagai koreografer fighting (dengan kelebihan martial arts Wing Chun kau), aku regards kau sebagai ENJIN GAGAK PUTIH during an emotional last theatre circle. Waktu English Theatre Night, even bukan pementasan Gagak Putih, kau sudi bantu pementasan dimana aku jadi pembantu pengarah. Seterusnya dengan Hikayat Dewata Lahanat, kau teruskan khidmat kau. You are the best teammate and friend I have, and will always be.



Juna (ArjunaMaiyo/ArjunaKidal), eventho sekarang jarang kita jumpa, tapi waktu Teater 2 Dunia, kehadiran kau sangat aku rasa. Support kau untuk Gagak Putih tak pernah lekang dari awal, support moral dan tenaga kerja (Teater 2 Alam, projek kecil untuk Stabaz, Hikayat Dewata Lahanat etc). Tapi malam waktu aku breakdown tepi pentas, kau antara suara yang paling aku ingat malam tu yang terus suarakan semangat untuk aku. Terima kasih Juna, jiwa yang dari awal jadi sebahagian kekuatan untuk Gagak Putih terbang tinggi. Kau sahabat terbaik, just so you know.



Ilham, Madi, Nurul, Shafik, Qaahir. Trio. Satu benda yang aku suka dalam teater bila krew dan pelakon aku gembira ber-bonding dan bekerja sama dari sekecil (kecil dalam hitam putih, bukan kepentingan) peranan sehingga ke sebesar-besar tanggungjawab. Mereka bermula sebagai krew props bersama Gagak Putih seterusnya beetanggungjawab untuk lighting, untuk Ilham dan Nurul, mereka melanjutkan peranan kepada pentas lakonan (which I would say, korang berdua develop dengan semangat korang untuk terus improve and belajar - which aku sangat respect). Shafik dan Qaahir, survival skills bagi aku korang pelengkap Gagak Putih dalam aspek itu. Cahaya lampu dan props Gagak Putih tak akan terang dan gah berdiri tanpa korang. Waktu Teater 2 Dunia, aku hilang akal untuk handle masalah lampu, terutama masalah mentol pecah dan wayang kulit kain putih. Shafik dan Qaahir, dua genius di belakang yang meng-engineer-kan semuanya. Madi, Ilham, Nurul - bagi aku penyeri balik tabir Teater 2 Alam, ceria trio ni. Peranan props, tapi bonding tu sangat terasa dari mereka. Kalian semua bagi aku krew yang aku puji dedikasi dan hargai keikhlasan kalian.


Untuk Nurul, and Fatin specifically, aku nak terima kasih dekat korang sebab hidupkan dua watak yang aku hold dear to my heart - Eli dan Fiya inspirasi Amber and Fio daripada video game 'Eternally Us'. Aku terkenang betapa hebatnya scene 'Acceptance' Eli dan Fiya - scene paling penting dan membawa impak besar bagi aku bila aku adapt-kan dari video game asal, korang berjaya bawa impak yang sama menyentuh hati-hati, membuat penonton terdiam. Aku ingat lagi waktu tayangan rakaman Teater 2 Dunia, aku nampak korang dua sebak menonton babak korang dua tu. Aku gembira tengok bonding korang masih utuh sampai sekarang. As if, you are the real life Eli and Fiya. Chemistry, penjiwaan, dedikasi, dan disiplin korang - kualiti yang bawa korang ke peringkat seterusnya dengan Juragan Pentas dan Rhytm Arts Production. Fatin dan Nurul, terima kasih.. Aku bangga dengan korang. Terima kasih sebab percayakan aku dan terima tanggungjawab besar sebagai Eli dan Fiya dengan sangat baikdan penuh kasih.

Ifa Husna, terima kasih untuk dedikasi kau dibelakang tabir untuk menyerikan wajah pelakon-pelakon Gagak Putih dengan solekan produksi ni yang mostly surreal dan bercat bagai. Ieyra dan Shalin, aku minta maaf kalau aku tak sebaiknya bagi platform untuk korang terus buktikan talent korang. Aku sangat hargai usaha korang dalam muka bercat dan watak katak untuk Teater 2 Alam. Kehadiran korang menyerikan perjalanan Gagak Putih. Support yang tak lelah dari korang untuk produksi ni sangat-sangat aku hargai.


Untuk dedikasi terakhir untuk orang lama Gagak Putih (banyak lagi ni belum masuk next gen Gagak Putih 😂), Kalep.. Dan aku nak mention sekali Ashlyna (Ash). Kalep, aku tak sangka orang yang tegur aku masa aku berjalan sorang di CFS Nilai jadi antara insan paling beharga dalam Gagak Putih. Aku susah nak nampak kau stress. Even if kau ada stress pun aku respect yang kau dapat kawal and become someone yang menceriakan produksi - lagi-lagi bila kau dipasangkan dengan Deli sejak Hikayat Dewata Lahanat. Aku paling ingat watak Along kau masa Teater 2 Alam. Serious hilarious lakonan kau dipasangkan pula dengan Alin. Kau rajin, itu aku boleh and berani kata selama kita bekerja sama. And aku bangga and happy, akhirnya bawah sayap Gagak Putih, ada lovebirds yang lahir ❤ cerita cinta kau dengan Ash dari Bukit Tabur tu.. Hahahaha. Ash, thank you for staying. Eventho kau ada kata nak quit at some point, kau teruskan juga perform. Kau terima lamaran Gagak Putih untuk berlakon waktu rehearsal dah sebulan lebih berjalan tapi kau bond with others well. Moga korang (Kalep and Deli...eh.. Kalep and Ash) dipanjangkan jodoh hingga ke syurga. I am happy for you guys.

Aku tak tahu cukup ke tak aksara yang mampu otak aku keluarkan lagi.. Tapi aku rasa bersalah untuk beza-bezakan darjat sekalian Gagak Putih. Old gen atau new gen.

Dedikasi seterusnya untuk keluarga Hanyalah Antena - crew and casts for Bukannya Satelit play, keluarga Hikayat Dewata Lahanat, dan Teater 2 Dunia - Selamat Tidur Nisa dan Sirat Emosi Manusia.


Duwe, aku minta maaf kalau aku ada banyak kutuk insult kau (well, I feel you are there for that purpose to me 😂). Kita mula naik pentas sama-sama 4 tahun yang lepas, dan sampai sekarang aku nampak lagi passion dan minat kau pada seni. Antara penceria dan pemanas (buat orang lain berapi hangin lelz) suasana. Glad to have you in the family.


Kimi, yang aku kenal sejak English Theatre Night. Kau dengan beberapa GP-ian yang lain, aku dapat relate sebab satu ayat dari korang yang common aku akan dengar - "Pishang tak ada show". Now kau dah ada fokus personal kau sendiri. Tapi still, kehadiran kau dalam GP and kesudian kau untuk jadi mangsa watak evil bernafsu besaq yang aku tulis sangat aku hargai.



Pie and Nasir. Korang datang sebagai antara krew yang dicadangkan Khairiena untuk play Bukannya Satelit. Masuk-masuk dan meriahkan group Whatsapp. Sampai sekarang, korang tak letih dengan silaturrahim kita. Dedikasi dan precision korang dalam bekerja di belakang tabir sangat aku respect. Thank you korang dua.

Staza bermuka separuh disebelah kanan.

Khairiena and Syaza Aiman, thank you Khai sebab kau berperanan besar membesarkan family Gagak Putih untuk fasa kedua produksi. Bringing Syaza, Pie, dan Nasir into the stage. Your discipline, together with Syaza, aku sangat sangay hargai dan respect. Korang banyak support aku personally dan Gagak Putih, Tuhan saja mampu balas.


Nab and Elly, unintentionally nama korang dua aku masukkan dalam both skrip SEM dengan STN 😂. Korang dua ni memang Powerpuff Girl IRL (aku tak ada reference lain nak bagiii hahahah), ceria and supportive. Thank you untuk any kind of support yang korang hulurkan, sayao Gagak Putih mengepak bersama kalian.

Mummy Lily dan Azie, mek-mek Klatey. Awal-awal tu aku skeptikal dengan korang tu aku minta maaf deyh 😅 towards the end, korang antara penguat ties dalam Antena's bond. And dedikasi and willingness korang even diletakkan dengan tanggungjawab lighting and audio (bagi aku perlukan ketelitian yang disiplin yang tinggi) sangat aku salute.



Pyqa, aku tak dapat deny, kau sangat dedicated, passionate, cool in the field. Aku suka and seronok bila bekerja, orang lain keluarkan banyak idea dia from many sources of inspiration. Lagi-lagi bila dalam makeup field, dengan special effects lagi, hasil T2D adalah trofi kau. Kau sanggup contribute makeup personal kau sendiri for the production, the production sangat berterima kasih. Aku bangga bila bakat kau di-recognize production lain. Thank you Pyqa, for being a great teammate, and a great friend.


Ainsyu, talented and dedicated. Impression aku ni tak berubah tiap kali first rehearsal and meeting and script reading dengan kau. As if bila kau dapat skrip, kau akan datang rehearsal well-prepared with how you want to represent the character. You got few hiccups as next rehearsals going on tapi kau rajin and improve sampai the day kau berlakon dalam Mayang, bukti bakat kau undeniable. And, aku ingat lagi cerita Alin pasal kau punya interest and anticipation untuk bagi yang terbaik untuk karakter Mak masa Bukannya Satelit dulu. Terima kasih Ainsyu, aku sangat hargai pembawaan watak-watak yang kau bawa untuk Gagak Putih selama ini. Terima kasih.


Feeqa Bella, *tabik hormat* thank you Feeqa for all the time you are with Gagak Putih contributing for the props-making and management. Tang tiba-tiba aku appoint kau lead team props Bukannya Satelit dulu, attitude kau dalam kadet tentera mix with your kindness dekat anak buah kau, and disiplin kau berada di bawah arahan Syaza Afida and jadi kucing khadam istana untuk Selamat Tidur Nisa, thank you so much.


Fath, I wish I can work more with you after Bukannya Satelit. Sampai sekarang, aku masih terbayang momen rehearsal paling epik aku pernah rasa. Aku dapat rasakan kuasa emosi dan kesedihan dan sakit kau sebagai Wati. Waktu characterization session, aku dapat rasakan benda yang sama daripada kau dan Wani. Duwe yang gila-gila tu pun terdiam dan diikat dengan emosi kau waktu tu bila bergandingan dengan kau. And macam Fatin juga, kebetulan birthday kau pun jatuh masa tarikh pementasan. Singing birthday song as last circle going on added to the sweetness of the day of performance. Thank you Fath, for staying untuk pementasan kedua Bukannya Satelit that time, for your dedication. Rezki kita bekerjasama tak panjang, tapi aku harap persahabatan kita kekal.

Bilamana krew ikut sekali casts willingly excited lagi join vocal training dan makeup session - no border between us

Wani, untuk dedikasi dan komitmen kau untuk Akma, untuk chracterization session yang terasa emosinya, untuk mengalah dengan paksaan aku untuk kau terus stay and not giving up, terima kasih. Dan recently kau kembali ke pentas dengan watak yang aku tak dapat nafi, sesuai untuk kau, Tun Fatimah. Tahniah Wani, keep being as your awesome self.

Una, with your interest in literature, aku percayakan kau dengan role as pembantu pengarah. For helping Duwe finding his character and monitoring my tasks while I am handling other part of the production, terima kasih untuk komitmen dan dedikasi itu.




Aiman Ariffin, penjaga alam mimpi Nisa, great friend, full of ideas and stories to share. Your character, disiplin (aspek paling aku respect pasal kau), and your knowledge - aku bangga bila kau sudi terima offer aku untuk join Teater 2 Dunia. All my respects and gratitude to you, all the best for your part in managing Allnighters Production. Semua tahu kau berbakat, presence kau atas pentas sangat alpha male (in which tak ramai pelakon lelaki boleh sampaikan) dan projection kau sangat memberi nyawa pada karakter Dr. Owl. Terima kasih, Aiman.


Aini Suraya, despite all the worries about your projection and commitment, bila aku bagi kau pilihan antara stay atau focus on yourself, kau pilih and firm untuk stay. Dan end result, seperti yang lain-lain dalam T2D, kau menghidupkan karakter. Nisa menyerlah dan aku bangga dengan representation yang kau bawa. Terima kasih Aini.


Farah Rosli, first of all, tahniah for your graduation (untuk Yatt, Marwan and Alya Maisara juga, Pawaka dan props crew untuk Teater Hikayat Dewata Lahanat). Bila aku karang watak Bik Nab, aku based character design pada Bunnilda dalam video game Dreaming Mary, tapi karakter dia pada kau in real life. Kau represent joy, naive, and happiness dalam Selamat Tidur Nisa. You pulled off the character, kau set momentum awal pementasan dengan berjaya, dan kau bawa watak opposite Bik Nab - Zainab sampai orang benci dengan watak tu as I intended. Bekerja dengan kau sejak pementasan Rumah Cantik dan Lupa semasa Taaruf Cultural Night and seterusnya T2D was the best experience. Terima kasih untuk teguran waktu tu tentang peranan aku sebagai direktor dan terima kasih untuk dedikasi kau untuk Bik Nab. Thank you Farah.


Zaty (Izzati Hamdan), you have been the Medusa behind the scene and on stage, and it's not a bad thing at all, I am really grateful for your presence and teguran. As long as it's the truth I need to accept. Medusa berperanan sebagai elemen dalam Nisa yang menyedarkan betapa messed up her life is and persuade her to succumb to the poison (pinjam kejap dialog watak kau dalam Jack and the Giant Beanstalk hahaha). Tapi kau beri teguran untuk aku improve, different dari motif Medusa, and I have to thank you for that. Thank you also for accepting my invitation to join T2D and for your succeful representation of the character as a result of your dedication and commitment. Thank you.


Fiza, a big burden, I know,bila diletakkan sebagai watak yang membuka pentas. Setting momentum awal for the whole play and bergurindam lagi. But you, as Ibu, managed to bring the love that Nisa needed in the play. For giving your best for the character being beaten by her abusive husband (Kimi lagi), terima kasih, terima kasih.


Yana (Liyana Atikah), another example yang aku boleh banggakan bilamana seorang yang baru join teater, awalnya gugup untuk ke audition tapi aku convince untuk dia try, perlu improve projection and teknik teater - akhirnya become the star of the night, Nisa untuk Selamat Tidur Nisa. Later on, kau join play Mayang as one of the dayang, you should really be proud of yourself. Terima kasih, Yana and tahniah.


Andy, bila kau datang audition Hazeeq ajak, aku tak tahu nak expect apa dari kau. Tapi kau berjaya impress aku and especially Sarah waktu tu and the rest is history. Untuk komitmen kau sebagai bayang-bayang aku dalam T2D dan Jack Sparrow-like character dalam Hikayat Dewata Lahanat, for the fun and cheers you bring to the family, thanks bruh.


Mimi Nazrina, first time aku nampak kau dalam play KLM, aku tahu ada watak aku boleh bagi kau dalam play Gagak Putih. After a cast I intended for the character left, kau terima dengan tangan terbuka untuk bawa watak tu. Bila characterization session, aku nampak kau dapat grab the characters psych and motives well. Thank you Mimi, for all the efforts you put on the complicated character of Jo.


Alya Maisara, sembang-sembang Twitter akhirnya membawa ke realiti. Walaupun pada awalnya kau kata susah untuk faham watak Akila, akhirnya dengan kerajinan dan usaha kau untuk belajar, watak boyish and loud kau atas pentas dan mesej kau sampai dengan jayanya. Aku bangga bila dapat komen salah seorang penonton yang faham essential-nya peranan kau dalam hidup Eli yang depressive. Akhir play, kau cerita kau dapat rasa karakter tu waktu kau pandang cermin, tanda aku perlu berterima kasih untuk dedikasi dan komitmen kau walau sebagai first-timer di atas pentas waktu tu. Terima kasih.


Syaza Afida, I can't thank you enough for introducing me to Pewdiepie gaming Youtube channel hahahha. My first few videos from him were among of it was Eternally Us, the one yang aku adapt as Sirat Emosi Manusia. Then, dari Pewdiepie aku kenal CinnamonToastKen yang mengenalkan aku pada Dreaming Mary, yang aku adapt jadi Selamat Tidur Nisa. Tak cukup dengan tu, dedication kau untuk tiap play yang kau join, Gagak Putih, Elits Theatre Night, your creativity and willingness untuk give your all for the props team - I am really thankful to God for knowing you and I have to thanked you for all the sacrifices (kena tidur dekat surau dengan Sarah and others balik lewat siapkan background) and commitment and discipline and leadership as propsmaster terhebat aku kenal. Pedang Jack and the Giant Beanstalk, background Hikayat Dewata Lahanat, kamera Dr. Owl etc are your masterpiece. People should really gives your deserved respect as propsmaster with all that achievement. Finally, for the friendship that still going on til this day, thank you.

Diba (Adibah), tshirt rasmi Gagak Putih adalah legasi kau untuk kami (cewah legasi). And aku cakap banyak kali dekat kau tapi aku nak cakap lagi, kau developed so much dan aku bangga dengan keberanian kau untuk join audition sebagai Nisa (yang kena kacau dengan watak Kimi) dan interact dengan semua orang bila kau jadi crew eventhough kau kata kau pemalu. Terus belajar, dunia ni penuh dengan ilmu. Serlahkan potential kau. And, thank you again Diba for all of your contribution.

Yatt (Syahirah Mahyat), discipline and kindness areyour respectable aspects. Waktu kau dengan Adli managing stage dan waktu kau jadi pembantu aku untuk T2D, I am glad that your work attitude and capability ada jadi essential part dalam Gagak Putih. Thank you, Yatt.


Adli Amirullah, dari stage manager kepada program manager untuk first program Gagak Putih Production. Kejujuran, keikhlasan, semangat, work attitude, passion, dan leadership kau - kau dan sekalian komiti Teater 2 Dunia dan semua contribution kau.. I don't know how to repay you, bro. Dengan lack of experience aku untuk bawa Gagak Putih ke pentas solo yang lebih mencabar semasa T2D, kau melengkapkan kekuatan produksi ni. Thanks Adli,aku terima kasih teramat pada kau. A great friend, a great teammate. Also, terima kasih sebab bagi kepercayaan dekat produksi Gagak Putih untuk program BECS dulu. Dah la time tu first time Gagak Putih buat staging, kepercayaan kau bagi momentum awal kepada produksi ni.


Crews dan casts Gagak Putih - Najwa, Aqilah, Amarel, Ikin, Izwan, Danial, Atiqa, Marwan, Spark, dan Nas Atiqa serta yang banyak mengajar - Mustakim Mazlan, Axue, Arief Hamizan, Kak Melle, Raouf Arif dan ramai lagi yang sudi berkongsi ilmu langsung dan tidak langsung; terima kasih yang teramat aku ucapkan.


Ada ramai lagi insan-insan lain, senior, guru-guru, dan sahabat seperjuangan teater dari banyak produksi sepanjang aku dalam perjalanan bidang ni, aku sangat hargai masa-masa dengan kalian. Perkongsian ilmu dan passion tak ternilai.



Logo awal

Aku sangat grateful untuk bond kita after more than 2 years. Masih bertegur bergurau tiap kali jumpa. Lepak and hangout sama-sama. Buat aku percaya, walau sesetengah persahabatan akan mati di tengah jalan dan tinggal kenangan untuk disenyumkan, persahabatan yang lain bisa hidup terus dan terus bernafas gembira. Persahabatan itu hidup bila jiwa-jiwa yang terikat olehnya tak pernah dan tak mahu letih untuk terus bertahan dan terus menghargai. Kalau ada yang mahu melepaskan ikatan, jiwa-jiwa ini akan terus berusaha bertahan.

Tetap Dalam Jiwa, sekalian Gagak Putih.
I love you guys, til the end of my life.






No comments:

Post a Comment

Comment