Pages

Tuesday, November 11, 2014

#IIUMTheatre: Catatan Insomnia Jiwa Manusia (Creept Production)


WARNING! SPOILER ALERT!!!

Bismillahirahmanirrahim,

Not more of a review. Aku tak ada kelayakan untuk jadi pengkritik sebenar, hanya mahu memanfaat ruangan ini untuk mencatat pemerhatian dari sudut pandang aku akan karya teater arahan Asyraf Syahir, siri kedua selepas Realiti Alam Fantasi: Berontak Perang Otak (dipentaskan di Dewan JKKN Mei 2014).

Pertama, aku nak complaint kejap orang belakang aku yang belum cukup matang buat show raja lawak 'sit-down comedy' melawak pasal play depan mata.. and audiences lain, korang boleh gelak, tapi berpada-pada - tak perlu gelak terlalu kuat/lama and gelak tak kena scene/emosi/dialog pelakon. Beberapa kali juga every gelak disusuli shhhh minta semua diam menghayati. Aku faham semua stres pasal exam/assignments and just nak datang to enjoy, tapi adakah enjoy datang dari gelak je? Tak perlu depress or perah otak, just hayati skrip and grab the message, pulang dari Main Auditorium 4 November 2014 dengan pengajaran berguna.

OK, enough rambling, tak perlu lebih-lebih cause they are not art students (aku pun, not art student), I can't expect more from them. RAF: IJM dibawah dianjurkan sempena Aikolfest, oleh Lawsoc (Aikol Society IIUM). Apa-apa details boleh rujuk pada poster.

Malam tu dimulakan dengan persembahan daripada Anomalist Production (produksi dari UiTM Shah Alam) - bacaan puisi dan lagu bertajuk Konspirasi Kita. Seterusnya acara fokus dimulakan dengan aturan beberapa partition dan hiasan background yang diconteng dengan 'gritty message' graffity dan beberapa kerusi disusun sepanjang pentas menghadap penonton. Props utama ditengah pentas adalah sebuah katil kayu besar beralaskan cadar, selimut, dan bantal. Aishah Rahim sebagai Anna baring diatasnya dan Kirana lakonan Dayang Amalina ('adik' Anna) berdiri di sebelah memerhati, menjaga Anna. Barisan pelakon lain pula beratur di kedua belah tangga (kiri dan kanan) pentas sebelum tirai dibuka dan mereka masuk dengan humming lagu Rasa Sayang dan duduk dikerusi masing-masing. Dari situ babak cerita bermula.

Berlainan daripada RAF: BPO yang berat dengan mainan puisi dan surrealisme, Asyraf Syahir cuba membawa RAF: IJM dengan realism approaches (utilizing watak realiti manusia zaman kini - doktor psikiatri, pelajar sekolah menengah, latar moden), dialog yang agak direct tapi sarat dengan makna dan diakhiri dengan bacaan puisi yang menggambarkan mesej cerita oleh Kirana.

Cerita berkisar kepada masalah insomnia (kesukaran untuk tidur lena) Anna yang dihantui sejarah hitam. Bermula dengan benci tak terjelas motif kepada adiknya Kirana, appointment dengan doktor psikiatri, luahan masalah jiran yang terdengar jeritan Anna pada tahun 1999 (sedikit ketidakpastian info, tetapi waktu ini Anna dalam lingkungan umur 14-15 tahun), penyiasatan oleh pegawai sosial daripada badan kebajikan Bantunita (factoid: Bantunita pernah muncul dalam pementasan Sekat Nafas, Kesat Nifas oleh Creept sebelum ini), luahan cerita rakan-rakan Anna - pelajar sekolah dan Sarah, dan the event that moved the story - penderaan oleh Mama (lakonan berkesan Zurain Harun a.k.a Juju). Manakala Kirana, berganjak dari satu kerusi ke kerusi seperti karakter lain, tapi tidak bersuara sehingga akhir cerita. Pembongkaran akan apa sebenarnya yang berlaku ke atas Anna dirungkai seiring luahan cerita setiap karakter di atas pentas. Jiran yang mengadu jerit bising Anna yang seterusnya mempersembahkan beberapa deraan oleh Mama keatas Anna - ditenggelamkan muka ke dalam baldi berisi air (babak yang cukup berani, seksaan yang cukup gritty untuk pementasan universiti), dicekik, dan ditampar. Deraan Mama tidak jelas akan rasa benci. Dia kerap melabel Anna sebagai derhaka sedang Anna terus sayang dan setia (thus, lagu Rasa Sayang). Agak menarik melihat pembawaan emosi yang unik apabila watak yang didera tak menginterpretasinya sebagai benci, malah terus setia menyayangi. Mama pula, dengan emosi yang tidak stabil berubah-ubah daripada menangis, sedih, dan marah. Penonton boleh menafsir Mama sebagai gila. Setiap luahan dan penyiasatan karakter-karakter diatas pentas menggerakkan cerita sehingga kemuncak emosi Anna yang berlaku pada tahun 2003 (mengikut info yang diberi dua jiran yang melihat kumpulan kereta jiran lain dan polis tiba didepan rumah Anna). Ketika itu umur Anna sudah lebih kurang 18 tahun, berlainan dengan Anna 1999, kini Anna berani melawan Mama. Anna yang dahulu cuba menjauhi soalan dan desakan rakan-rakan untuk tidak membiarkan Mama terus menderanya. Sayang Anna pada Mama berakhir, 2003 - Anna membunuh ibunya sendiri dengan merampas kain yang digunakan untuk mengikat dan menghambat dan seterusnya menjerut Mama sampai Mati. Babak diteruskan dengan olahan lagu Rasa Sayang..

rasa salah hey rasa salah salah hey hey ana bunuh mama ana bunuh mama hey

..dan Kirana yang sedari tadi diam dan takut, aku cuba perhati ekpresinya sedang babak fokus kepada Anna. Aku nampak Kirana seakan tersengih puas serta sedikit sedih - mungkin gambaran emosi yang dia sukakan penderitaan Anna? Sepanjang cerita, it is revealed that Kirana is actually dead years before 1999 and Mama sering mentioned and teringatkan Kirana (can't move on from her second daughter's death/her husband death?). A chilling moment at the end bila babak awal dimana Kirana berdiri disebelah Anna yang resah tidak mampu lena sebenarnya adalah roh atau entiti yang memang sebenarnya menggangu Anna. Penutup cerita, Anna diselimutkan Kirana dengan kain putih, katil yang sebenarnya sebuah keranda besar dibuka dan Anna masuk dan bersemadi (tidur) dengan lena didalamnya. Khatimah, Kirana membaca puisi yang membawa mesej tersirat Insomnia Jiwa Manusia.

PERFORMANCE WISE

Lakonan
Aishah Rahim (Anna) - Bekerja dengan dia, aku tahu my senior ni akan bersungguh-sungguh mendalami 'watak berat' seperti Anna. Elemen gritty and depress dalam cerita jelas tergambar daripada watak yang dibawa. The make-up and wardrobe (KUDOS!) really helps - eyebags (sorry Aishah, hehe #insidejoke) hitam tebal gets her into the character with adorable blue pajamas. The way she played the innocence Anna, depressing Anna, and rage Anna sangat menyerlah di atas pentas. It's really crucial for her to steal the spotlight of the show most of the time so people will turned their attention to her to serap the emosi/energy of the story, and I think that night she really did a great job to express and impress. And tak lupa, the gruesomeness of the seksaan dia ditenggelam muka dalam baldi berisi air, dicekik, dan mencekik - few actors yang willing to do dirty/painful job like that in UIAM. No doubt, she's among the iconic actress IIUM and dunia seni cukup beruntung to have her disamping next actress I'll mentioned after this.

Dayang Amalina (Kirana) - Though have graduated from IIUM a few weeks back, she'd still give her all for this play. I heard some of the audience murmuring "Comel (as adik)" etc, means that she played the younger sister for Anna really well technically. The way he played with Anna's emotion in the beginning with her innocence sangat convincing, and at the end, with a little tweak in expressions along the play, dialog, and voice tone, perubahan karakter Kirana sangat jelas and dapat ditangkap audiens - helps building dynamic in character and the story itself. Bacaan puisi pada penutup cerita cukup sarat dengan emosi, penekanan pada perkataan yang baik - membawa makna yang lebih jelas. Cuma aku harap aku dapat membaca teks puisi tu sebab tak dapat menangkap seluruh puisi itu untuk mendalami lagi. Generally, the way she brings the character and reading the poem do gain people's attention to the message of the story, but I can sense a little lack in delivering, maybe she's feeling not very well that night. Great performance overall.

Zurain Anuar/Juju (Mama) - Kudos to Mama sebab she pulled off as abusive and conflicted mother, whether it's the gruesomeness of her torture on Anna, or how she embrace and kisses Anna's forehead, sending her 'love'. She really has the voice fit for theatre - loud, deep, and really suits the watak as Mama. Plus, her character quite psychotic in general and like quite many audience called her 'Mama gila'. But the way she jadi gila not the typical gila we know. The script really give the character more variety even with the simpleness of act and dialog. A little concerns on some of her dialogue tenggelam and tak jelas bila terlalu kuat menengking in high pitch (maybe disengajakan as subtle message? We can interpret sendiri). The puzzling expressions, loud tengking to Anna - on surface orang akan judge her as gila tak bermotif and meroyan mati anak mati suami. Tapi when you really tried to see her as symbolism to something, maybe there are more to Mama than ibu royan mati anak. I will breakdown the subtle message I encrypted from my point of view on her character.

Natasyha (Sarah) - Depicting one of Anna's bestfriend yang cukup concerns on her. Sama macam kawan pelajar sekolah yang lain, tapi Sarah seems a bit special. Her position on the center among the line of chairs and how she's willing to help accommodate Anna yang lari dari rumah selepas satu masa didera Mama placed her in quite a special place in Anna's life. She managed to show how concerned she is and how reluctant Anna to put the hate on her abusive mother or reported her to the authority. But, beginning from Sarah to every characters after this I would say they're not as watak utama as Anna/Kirana/Mama, but do really berjaya gerakkan the story with their own characters. Like Sarah, round of applause for Natasyha for making her character believable and relatable if we put ourselves in her situation. The way she played with tones in her voices and bermain dengan expressions helps defined the character for audience.

Pelajar Sekolah (Fatin Syazana, Syamsul Kamal, Ruzaidy Rahim, Ridzwan Radzi) - It's not an easy task for grown man/college students to bring out watak budak sekolah in their belasan tahun age. The curiousness, nakal attitude, nerdy, and kepoh like how teenagers will act - semua ini bukan kerja mudah dan perlukan homework/research/pengalaman. Pujian dan appreciations for four of them sebab for me, I can sense the nerdy and innocence in watak Syamsul, the average teenager's attitude (teringat aku zaman sekolah macam dia perangai and gaya pemakaian) acted by Ruzaidy, the normal remaja sekolah perempuan yang dibawa Fatin Syazana, dan the typical but not so typical samseng-dressed Ridzwan. Aku suka four of them, my favorite of the night. You can say that they're the reenactment of the typical teenagers nowadays, tapi the way the scripts instructed their movement and how diorang main dengan emosi and expressions together with the curiosity in them to know what's ugly fate befall on Anna - making their characters seem so alive during that performance night.

Jiran (Naziha Zainal, Iejam Hosen) - What if you're living near the house of conflicting family and abusive mother? Menghindari sebab takut jadi macam pepatah 'jaga tepi kain orang'? Atau marah dan complaint jiran bising dengan anak yang menjerit didera tanpa ada rasa simpati untuk menolong? Same fate, but varying in characters. Naziha as jiran yang concern on the fate of Anna dirumah sebelah berjaya bawa representasi manusia kebanyakan seperti kita yang takut untuk masuk campur walau bencana berlaku depan mata saudara agama sendiri. Though aku ada masalah nak interpret her actual age with that fancy Korean/Japanese outfit but pembawakan karakter yang nampak macam nenek (sebab banyak bongkok, muncung bibir, and suara sedikit menggeletar dihujung), mungkin aku kurang kaji on her character tapi she managed to make her character relatable to us. She's not so outspoken like other characters tapi it's her character so dia berjaya brings variety in the script. And Iejam, among the majority's favorite that night. Basically his dialogue agak comedic bila dia ingat pukul berapa pagi jiran sebelah buat bising and complaint pasal dia baru balik kerja dan perlukan rehat bukan gangguan.

"Pukul 2 pagi! Pukul 2 pagi budak sebelah menjerit! Aku nak tidur!!"

LOL! Tapi dalam hilai gelak kita menonton lakonan wataknya, aku dapat rasa the subtle representation he brings on people yang benci untuk concern dan pentingkan diri. He managed to pulled off the character disamping suara Iejam yang aku suka bila we judged it in theatrical point of view. Deep and loud. In the end, their characters really bring a variety to the story itself, keeping people's interest to the story.

Pegawai Bantunita (Huda & Hadi) & Doktor (Raouf) - Sepertimana Jiran dan Sara, mereka antara penggerak yang membongkar kisah hidup Anna. Sebagai pegawai sosial masyarakat, Huda dan Hadi berjaya membawa elemen penyiasatan dalam setiap dialog dan riak muka. Everytime they entered the scene to question someone on Anna's condition, the intense and suspense feeling tu datang with their play on low note on dialog and serious expression. While Raouf berjaya dalam wataknya sebagai seorang doktor psikiatri. Watak Anna adalah watak yang sangat depress, emosional, dan reluctant to accept titik hitam dalam hidup dia, apatah lagi untuk meluahkan cerita. Raouf definitely suits the character as someone yang punya posture, gaya, play on tone untuk memujuk Anna. Di akhirnya, as things get messed up, Raouf on one of the chair ketakutan, affected by the dark story of Anna - reflecting on how human we are despite how much we understand and know how to 'fix' human.

Busana & Tatarias
Unlike RAF 1: BPO, the wardrobe and make-up for IJM rely much on realism - doesn't required much on sewing an entire new clothes or presenting surreal make-up for the casts. Personally, I really liked the pajamas wore by Anna dan the variety in Pelajar Sekolah's wardrobe and make-up - fitting each one of the characters. Overall, all casts with varied characters sangat sepadan dengan baju dan make-up yang diatur oleh wardrobe and make-up team. Round of applause.

Tatacahaya
Creept Production's standard floor lighting (or most of IIUM plays lighting) sangat membantu creating the mood on the play. Each cast bijak bermain dengan space and lighting yang dipasang berjaya membawa fokus on all characters. Cuma a slight shortcomings bila Sara dan Kirana yang terlindung dibelakang katil keranda ditutup bayang props tersebut akibat lighting yang fokus dihadapan props katil, sedikit kecewa sebab tak jelas untuk baca expressions dan emotions dari mereka behind that shadow.

Props & Set pentas
Pertama sebelum pementasan dimulakan dan props masih diatur saya membayangkan kerusi akan di-standardize with the same design (like kerusi kayu etc) tapi with the limited resources IIUM can provide, I think Creept managed to convince me that perbezaan kerusi (eg: biru for pegawai Bantunita, sofa for Mama, banquet chair for Doktor etc) membezakan karakter setiap pelakon. A kind of variation yang membantu menghidupkan pentas disamping panel yang menampilkan wallpaper yang diconteng dengan messed-up red graffiti describing Anna's depressing life. Kudos juga to props team sebab managed to realize the main attraction of the show - the katil keranda.

SCRIPT & MESSAGE ENCRYPTED

I've read the first draft of RAF 2: IJM, the dialogs are full of poem with bombastic Malay words. Deep, menusuk. Tapi the further edit on the script, Asyraf Syahir brings more realism, simplicity to the script. Sangat 180 degrees turn from the old draft. The scriptwriter has grown more concerned on how to tackle the audience kalau dibanding dengan RAF 1: BPO. Not to say RAF 1 is bad entirely, the audience for RAF 1 mostly dari people yang have a knowledge and penglibatan dalam teater dibandingkan dengan pementasan dalam UIAM yang amat fokus kepada audiens dalam kalangan pelajar UIAM sendiri. Dialog simple and understandable but the subtle message still wujud. And in the end, when Anna sleeps in her katil keranda - the message datang kepada penonton dengan impak yang mendalam. Casts berjaya bawa mood of the script but agak terganggu dengan reaksi penonton yang memberi reaksi yang tak synchronizes dengan mood jalan cerita (eg; ketawa berlebihan when the thing is supposed to be emotional and depressing). Personally, aku suka skrip RAF 2: IJM in a way that Creept berjaya tackle more followers and audiences to accept and get into 'deep theatre' with the relatable deliverance in script.

The message is clear - about death, peaceful death but with the interference of messed up history. I asked Asyraf on how Kirana's dead and who's Kirana actually is tapi dia serah semua tu pada interpretasi aku. So, aku conclude Kirana is actually the innocence of Anna before the event of 1999 semasa umur Anna 15 tahun. When she entered 15, she definitely entered the age bilamana segala dosa of her burdened on Anna herself. Kirana is dead, means no longer innocence. Mama, repeatedly uttered the words "DERHAKA" to Anna, presenting a judgmental kind of mother..or generally humankind. Expecting someone to be all pure and kind bersih dari walau secalit dosa. Tapi manusia tetap manusia, dosa tetap dosa. Dan sejarah hitam Anna didera membawa kepada dosanya membunuh Mama (boleh jadi bukan literally bunuh, tapi bunuh jiwa dan perasaan kerana rebel kepada seruan kebaikan). Antara sebab manusia derhaka dengan seruan agama adalah kerana benci mereka kepada malaikat dunia yang memaksa. Akhirnya, penyesalan menghantui, Anna insomnia - tak mampu mencari tidur yang tenang. Anna resah gelisah - takutkan mati yang tidak tenang. Aku tak dapat memberi jawapan jelas apa terjadi kepada akhir hidup Anna. Anna berjaya lena diselimutkan suci Kirana yang diidam Anna, ditagih Mama. Lena Anna dalam keranda kematian membawa ke barzakh.

Kita bencikan jaga, kerana jaga hidang kita busuk realiti yang celaka. Tapi kita tak pernah rasa sedia untuk layak rasa tidur lena. Mungkin kita perlu hidupkan kembali Kirana yang mati? Atau teruskan hidup sebagai Anna dan cari sirat untuk cari tenang itu sendiri.

Sekian, catatan budak mentah. Segala yang baik aku kembalikan kepada Allah, dan segala buruk atas kelemahan dan jahil aku sendiri.

No comments:

Post a Comment

Comment